HARI KE 4 5/3/2019 Bersiap untuk checkout homestay untuk bergerak ke destinasi yang seterusnya.. Kami checkout dalam pukul 8 lebih macam tu.. Sebelum kami meneruskan perjalanan kita posing dulu di hadapan homestay.. Korang akan lihat betapa banyak tangga untuk sampai ke rumah dan kejadian spontan yang aku cerita sebelum nie.. Nampak kan betapa banyak tangga hendak naik ke atas 😂 Kita singgah dahulu di pekan kundasang untuk menangkap gambar berlatar belakangkan pemandangan gunung kinabalu.. Semalam tak sempat nak tangkap hari terakhir sempat dapat tangkap gambar full gunung kinabalu.. WAR MEMORIAL KUNDASANG Tempat menjadi pilihan adalah tempat bersejarah.. Dekat penang kami dah pergi tapi tak ingat tahun bila 😁 .. Tiket masuk ke sini adalah seorang RM 3 .. Disini akan cerita sejarah tentang tempat peperangan di kundasang.. Terdapat juga senarai nama yang terkorban semasa peperangan.. Ada juga kubur di sana.. Dikawasan tu dilarang petik bunga jika petik ak...



