Skip to main content

Posts

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Selamat Hari Jadi

 Selamat Hari Jadi kepada suami.. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki yang halal dan dipermudahkan segala urusan..aminn.. Macam biasa sambut ala kadar sahaja.. Belanja suami atas kemampuan K.Ika 😊.. Hadiah tak ada tahun nie.. Tak tahu nak bagi apa.. Doa2 kan lah kami diberikan zuriat umur pon dah nak masuk warga emas nie 😅.. Harap suami suka lah dengan apa yang K.Ika buat nie.. K.Ika nak bagi kejutan dekat suami lepas dia balik kerja tunjuk ada kek eh malah K.Ika yang menangis..Nampak je muka bengis tapi dalam hati air terjun tau..hahaha.. Suami terkejut juga mana datang kek nie sebab almaklum lah K.Ika lesen kereta memang tak ada motor ada tapi setiap kali keluar memang bagitau suami sebab K.Ika risau kalau keluar tak bagitau suami apa-apa jadi susahkan..Walaupon tak berapa nak isteri solehah tapi kena mintak izin nak pergi mana-mana jangan keluar senyap.. K.Ika jumpa dekat tik tok harga kek bajet.. Tak besar dan tak kecik sangat..Boleh lah buat makan kami ...
Recent posts

Asam Pedas

  Penutup tahun 2025 K.Ika berjaya masak Asam Pedas 😂😂.. K.Ika nie bukan lah pro dalam bab masak sebab suami cerewet sikit bab makan nie tambah melibatkan makanan yang jenis berkuah.. Kalau masak menu berkuah kena pekat tak mau cair.. Bila masak suami kata lulus adalah tambah menu masakan..hihi.. Dah nak dekat 12 tahun baru pandai masak..hahahha.. Kalau lama tak masak memang lupa ingatakan juga macam mana nak masak 🫢..   BAHAN- BAHAN Bawang merah besar Bawang putih Halia Cili kering ( BLEND SEMUA BAHAN NIE..KESEMUA BAHAN ADALAH AGAK-AGAK) Daun kesum Bunga kantan Bendi Tomato Asam keping   CARA MASAK - Tumis dahulu semua bahan yang diblend sehingga pecah minyak. - Dah pecah masukkan air sedikit dan bagi sampai pecah minyak kali ke 2. - Dah pecah minyak kali ke 2 masukkan air pulak untuk nak kuah banyak boleh banyakkan air untuk nak kering masukkan air sedikit sahaja.Masa nie masukkan kesemua bahan sayur tambahan ke dalam..Jangan lupa garam semua tu..Dah siap. NOTE : KAL...

Bagpack Lagi ??

  Bag dengan K.Ika memang berpisah tiada 😊.. Tak bagpack bag silang akan dibeli.. K.Ika hanya 2 jenis bag nie sahaja akan membeli buat masa sekarang sebab tak ada baby.. Ada baby mungkin bag baby pulak 🫢..Last membeli tahun lepas tak salah..Jadi tahun nie untuk penutup tahun kita beli lagi sebab selalu hujung2 tahun akan banyak sale yang akan buat.. Macam biasa K.Ika membeli dekat Tik Tok.. Shopee dah jarang guna.. Suami selalu guna shopee..hihi.. Ntah macam mana tangan gatal pergi tengok collection bagpack dari kedai nie..hahaha.. Scroll punya scroll ada bag yang berkenan dihati tak besar dan tak kecik sangat.. Harga pon dalam mampu milik untuk K.Ika membayornya 🤣.. Lama ye K.Ika usha bag tu simpan je dalam kegemaran dekat tik tok..hihi..  Taraaa bagpack yang menjadi pilihan.. Bagpack dari Carlo Rino.. Jenama nie mesti semua dah tahu kan lama dah ada dekat pasaran..Harga pon mampu milik..Bagpack nie jenis kain tau.. Ada saiz besar macam bag sekolah warna yang sama.. Masa n...