Pembukaan bagi tahun 2019 tempat percutian yang kami pilih adalah Sabah.. Apa yang best dekat sabah nie ye?? Bila bercakap pasal sabah rata-rata umum mengetahui Sabah terkenal dengan pulau yang cantik & juga mutiara.. Jadi marilah kita jelajah sendiri apa yang menarik di sabah nie ye.. Apa aktiviti kami selama 6 hari 5 malam di Sabah.. Orang lain pergi Sabah kejap je kami je duduk lama di sana.. 😆 Itinerary ini dibuat oleh abg ipar aku no 4.. Jadual kami penuh dan padat dengan aktiviti.. Yang pasti aku enjoy sebab dapat pergi banyak tempat di Sabah..
HARI PERTAMA 2/3/2019
Flight 10.20 pagi..kami pergi ke KLIA 2 menaiki grab.. BIL aku ada kod promo murah jadi naik lah grab.. Kalau ikutkan dari mana-mana sahaja nak ke airport harga agak mahal walaupon korang duduk berdekatan dengan airport ye.. BIL aku no 4 dah check in kan tiket awal jadi tak perlu check in di airport.. Hanya perlu check in Luggage sahaja kepada yang ambil.. Aku pergi tak ambik luggage macam tak percaya je kan..hihi.. Perjalanan untuk ke gate yang telah diberitahu mak aii boleh tahan jauh pusing..aku rasa nak duduk je atas beg aku malas nak jalan punya pasai.. Nanti duduk en suami bagi jelingan maut.. 😅 Perjalanan ke Sabah ambil masa selama 2 jam 35 minit.. Apa lagi kita tido sahaja lah di dalam flight memandangkan tidak ada tv yang disediakan.. en suami dan lain-lain ada booking makanan untuk di dalam flight aku tak ambil sebab risau aku muntah 😂 Makanan yang en suami order adalah biryani chicken..en suami cakap sedap aku hanya mampu tengok sahaja..
Sesampai sahaja di airport Sabah BIL aku menelefon kenderaan yang kami sewa selama berada di Sabah.. Kami memilih van yang sesuai untuk keselesaan kami 11 orang.. Harga semua aku akan cerita di page lain nanti.. Penginapan kami di Kota Kinabalu adalah di Cyber City Phase 2.. Kami ambil 2 homestay kerana 1 homestay tidak mencukupi untuk semua sekali.. Dah jalan jauh tak akan nak tido dekat sofa kan..Tido sofa tak kena bayar boleh diterima lagi kang dah lah kena bayar kena tido sofa jadi en suami dah tegaskan dekat BIL nak bilik 1 sorang.. 1 rumah ada 3 bilik adalah BIL 2 orang MIL & SIL punya adik.. 1 rumah lagi 2 bilik kami dengan BIL no 3.. Homestay kami duduk nie setiap bilik ada aircond termasuk ruang tamu sekali.. Kelengkapan rumah lengkap termasuk ada mesin basuh sekali.. Homestay yang nie kami dapat tingkat 1.. Wah macam seronok je kan tunggu aku cerita homestay aku duduk lepas balik dari kundasang.. 😆 Rehat-rehatkan badan & masak maggie sebab lapar dalam flight tadi tak makan.. Di sabah aku kurang pulak lapar mungkin sebab penat berjalan..hihi..
Rumah yang aku duduk nie ada 2 bilik.. 1 bilik katil queen & ada tilam tambahan bawah katil tu dan bilik lagi 1 katil single besar juga ada juga tilam tambahan di bawah katil nak guna tarik je..gambar bilik tak ada dah bersepah dengan barang.. 😂 Rumah nie sangat selesa semua bilik ada aircond dan kemudahan lain disediakan mesin basuh,peti ais & dapur untuk memasak.
 |
abaikan barang di atas meja |
 |
tengah masak maggie lapae sebab dalam flight tak makan.. |
 |
rumah nie ada internet yang disediakan |
Comments
Post a Comment