Enty sebelum nie K.Ika tulis sale 12/12 ~ https://syameika90.blogspot.com/2019/12/shopee-sale-1212.html~ Yang nie pon K.Ika beli dekat shopee semasa sale 12/12.. Nak beli apa semua ada di shopee.. Semua dihujung jari zaman sekarang.. Bukan tak boleh pergi beli dekat MYDIN atau ZEEMART dekat kawasan rumah K.Ika nie.. Tak jauh pon pasaraya nie.. Disebabkan suami K.Ika dalam kategori rajinnnnn sangat kan tu yang beli online je..hihi..
Iron board K.Ika yang lama papan dia masih elok lagi.. Yang rosak adalah penahan bawah nya dah patah.. Tak boleh nak diselamatkan lagi.. Sebelum ni dah patah dan boleh diselamatkan setelah dikaji.. Kali nie tak boleh diselamatkan.. Lama tau K.Ika cari iron board harga yang berpatutan dan juga review dari customer..
HARGA
Pada K.Ika harga dia berpatutan juga.. Dalam RM 28.99.. Kos penghantaran dia mahal sikit dalam RM 7.84.. Antara 11 barang K.Ika beli kos penghantaran yang nie paling mahal.. Kenapa mahal K.Ika pon tak tau lah.. Mungkin dengan seller lain akan dapat harga penghantaran murah sikit tapi iron board dia pon mahal sikit lah.. Ada banyak pilihan iron board yang dijual.. Terpulang pada poket korang nak beli yang mana..
Ada juga dari harga yang mahal kepada harga mampu milik.. Memandangkan poket K.Ika sudah buat bajet jadi kita ambil yang mampu milik sahaja.. Seller K.ika beli nie boleh dipercayai dan cepat juga lah dia buat ship out tu..
IRON BOARD
K.Ika pilih design nie sebab seakan sama dengan design yang mahal tu.. Dekat sini K.Ika nak bgitau pelapik bawah iron board nie adalah jaring besi bukan papan.. Selepas itu cover dia tu agak nipis sedikit jadi korang kena letak lagi 1 lapis pelapik baru nampak tebal..
Entry seterusnya adalah tentang apa yang K.Ika beli dekat shopee 😉
IRON BOARD
![]() |
Iron board pilihan K.Ika |
![]() |
Bahagian bawah iron board semua adalah besi tau. |
![]() |
Lock bawah iron board |
Comments
Post a Comment