Suami K.Ika ada event untuk PJJ dia.. Dan event tu dibuat di KL.. Sebelum tu K.Ika tengok harga murah sedikit bila nak booking hari jumaat harga naik..huhu.. Nak tak nak kena ambil juga lah hotel tu sebab senang suami nak pergi.. Kami berdua bukan tahu sangat jalan KL 😀.. Hotel nie kan popular dan dianggap hotel bertaraf 5 bintang kan.. Disebabkan Covid adalah dapat murah sikit hotel-hotel dalam malaysia nie..hihi.. Suami ada event K.Ika malam dok dalam bilik lah nampaknya tapi keluar sekejap cari makanan..hihi.. Bila keluar sahaja dari Lobby K.Ika tengok kawasan kiri dan kanan kenapa nampak macam seram je 😂.. Konon berangan nak jalan-jalan dekat kawasan situ sekali keluar rasa macam tu terus tak berani nak jalan sorang-sorang.. K.Ika pergi kedai KK dekat sebelah hotel lepastu order makan dekat Food Panda je lah..hahah.. Makanan sampai kita masuk bilik balik dan tengok tv habis cerita.. Suasana nak ke bilik pon agak seram juga.. Laluan nak ke bilik agak ada bau kepam...



