Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pekan udang galah
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Kampung Ku

Sapa setuju masakan emak adalah masakan yang sedap didunia angkat tangan ✋.. Memandangkan lama dekat Ipoh K.Ika mintak izin dekat en suami balik rumah mak K.Ika sehari.. Kalau tinggal banyak hari susah hati pulak en suami tu.. Dan akhirnya en suami izinkan.. Lama juga tau pujuk mintak izin nak balik sana.. En suami tak ikut sebab rumah K.Ika biasa-biasa je tak ada katil, jadi memandangkan dengan kesihatan en suami yang tak boleh tido bawah jadi en suami tak ikut.. K.Ika pon tak boleh nak tinggal en suami lama sebab en suami nie cerewet sikit bab makan 😂..  K.Ika balik kampong naik bas.. Perjalanan dari Ipoh ke Tanjung Tualang ambil masa sejam juga lah.. Sekarang bas pon dah kurang.. Waktu last bas pergi ipoh pukul 4.15 petang macam tu.. Tak puas balik kampong rasa kejap je masa berjalan.. K.Ika balik kampong pon tak bagitau mak K.Ika buat kejutan gitu.. Masa sampai mak K.Ika sedang masak sebab nak pergi berniaga pulak selepas tu.. Mak K.Ika niaga goreng pisang.. Kuih ada oran...