Penutup 2025 K.Ika akhirnya serah diri untuk buat HyCoSy @ HyFosy setelah beberapa bulan tunda sebab masa dengan tarikh tak sesuai serta dengan suami bz dengan kerja.. Alang2 period pon datang awal dan nak balik kampong jadi 1 jalan terus..
Kawan suami ada buat HyCoSy @ HyFosy dekat sini selepastu dengan izin ALLAH isteri kawan suami hamil.. Suami ajak lah sini tapi K.Ika dah bagitau awal harga dia mahal dari HSG.. Suami kata ok K.Ika pon booking lah dengan klinik tersebut..
Sebelum tu K.Ika akan terangkan sedikit dan ringkas pasai HyCoSy @ HyFosy nie.. HyCoSy nie adalah rawatan untuk melihat saluran peranakan kita ke kilang telur tersumbat atau tak.. Kalau nasib baik mana tersumbat boleh flash kan masa sumbat tapi kalau tak boleh memang tak boleh buat apa.. Jika dua-dua saluran tersumbat hanya boleh IVF sahaja..HyCoSy kita boleh tahu result waktu tu juga.. HSG kaedah yang sama tapi versi x-ray.. Result akan dapat lambat sikit.
K.Ika pernah buat HSG dulu tapi 2014 dekat ipoh.. K.Ika buat dekat klinik ipoh dalam harga RM 150.. Masa buat HSG dekat sini K.Ika tak sedar langsung dan bius.. dapat je bius terus lena sedar-sedar dah siap dan tak tahu sakit ke tidak.. Alhamdulillah masa buat HSG tiub K.Ika ok dan tak sumbat..
Penutup 2025 K.Ika buat lagi sekali.. K.Ika berdebar juga nak buat sebab nak masukkan mulut itik tu seram dan senak kome 😩..Harga agak mahal ye ada klinik yang bagi murah tapi kena mencari.. K.Ika buat dekat Marisa MediClinic cawangan Bangi.. Harga semasa buat adalah RM 850 sekali ubat antibiotik..
K.Ika tak pasti apa doktor masukkan selepas masukkan mulut itik tapi rasa senak macam senggugut.. K.Ika masa doktor masukkan benda tu menjerit lah sikit sebab sakit mengejut tak lama selepas beberapa minit dah kurang.. Masa doktor buat tu sangat cepat ye.. Dari baca apa yang doktor masukkan sampai senggugut tu adalah belon.. Ada 1 tiub kecik yang tinggal dalam tu untuk masukkan cecair dengan scan melalui bawah..
Sambil scan akan ada pembantu klinik tolong masukkan cecair..alhamdulillah tiub tak ada tersumbat dan tak sakit bila cecair tu masuk..Semua berjalan dengan lancar.. Selepas tu kena sediakan panty liner takut darah.. K.Ika hari pertama ada darah tapi tak banyak macam spotting.. Hari ke 3 baru clear dah tak keluar spotting..
Ada kejutan semasa K.Ika scan rahim masa nie.. K.Ika sambung next entry.. Dah panjang sangat cerita dekat sini..hihi..




Comments
Post a Comment