HARI KE 4 5/3/2019
Bersiap untuk checkout homestay untuk bergerak ke destinasi yang seterusnya.. Kami checkout dalam pukul 8 lebih macam tu.. Sebelum kami meneruskan perjalanan kita posing dulu di hadapan homestay.. Korang akan lihat betapa banyak tangga untuk sampai ke rumah dan kejadian spontan yang aku cerita sebelum nie..
WAR MEMORIAL KUNDASANG
Tempat menjadi pilihan adalah tempat bersejarah.. Dekat penang kami dah pergi tapi tak ingat tahun bila 😁 .. Tiket masuk ke sini adalah seorang RM 3.. Disini akan cerita sejarah tentang tempat peperangan di kundasang.. Terdapat juga senarai nama yang terkorban semasa peperangan.. Ada juga kubur di sana.. Dikawasan tu dilarang petik bunga jika petik akan dikenakan 100$.. Pada aku war memorial nie biasa sahaja tidak macam dekat penang.. Apa yang membuat luar biasa pemandangannya yang cantik dan boleh juga lihat gunung kinabalu dari sini.. Dekat penang aku rasa lagi seram maybe sebab suasana nya kot.. War memorial nie terletak di Pekan Kundasang.. Lari topik sikit dekat Pekan Kundasang nie terkenal dengan kepak ayam ( dah lupa apa nama gerai tu ).. Kedai nya terletak bertentangan dengan tandas awam kundasang.. Memang ramai lah beratur dekat sini.. Disebabkan kepak ayam gerai nie popular jadi harga dia dalam RM 2.00 1 kepak ayam.. Ada juga jual bontot ayam & isi ayam ( harga tak ingat ) 😁.. Jom sarapan dahulu perut sudah berbunyi..
![]() |
Sejarah peperangan |
![]() |
Belakang tu lah gunung kinabalu.. Photo by BIL , Hp by SIL |
![]() |
Ambil gambar kenangan dulu.. Yang kecik tu sudah mintak milo ais dari tadi 😅 |
Comments
Post a Comment