SERIBU 1 HOMESTAY KUNDASANG
Dari Pekan Nabalu ke Kundasang aku tidak pasti berapa lama perjalanan sebab jalan dia pusing-pusing dan aku banyak tido untuk elakkan pening.. Jalan untuk ke Homestay agak mencabar juga.. Jalan agak curam ke bawah dan jalannya adalah sehala sahaja.. Kecut juga lah aku yang duduk tepi sekali.. Homestay yang kami duduk nie dibina di kaki bukit.. Jadi untuk pergi ke rumah ke mendaki sikit lah.. Nama homestay yang kami tinggal adalah Seribu 1 Homestay.. Rumah nie dalam kategori banglo juga lah sebab ada 2 tingkat tapi bilik tingkat 1 & 2 asing.. Tingkat 2 ada 4 bilik & 4 bilik air.. Maknanya semua bilik ada bilik air sendiri.. Bilik MIL aku dekat ruang luar dan katil single 2.. Kemudahan yang disediakan tempat memasak,peti ais,tv & tempat untuk bbq.. Masa kami sampai lebih kurang dalam pukul 3 macam tu.. Rehat kan badan & solat..Waktu malam jalan di kundasang agak berkabus sedikit.
Ada kejadian spontan berlaku bila aku tanya dekat en suami tak ada aircond ke? En suami punya gelak dan perli aku.. Kejadian spontan nie berlaku bila angkat beg dari bawah naik ke atas agak berpeluh juga lah kan.. Ntah macam mana aku boleh tanya soalan macam tu padahal Kundasang kawasan sejuk kot 😂 .. Dah habis kejadian kelakar tu kami keluar untuk buat masak bbq untuk birthday boy.. Untung birthday boy sambut bezday jauh-jauh.. hihi.. Kami cari ayam dan bahan perapan di Pekan Kundasang sahaja.. Nasib baik ada kedai runcit jual ayam dekat Pekan Kundasang nie.. Ada kejadian kecut perut juga dekat Pekan Kundasang nie.. Dekat tugu bulatan sayur kobis kami nak masuk ke kiri itu pon perlahan BIL aku bawa.. Ada sebuah kereta nie dekat bulatan tu dia boleh mencucuk dan bunyi hon lagi sikit naik kena langgar.. Pemandu kereta tu dia memotong depan dan berhenti kan kereta.. BIL cakap elok-elok mintak maaf pemandu tu berlagak dan cuba untuk memukul BIL. Pemandu tersebut ugut dengan menunjukkan parang dekat kami.. Naik juga lah darah aku kejap atas kepala.. Waktu siang boleh dia berani buat macam tu.. Pengalaman pahit di Pekan Kundasang..
Kami beli barang dan terus balik.. Bahan perapan di buat oleh SIL no 3.. SIL no 3 nie walaupon masak dengan hanya tengok google tangan nya menjadi masak sesuatu resepi tu.. Kalau aku ermmm ikut luck jika masak tengok google.. Untuk menyalakan api adalah tugas en suami & aku,, Aku bab main api nie suka betoi.. Semasa kejadian menyalakan api nie pon ada drama juga 😅 Agak lama juga lah drama tersebut sempat lagi aku solat & duduk dalam bilik.. Akhirnya dia mengalah dan pujuk aku 😁.. Kawasan rumah nie agak sunyi bila waktu malam.. Kiri & kanan tiada orang duduk.. Kadang mata aku nie boleh pulak ternampak benda yang tidak elok nak sedapkan hati aku cakap bukan tu.. 😂 Ada juga lah bulu roma naik tapi aku buat biasa sahaja.. Selagi tak tunjuk diri tak apa.. Seronok makan malam ramai-ramai dengan angin sejuk.. Hari pertama tidak sejuk sangat hari kedua sejuk sampai ke tulang..
 |
Bbq untuk birthday boy |
 |
Selepas drama 😁 Tempat bbq |
 |
Rumah penginapan kami di Kundasang |
 |
Bilik kami.. Tuala disediakan |
 |
Ruang tamu & dapur sekali |
Comments
Post a Comment