Tengok nama tajuk pon korang dah tau kan.. Salah satu kedai yang berhantu bila masuk dah set dekat minda nak beli apa bila keluar 4 bungkus plastik bawa keluar.. K.Ika pergi salah satu cawangan kedai 2co nie.. Mula-mula K.Ika sendiri pon tak tau sebab macam tak percaya kedai nie ada dekat dalam MALL tau bukan dekat kedai yang diluar mall tu..
Cubaan ajak suami ke sini berapa kali baru dia nak pergi.. Selepas habis urusan suami dan tak tahu nak pergi mana K.Ika pon bagi lah cadangan untuk pergi ke sini.. Mula tu macam agak malas juga suami nak pergi.. Dah tak ada pilihan jadi suami pon bawa pergi ke sini..
KEDAI 2CO AEON NILAI
Kedai 2co ada dalam AEON guys!!! Mr Diy K.Ika tau lah selalu ada je dekat mana-mana pasaraya kan.. Kawasan lain K.Ika tak pasti ada ke tak.. Tak pasti ketinggalan ke apa..hihi.. K.Ika jarang-jarang sekali jalan dekat mall walaupon mall tu dekat je tak jauh..hihi.. Orang lain dah banyak kali pergi K.Ika nie baru pertama kali masuk kedai nie..
K.Ika suka masuk kedai macam nie tengok barang rumah yang boleh kita beli dan hias.. Point utama K.Ika ajak suami pergi sini nak cari pencuci tandas, pencuci tempat masak,plastik sampah wangi itu sahaja.. Malangnya apa barang yang K.Ika nak tak ada.. Hanya ada pencuci tempat masak tu je.. Dannnnn nie part paling menarik..
Suami dalam tak nak pergi dia cakap ada apa dekat kedai 2co tu.. Hambik kaw dia yang lebih membeli dari K.Ika.. Dah suami pusing lama dekat dalam tu K.Ika pon apa lagi cuci lah mata cari apa yang boleh untuk tambah barang dekat rumah tu.. Rambang mata duduk dalam tu tambah bahagian untuk hias2 rumah nie..
Suami pantun suruh beli kotak untuk susun barang dekat meja makeup nampak bersepah.. K.Ika kalau boleh nak cari kotak yang bertutup sebab tak nak berhabuk.. Walaupon K.Ika tipa-tiap hari sapu dalam bilik tetap juga ada habuk.. Bila vacum habuk tetap banyak sebab tu lah K.Ika kalau boleh nak kotak yang bertutup senang sikit nak kemas cuma buang habuk dekat kotak je.. Kerja nak yang mudah je lah kan..
Sebelum nak masuk sini kena fikir dulu nak beli apa takut nanti terbeli barang yang tak guna dah buat semak rumah kan.. Barang kali nie pakai duit K.Ika jadi ada lebih K.Ika ok je lah.. Malas nak berkira dengan suami lagipon barang tu untuk rumah kami juga kan.. Apalah sangat nak belanja suami kan..hihi..
HASIL REMBATAN DI KEDAI 2CO
![]() |
Barang suami.. Pati air limau lama K.Ika cari sebab senang nak buat sambal belacan..hihi |
![]() |
6 tahun kawin baru ada benda nie dekat rumah 😅 |
![]() |
Untuk kebun mini K.Ika.. Buat masa nie hanya nie yang berjaya hidup dengan lama. |
![]() |
Bekas untuk letak makanan coklat suami |
![]() |
Yang nie untuk letak tisu di dapur K.Ika.. |
Kesemua sekali penuh 1 bakul hanya RM 60.90.. Suami K.Ika bajet dalam RM 130 macam tu sebab pinggan K.Ika ambil banyak.. Ada frame untuk hiasan juga tak tangkap.. Nanti suami dah gantung K.Ika tangkap gambar.. Suami berkenan pulak nak hias-hias rumah letak frame nie.. Kita ikutkan sahaja..hihi..
K.Ika suka bila suami bagi pendapat.. Selalu bila nak beli sesuatu K.Ika akan tanya suami dahulu.. Suami kata ok baru beli dia kata tak ok kita cari mana yang suami berkenan.. K.Ika hanya berani buat keputusan warna tudung dan kasut sahaja kalau suami kata tak ok K.Ika akan ambil juga..hihi.. Yang lain semua K.Ika tanya suami.. K.Ika bab nak bergaya nie tak berapa pandai..
Apa-apa pon K.Ika suka masuk kedai 2co nie.. Boleh habiskan duit suami dekat sini.. Kita kemas rumah nanti ada tak cukup kita ajak lagi.. Beli sikit-sikit nanti cukup lah barang dekat rumah kan.. Nama pon rumah duduk berdua dan family pon jarang datang kira ok lah tu kan..
Sapa yang berjaya keluar dari kedai nie hanya 1 plastik korang memang hebat..hihi.. Dah nama kedai 2co laju lah masukkan barang dalam bakul kan..hihi..
Comments
Post a Comment