Skip to main content

Posts

Showing posts with the label shopee
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Tribit

 Sapa sini peminat earphone angkat tangan?? K.Ika nak kongsi dengan korang earphone original dengan harga yang berpatutan.. K.Ika berat sebenarnya nak bagi suami beli earphone risau pakai sekejap je kan lepastu tak pakai dah..hihi.. Jenama nie K.Ika serius tak pernah dengar.. K.Ika hanya tahu jenama yang terkenal sahaja tak tahu lah kalau jenama nie terkenal K.Ika tak tahu.. Lagipon K.Ika bukan peminat earphone sangat.. Paling lama pakai itu pon sejam keluar semasa membeli barang dapur.. Untuk mengelakkan cakap dengan orang K.Ika layan je lah lagu..hihi.. Dekat situ tulis tahan bateri bila cas penuh adalah 24 jam.. Cas pon tak lama mana pon bila nak sampai penuh.. Suami pakai nie untuk main game untuk dengar pergerakan.. Dari perhatian K.Ika suami main pakai 4 jam hanya 20% sahaja yang pakai.. Bunyi pon sedap K.Ika ada cuba juga dengar lagu pakai tu..hihi.. Semuanya pon OK lah.. Ada warranty lagi tu tau.. Harga bajet dalam bawah Rm150.. Kedai dekat shopee taip je TRIBIT MALAYSIA.. ...

Earphone

 K.Ika tak tahan sebenarnya pakai earphone nie.. Pakai lama jadi sakit telinga.. Lama-lama jadi tergoda pulak dengan earphone nie sebab ada warna macam-macam..hihi.. Suami punya pon ada juga jenis earphone bluetooh tapi bila pakai suka jatuh dan kena pakai anak tudung untuk elakkan earphone tu jatuh.. Earphone suami abangnya belikan semasa bercuti.. K.Ika hanya pakai bila pergi kedai beli barang dapur sahaja.. Dekat rumah memang tak pakai pon..hahaha.. Mula-mula suami tak bagi sebab ada earphone suami bila K.Ika cerita sebab apa jadi suami bagi lah beli.. Tak mahal pon dalam RM 15 je.. Boleh lah buat suka-suka je.. Nak ada bunyi base kena lah beli yang original kan.. K.Ika pakai duit yang suami bagi jadi jimat lah berbelanja.. Hanya beli mana yang penting sahaja.. Paw suami bila melibatkan kos jumlah yang besar sahaja 😅.. Sudah tentulah di shopee.. K.Ika beli barang apa semua dekat shopee je dah.. Tak ada guna aplikasi lain pon.. Cuma semenjak MCO nie kos shipping makin lama makin...

Memudahkan Kerja Di Rumah

  Barang apakah itu??? Mop lantai je..hihi.. Benda nie dah lama dah viral dekat facebook K.Ika je selalu beli lambat sangaaaatttt...hahahha.. Memandangkan K.Ika nie tak boleh nak buat kerja berat sangat dan kena mop lantai sebab bila lama tak mop lantai akan melekit tambah dekat dapur.. Bila orang lain buat kerja tak puas sebab lain dengan cara kita buat kerja.. Memandangkan ada lebih lagi duit kutu jadi K.Ika pon belilah mop jenis nie..  MOP SPIN.... Warna yang menjadi pilihan K.Ika.. Pertama sebab warna hitam jadi tak nampak kotor sangat.. Lagi warna nie tak nampak menyerlah sangat.. K.Ika beli juga extra mop bawah tu.. Boleh tanggal tau..  Cara nak menggunakan senang sangat dan tak perlu lah nak perah mop dan angkat baldi bila buang air.. Pakai bekas nie bukak je penutup tepi keluar lah airnya.. Nak spin hanya bukak lock lepastu nak mop lock balik.. Bila K.Ika guna lantai tak terasa air sangat lah dan cepat kering.. Nak mop lantai lepas nie memang seronok lah.. Tak per...

Nak Bagi Kemas Kedudukan Barang

  Cara nie K.Ika baru jumpa dekat shopee.. Dekat shopee apa je yang tak jual.. Semua ada jual..hihi.. Memandangkan K.Ika nak beli mop baru untuk mudahkan kerja K.Ika bila mop jadi K.Ika fikir juga cara nak simpan bagi nampak kemas dan tidak serabutkan.. Kalau boleh dekat tempat tersembunyi lah.. Tak adalah orang datang rumah nampak sangat kalau bersepah..hihi.. Pelekat nie memang kukuh sangat dan hanya boleh melekat dekat tile @ marmar yang seangkatan dengannya.. Dinding tak boleh ye maybe gam tu tak sesuai dengan dinding.. Kalau tak K.Ika nak letak susun dekat bahagian luar semua sekali tapi bila baca balik kata dinding tak boleh jadi kena fikir lah cara lain nak susun mana kan..  TARAAAA HASILNYA..... Penyapu nie sebelum nie K.Ika letak diantara bilik K.Ika dan bilik lagi 1.. Nampak tak sesuai pulak letak situ.. K.Ika gantung dekat sebelah peti ais jadi tak nampak sangat..  Nie salah satu cara macam mana tak nak bagi mop basah bila letak di dalam bilik air.. Bila ganun...

Naviforce

Yey.. Ada modal lebih jadi K.Ika belikan jam buat suami juga.. Korang boleh tengok jam suami yang lagi 1  klik dekat link nie>> Naviforce  << Jam lama masih elok lagi cuma dekat tali tu dah nak rosak jadi kita beli awal-awal..hihi.. K.Ika nak cari jam cuma model yang K.Ika minat suami tak suka.. Alang-alang K.Ika cari jam yang sama jenama dengan suami.. Design untuk perempuan limited.. Jam K.Ika masa hantaran 7 tahun lepas dah rosak.. Dekat sini K.Ika tak tahu mana kedai yang buat baiki jam tangan.. Dekat kampung K.Ika tahulah kedai mana..hihi.. Cari punya cari K.Ika pilih jam suami dahulu tengok warna apa yang dia berkenan.. Bila dah dapat K.Ika pon cari warna yang sama dengan jam suami.. Nak juga tu sedondon.. Pergelangan tangan K.Ika kecik jika pakai jam yang dah berlubang di tali kena tebuk lagi 2 lubang..huhu.. Jam yang K.Ika pilih nie jenis besi dan suami kata ok kita beli je lah.. Model yang suami dan K.Ika punya nie bila dalam gelap jarum akan keluar lampu....

Periuk Baru

Akhirnya beli juga periuk yang baru.. Periuk K.Ika dua-dua dah bocor bila masak nasi.. Kadang Ok kadang tak OK.. Bila nak beli helokkkk je tak bocor.. Tengah bulan dia bocor.. Sekejap ada sekejap tak ada bulan lepas K.Ika beli juga.. Kali nie K.Ika beli periuk 3 beradik.. Tak tahu lah tahan lama ke tak periuk nie..  Periuk lama K.Ika akan buang lah sebab dapur K.Ika tak cukup ruang nak simpan.. Lagipon dah bocor kan nak simpan buat apa.. K.Ika beli hanya untuk cukup-cukup kegunaan sahaja.. Nak kata rajin masak tu tak lah juga sebab suami tak semua masakan yang dia makan.. Paling banyak masak menggunakan kuali je lah.. K.Ika ada buat cubaan masak nasi menggunakan periuk nie dengan dapur gas yang baru & hasilnya nasi rentung kaw2.. K.Ika tak boleh nak kawal apinya lagi 😅.. Sabor je lah.. Kalau tak pilihan lama K.Ika adalah periuk dari IKEA.. 3 beradik juga tak salah tapi harga nya mahal sikit tak mau lah K.Ika paw suami barang mahal-mahal.. Rajin masak tak apa juga nie masak pon...

Selamat Tinggal Dapurku...

 Selalu K.Ika baca kes kejadian macam nie dekat Facebook.. Mereka punya lagi teruk sampai ada yang nak terbakar rumah pon ada.. 2 minggu lepas kejadian tersebut berlaku pada K.Ika.. Mula-mula api di dapur macam meletup-meletup.. K.Ika dah pelik kenapa jadi macam tu dah nak habis gas kot agaknya.. Esoknya K.Ika masak malam maggie sebab suami dah masuk tido awal bila masak ada api keluar dekat bahagian bawah, K.Ika pon cepat lah tutup api lagipon maggie dah masak.. Hari berikutnya K.Ika masaklah seperti biasa.. Sambil tu K.Ika kemas katil dalam bilik dan nak sapu sekali.. Tengah kemas K.Ika dengar bunyi kaca pecah.. K.Ika pon pelik lah mana ada letak cawan tepi singki kot lah angin kuat sampai jatuh cawan tu.. K.Ika apa lagi melompat lah dari katil tu cepat terus ke dapur tengok dapur K.Ika kaca nya dah pecah.. K.Ika cepat-cepat lah tutup api dan blur sekejap nak buat apa lepastu..huhu.. Dah lama sikit K.Ika buka paip gas lepastu ubah tong gas jauh sedikit.. Dapur K.Ika yang retak se...

Jus Blender USB

Masa suami tanya selain beli >> Air Fryer << nak apa-apa lagi tak.. K.Ika tengah fikir nak paw apa lagi dekat suami nie.. Orang dah nak belanja kita kena pilih..hihi.. Fikir punya fikir K.Ika mintak jus blender untuk buat air.. K.Ika beli konon-konon nak buat air jus oren ke senang..hihi.. Alang-alang dah beli kita buat lah uji kaji air lain juga..hihi.. JUS BLENDER Ada juga harga yang dijual mengikut bajet korang dari bajet kecil kepada bajet besar.. Ada harga yang bermula dari bawah RM20- RM100 ke atas.. Yang mahal sangat tak boleh dibawa ke mana sahaja.. Kenapa yang nie menjadi pilihan K.Ika?? 1. Bentuk  2. Warna Hijau 3. Saiz  K.Ika lemah bila melibatkan ada warna hijau + warna hijau tu cantik.. Ada juga yang RM 20 hijau tapi hijau nya tak cantik terang sangat.. Bila tunjuk dekat suami & dapat kelulusan apa lagi kita order je lah sekali jangan tunggu lama..hihi..  Design dia menarik kan.. Boleh minum terus sahaja dari bekas tu tak perlu nak pindah ke...

Jam Tangan & Cincin

Walaupon hari jadi sudah lepas dan juga aniversary K.Ika tetap juga belikan hadiah buat suami.. Ada duit nak buat apa kedekut dengan suami kan.. Tiap-tiap hari paw suami apasalahnya belanja suami bila ada duit lebih..  K.Ika nak belikan suami jam tangan sebab dah lama sangat tak tengok dia pakai jam.. Last pakai jam 6 tahun lepas hadiah kawin dulu itupon dah rosak 😅.. Jam tangan K.Ika masih bertahan tapi baru-baru nie jarum saat boleh tercabut pulak 😓.. Tak berjam lah K.Ika nie.. Nak pakai jam g-shock K.Ika rasa tak sesuai dengan K.Ika.. Tangan K.Ika dah lah halus je..huhu.. Bila nak beli jam besi suami kata macam orang tua.. Dah tu jam yang K.Ika pakai lama tak ke jam besi?? Saborrr je lah dengan komen suami nie.. Jam nie K.Ika beli dekat shopee je.. K.Ika salah satu pembeli setia di shopee 😂.. Harga tak mahal sangat mana pon.. Suami nak kita belikan je lah.. Jam nie nak kata kejutan tak juga sebab tanya suami nak jam pilihan yang mana.. Bila nak belikan barang suami ...

Drawer Di Shopee #2

Yang nie drawer kecil & comel tau.. Korang tengok gambar mesti tak percaya comel je.. Sebab bayangan K.Ika lain bila dah sampai lain..hihihi.. Semasa sale nie K.Ika banyak beli barang rumah harap tak bosan lah membaca ye 😁.. Maklum lah beli barang rumah bukan selalu bila ada bajet lebih tu yang baru beli sikit-sikit.. Drawer yang kecik nie adalah untuk kegunaan K.Ika 1 untuk meja makeup simpan barang yang keci-kecil dalam tu lepastu lagi 2 suami punya untuk bila game.. Boleh simpan segala screw yang kecik atau yang sesuai.. Barang untuk repair handphone atau laptop yang halus boleh lah letak dalam tu tak ada lah bersepah atau hilang.. Bila terpijak benda halus nie boleh buat badmood sekejap 😂.. K.Ika tak suka rumah bersepah dan berhabuk.. Dekat meja makeup K.Ika bila ada benda yang bertutup jadi kurang sikit lah habuk membiak kan.. Itu yang kita nak.. K.Ika agak sensitif dengan habuk dan akan bersin.. Bila K.Ika asyik bersin akan tau kawasan tu berhabuk dan akan periksa ...

Kotak Kasut

Salah satu barang rumah yang menjadi trend terkini.. Sebab apa menjadi trend ??? Harga yang murah dan berpatutan lepastu jika nak pindah rumah pon senang kornag boleh cabut dan jimat ruang.. Untuk rumah bujang atau berkahwin sesuai lah kan.. Sapa yang berkenan boleh lah ambil kotak kasut macam nie.. Pada K.Ika simple je dan mudah.. Jika dibiarkan terdedah diluar akan membuat kasut kita terdedah kepada habuk kan.. Kasut banyak-banyak bukan kita pakai tiap-tiap hari kan.. Walaupon letak dalam rumah dan terdedah macam tu tetap ada habuk juga tau.. Kasut kita jangan biarkan dalam kotak jika dalam keadaan basah.. Akan membuat kasut korang berkulat nanti.. K.Ika dalam kategorti suka basuh kasut jika kotor yer.. Nak pakai kasut mahal memang tak lah sebab nanti rosak pulak kan bila kerap basuh..hihi. Rak kasut memang dah lama dalam cart K.Ika.. Ada rezeki lebih tu yang rak kasut dalam senarai K.Ika.. Tak ada nak tunggu-tunggu terus je checkout barang..hihi.. Nanti lambat-lambat barang che...

Drawer Di Shopee

Sesi mengemas bilik K.Ika pulak.. Kali nie nak kemas bahagian tudung & selendang K.Ika dah senget sebab sebelah je K.Ika guna untuk gantung dan jadi berat.. Tak stabil terus penyidai tu.. K.Ika beli drawer nie dekat shopee semasa sale 12/12.. K.Ika beli drawer sebab senang nak letak baju suami yang dah tak cukup..hihi.. Ada ruang kosong boleh letak apa-apa dekat situ kan..  Kos penghantaran hanya dapat diskaun sahaja.. Untuk pembelian drawer kena buat checkout banyak kali jika beli lebih dari 1.. K.ika pon ta tau kenapa kan.. Dah rule seller macam tu kena lah ikut kan..Bila dah letak tudung K.Ika dalam drawer nie kurang sikit lah habuk jika ada yang tidak pakai kan.. Sebelum nie K.Ika sidai terdedah jadi bahagian bawah banyak habuk melekat dekat tudung.. Tambah jika warna hitam nampak habuk melekat walaupon tiap-tiap hari sapu tau.. Nampak kemas lah bila semua dah masuk dekat dalam drawer tu.. Penyidai yang lama tu K.Ika gunakan juga buat tempat letak kasut.. Sebenarnya...

Adapter Plug

Wah siap beli adapter.. Nak p jalan overseas ke tu??? K.Ika dah ada adapter nie tapi jenis besar warna putih.. K.Ika saja je cari adapter dekat shopee mana tau ada harga yang mampu milik kan.. Akhirnya K.Ika jumpa juga adapter yang murah juga dari seller lain.. Seller yang K.Ika beli nie dari malaysia.. Adapter yang K.Ika beli nie dia ada 3 plug asing.. Jadi tak makan ruang sangat lah bila masuk dalam bag kan..  Adapter nie boleh juga pakai dekat rumah tak semestinya untuk pergi overseas kan.. Ada setengah charger telefon menggunakan plug overseas atau laptop kan.. K.Ika beli sebab senang nak cas laptop dekat rumah dan juga vacum K.Ika kepala dia menggunakan plug overseas .. Jadi memudahkan kerja K.Ika kan.. Tak perlu nak keluar yang plug yang besar tu.. Ada spare dekat rumah nanti nak berjalan senang nak cas handphone dan gajet yang lain.. HARGA Mesti korang tak percaya dengan harga yang K.Ika nak bgitau nie.. Harga adalah RM 5.90 + postage = RM 10.03 .. Yang nie K...

Iron Board

Enty sebelum nie K.Ika tulis sale 12/12 ~  https://syameika90.blogspot.com/2019/12/shopee-sale-1212.html ~ Yang nie pon K.Ika beli dekat shopee semasa sale 12/12.. Nak beli apa semua ada di shopee.. Semua dihujung jari zaman sekarang.. Bukan tak boleh pergi beli dekat MYDIN atau ZEEMART dekat kawasan rumah K.Ika nie.. Tak jauh pon pasaraya nie.. Disebabkan suami K.Ika dalam kategori rajinnnnn sangat kan tu yang beli online je..hihi.. Iron board K.Ika yang lama papan dia masih elok lagi.. Yang rosak adalah penahan bawah nya dah patah.. Tak boleh nak diselamatkan lagi.. Sebelum ni dah patah dan boleh diselamatkan setelah dikaji.. Kali nie tak boleh diselamatkan.. Lama tau K.Ika cari iron board harga yang berpatutan dan juga review dari customer..  HARGA Pada K.Ika harga dia berpatutan juga.. Dalam RM 28.99 .. Kos penghantaran dia mahal sikit dalam RM 7.84 .. Antara 11 barang K.Ika beli kos penghantaran yang nie paling mahal.. Kenapa mahal K.Ika pon tak tau la...

Kasut Couple

Ada setengah orang dia tak suka baju sama macam pasangan mereka.. Ada yang suka dari atas sampai ke kaki semua nak sama dengan pasangan.. K.Ika dalam kategori suka bila pakai baju sama dengan suami.. Jika t-shirt kena sama design dan warna.. Kalau pergi kenduri K.Ika akan pastikan warna baju sama dengan suami.. Tak ada sama pakai je lah baju apa yang ada.. Kebanyakan t-shirt suami untuk jalan banyak warna hitam sampai K.Ika pon terikut banyak t-shirt hitam je dah. Cadang K.Ika bulan 11 nie nak pergi dating berdua dengan suami.. Ada satu hari tu suami ada tanya bila kita nak berjalan berdua.. Suami kata dekat-dekat pon boleh.. K.Ika dah fikir antara Port Dickson atau Melaka.. Sebab nie dekat dengan kawasan rumah K.Ika.. Gaji awal pulak bulan 10 tu sebab perayaan dan suami pulak bulan tu kena bayar duit yuran belajar jadi perbelanjaan tu dah lari bajet. Jadi kasut nie kita simpan dalam kotak diam-diam.. Bila nak berjalan nanti baru rasmi kan.. K.Ika saja je tanya suami nak tak jenis...

Sale Shopee 10/10

Mesti ramai yang ada rebutkan peluang masa shopee buat sale.. K.Ika salah seorangnya yang tidak melepaskan peluang.. Setiap pembelian RM 10 ke atas akan dapat percuma postage..Pelbagai barang yang ditawarkan semasa sale 10/10..  SALE 10/10 Apa yang K.Ika beli mesti nak tau kan.. K.Ika beli barang dapur dekat MR DIY.. Sekali bateri K.Ika beli sebab dekat rumah sudah habis stock bateri.. Dekat rumah banyak pakai bateri jenis AAA.. Masa sale nie boleh buat kita jadi rambang mata tau.. Kalu duit dalam akaun bank tu berkepuk-kepuk macam-macam dah K.Ika beli tau.. Kita beli mana yang penting sahaja..  K.Ika suka bila shopee buat sale percuma postage sebab ada setengah barang tu saller kenakan cas postage macam mahal sangat..hihi.. Semua barang yang dijual menarik perhatian K.Ika tau.. Tak kira lah dari pakaian, kecantikan, kasut ,barang rumah dan macam-macam lagi lah.. Selalu shopee nie buat sale pada nak dekat tengah bulan.. Kebanyakan yang kerja kerjaan tengah bulan a...

Kasut Di Shopee

Yey dah sampai kasut K.Ika beli dekat shopee.. Sempat pakai masa raya haji.. Kasut yang warna hijau sampai awal sikit.. Selipar sampai sehari sebelum raya.. K.Ika ingtkan minggu depan baru dapat sebab dari KL kan barang tu..  Bila sampai K.Ika cuba muat-muat dengan kaki tak ada lah nampak lebih.. Ada 1 kasut sebelum nie K.Ika memang beli saiz yang sama tapi K.Ika tak tengok berapa cm saiz kasut tu.. Memang sama saiz 38 tapi dalam CM 24.8.. Bila pakai nampak besar sikit.. Tak terfikir pulak nak tengok dalam CM nya.. Selepas kejadian tu sebelum membeli selipar K.Ika kan tengok dulu saiz kasut dalam CM berapa.. yang nie sampai berapa hari sebelum raya K.Ika beli selipar nie 2 dalam 1.. Pakai masa raya haji & jalan-jalan nanti.. Lagipon selipar K.Ika yang sedia ada nie tapak dah haus bila jalan tempat licin tak berhati-hati boleh jatuh.. Masa hujan lebat dekat rumah SIL K.Ika jatuh terduduk.. Nasib baik lah tak ada apa yang patah.. Dalam hati risau juga lah kan ap...

Selipar Di Shopee

K.Ika beli selipar untuk en suami yang biasa-biasa jer.. Mur-mur sahaja di shopee.. Itu je yang mampu nak bagi en suami.. Selipar yang sebelum nie pakai dah putus tinggal selipar jamban.. En suami tak nak pakai selipar jamban tu kalau pergi keluar.. Memandangkan minggu nie sepupu en suami kawin jadi K.Ik belanja lah en suami selipar yang lawa sikit.. Kasut en suami K.Ika tak bawak.. Sambil tu K.Ika ada juga beli selipar sekali..hihi.. Selipar raya haji beli dekat shopee boleh lah kan.. Tak ada baju raya tahun nie..Tak ada mood nak melawa pon.. Pakai sahaja baju yang ada dalam almari tu..hihi.. Design selipar nie tak banyak untuk lelaki.. Banyak design yang en suami tidak berkenan.. Jenuh juga lah nak cari selipar yang en suami suka.. Akhirnya jumpa juga selipar yang mampu K.Ika bayar.. Jenama XES .. Dekat tesco pon ada butiknya.. Disebabkan en suami bangun pon waktu mall nak tutup kita beli online je senang.. Tunggu je orang hantar depan rumah..hihi.. Kasut nie dekat tapak kas...

Casing Hp & Cover Laptop

Salah satu habit K.Ika adalah suka menukar casing hp.. Bila dah agak lama K.Ika akan mula lah kepala otak fikir nak tukar casing hp yang lain.. Bosan rasanya asyik casing yang sama sahaja 😂.. Kali nie K.Ika pilih untuk beli secara online nak pergi kedai tidak boleh dengan keadaan suami jadi ini lah salah satu cara untuk tukar casing baru..Gunakan peluang keemasan untuk membeli secara online..hihi.. Sebelum beli kena tapis dulu mintak pendapat cantik atau tak pilihan K.Ika.. App shopping pilihan K.Ika mestilah SHOPEE.. Casing nie dari china & sudah tentulah ambil masa yang lama kan.. Seller yang K.Ika beli casing nie memang servis dia tip top.. Dalam masa seminggu sahaja sudah sampai dekat K.Ika..Kalau ikut kan dapat lagi cepat jika buat alamat rumah K.Ika tapi dah K.Ika pon balik kampong sebab ada urusan yang tak dapat nak dielakkan jadi buat alamat ipoh..Barang kan akan sampai dekat selangor dulu..K.Ika pon tak kisah janji selamat sampai dekat K.Ika kan.. Casing hp pili...