Skip to main content

Posts

Showing posts from 2026
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Selamat Tinggal Nilai, Selamat Datang Ke Batu Gajah

 Dari tahun lepas banyak anggota yang kena tukar sebab mobiliti.. Suami antara salah satunya sebab dah 12 tahun masih di tempat yang sama.. Suami nak keluar tapi asyik sangkut je dengan bossnya tak bagi keluar sebab bab hal pejabat macam IT,komputer,slide kebanyakan suami yang buat.. Kalau suami keluar tak ada siapa yang boleh nak buat dan lagi 1 jarang sangat tolak permintaan boss nya.. Hari cuti pon boleh datang kalau orang lain hari sabtu @ ahad memang tak lah nak masuk pejabat.. Dalam berdebar menunggu keputusan suami dapat dekat mana akhirnya nama suami keluar untuk pindah ke perak.. K.Ika pon tak tahu nak rasa seronok ke tidak masa dapat berita tu..Ye lah masa tu K.Ika mengasuh anak bongsu risau dia lupakan K.Ika 🤣.. Mau sedih rasanya kalau anak lupa K.Ika..Kakak dan abang tak risau sebab memori dia dengan K.Ika banyak.. Adik kecik lagi tak banyak memori dengan K.Ika..huhu.. Dengan hati yang pasrah K.Ika terpaksa lah juga pindah nak buat macam mana..Tunggu untuk keputusan la...

Diy Langsir Sendiri

K.Ika dah lama teringin nak langsir jenis macam batang kayu nie.. Rumah langsir lama jenis hock.. Nak pakai jenis batang kena ada lubang dekat langsir.. Konon nak beli lah langsir sekali bila dikira alamak lebih bajet dan nak pindah rumah memang banyak duit habis dah.. K.Ika pon dah tak ada income jadi tak boleh nak bayar ansuran.. Ada income memang bayar guna ansuran sahaja. Jadi bila tengok DIY murah sikit jadi kita guna langsir lama dan DIY kan sahaja langsir tu.. cantik ke tidak belakang cerita janji tak sakit mata tengok..hahahaha..Ada duit lebih nanti baru kita beli langsir yang lain dan lawa.. K.Ika pindah rumah sewa tak mau duduk dengan mana-mana.. Sebab pertama adalah privasi dan dah terbiasa duduk berdua sahaja.. Lagipon barang dari rumah lama memang banyak.. K.Ika silap buat kiraan tak cukup lagi 2 langsir nak pasang 😅.. Jadilah buat cukup syarat lah janji tingkap semua ada langsir tak ada orang nampak dari luar.. Benda baru pindahkan..Semua barang tu K.Ika beli dekat tik t...

Cubaan Meneruskan Rawatan

  Lepas doktor detect ada endo dan K.Ika pon kena pergi hospital untuk rujukan seterusnya.. Bulan 1 tak sempat pergi curi masa sebab suami ada projek nak kena siapkan..Bulan 2 tak ingat sebab apa tak sempat nak pergi.. Bulan 3 puasa dan sebelum beberapa hari raya suami ada masa free sebab buat projek dekat luar dan masa sendiri..  Dah dapat tarikh untuk temu janji bulan depannya pada hari yang sama lagi 2 minit nak berbuka keluar semboyan yang mengatakan suami kena pindah ke perak 😂.. K.Ika punya perasaan waktu tu tak tahu nak sedih ke gembira.. Dah kena batalkan temu janji dekat hospital cyberjaya..  Dengan sibuk uruskan permindahan rumah baru ada masa untuk booking temu janji dengan doktor pakar dekat hospital permaisuri bainun ipoh.. Nak booking banyak cabaran juga.. Tak tahu pulak klinik O&G ada asing-asing.. Maklum lah terakhir K.Ika pergi rawatan O&G dekat HSAAS hanya ada 1 sahaja bahagian klinik O&G.. Macam mana servis dekat sini nanti lah K.ika cerita...

Hycosy

Penutup 2025 K.Ika akhirnya serah diri untuk buat HyCoSy @ HyFosy setelah beberapa bulan tunda sebab masa dengan tarikh tak sesuai serta dengan suami bz dengan kerja.. Alang2 period pon datang awal dan nak balik kampong jadi 1 jalan terus.. Kawan suami ada buat HyCoSy @ HyFosy dekat sini selepastu dengan izin ALLAH isteri kawan suami hamil.. Suami ajak lah sini tapi K.Ika dah bagitau awal harga dia mahal dari HSG.. Suami kata ok K.Ika pon booking lah dengan klinik tersebut.. Sebelum tu K.Ika akan terangkan sedikit dan ringkas pasai HyCoSy @ HyFosy nie.. HyCoSy nie adalah rawatan untuk melihat saluran peranakan kita ke kilang telur tersumbat atau tak.. Kalau nasib baik mana tersumbat boleh flash kan masa sumbat tapi kalau tak boleh memang tak boleh buat apa.. Jika dua-dua saluran tersumbat hanya boleh IVF sahaja..HyCoSy kita boleh tahu result waktu tu juga.. HSG kaedah yang sama tapi versi x-ray.. Result akan dapat lambat sikit. K.Ika pernah buat HSG dulu tapi 2014 dekat ipoh.. K.Ika bu...

Selamat Hari Jadi

 Selamat Hari Jadi kepada suami.. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki yang halal dan dipermudahkan segala urusan..aminn.. Macam biasa sambut ala kadar sahaja.. Belanja suami atas kemampuan K.Ika 😊.. Hadiah tak ada tahun nie.. Tak tahu nak bagi apa.. Doa2 kan lah kami diberikan zuriat umur pon dah nak masuk warga emas nie 😅.. Harap suami suka lah dengan apa yang K.Ika buat nie.. K.Ika nak bagi kejutan dekat suami lepas dia balik kerja tunjuk ada kek eh malah K.Ika yang menangis..Nampak je muka bengis tapi dalam hati air terjun tau..hahaha.. Suami terkejut juga mana datang kek nie sebab almaklum lah K.Ika lesen kereta memang tak ada motor ada tapi setiap kali keluar memang bagitau suami sebab K.Ika risau kalau keluar tak bagitau suami apa-apa jadi susahkan..Walaupon tak berapa nak isteri solehah tapi kena mintak izin nak pergi mana-mana jangan keluar senyap.. K.Ika jumpa dekat tik tok harga kek bajet.. Tak besar dan tak kecik sangat..Boleh lah buat makan kami ...