HARI KE 5 6/3/2019
Setiap tempat percutian yang panjang mesti aku akan pergi pulau.. Aku suka dengan laut, teringat zaman bercinta dulu en suami tanya aku pernah tengok laut tak aku cakap tak pernah sejak tu dia kerap juga bawa aku pergi tengok laut & berkhemah sekali.. Sabah terkenal dengan air laut nya yang cantik,bersih & jernih.. Memang jatuh hati lah bila datang sini..
KEMANAKAH DESTINASI PULAU YANG MENJADI PILIHAN ?
PULAU SAPI
Pulau yang menjadi pilihan adalah Pulau Sapi.. Menurut orang disitu Pulau Sapi kurang sikit orang berbikini bukan tidak ada tapi tidak banyak macam Pulau Manukan.. Bawa budak tidak elok sangat lah kan terdedah sangat benda macam tu.. Nasib baik masa mandi laut tu anak buah aku tidak tegur orang yang pakai bikini.. Mulut dia boleh tahan murainya..
Kami pergi ke Pulau Sapi sewa 1 bot kiranya hanya kami sahaja tidak ada orang lain.. Harga 1 bot adalah RM 400.. Seorang RM40. Untuk sewa snorkeling RM 10.. Ini adalah harga tawar menawar ye.. Sapa pandai tawar dapat lah murah lagi.. Perjalanan dari jeti ke Pulau Sapi mengambil masa 15 minit sahaja.. Seronok dapat pergi pulau.. Tak sabar nak tengok betoi ke Pulau Sapi tu cantik seperti di gambarkan..
Dan hasilnya adalh seperti gambar diatas.. Memang cantik & bersih.. Airnya pon jernih.. Memang tak rugi lah datang sini.. Boleh duduk sini selama yang kita mahu sehingga pukul 5.. Jangan tidak percaya masuk ke pulau nie pon ada juga dikenakan bayaran ye 😅 .. Seorang RM 5.. BIL no 3 tolong bayarkan.. Semoga murah rezeki abag ipar.. Di kawasan sini DILARANG JUGA MAIN DRON,korang main senyap pon ada je mata yang memerhati dan akan datang dekat korang cakap tidak boleh main..
Setiap tempat percutian yang panjang mesti aku akan pergi pulau.. Aku suka dengan laut, teringat zaman bercinta dulu en suami tanya aku pernah tengok laut tak aku cakap tak pernah sejak tu dia kerap juga bawa aku pergi tengok laut & berkhemah sekali.. Sabah terkenal dengan air laut nya yang cantik,bersih & jernih.. Memang jatuh hati lah bila datang sini..
KEMANAKAH DESTINASI PULAU YANG MENJADI PILIHAN ?
PULAU SAPI
Pulau yang menjadi pilihan adalah Pulau Sapi.. Menurut orang disitu Pulau Sapi kurang sikit orang berbikini bukan tidak ada tapi tidak banyak macam Pulau Manukan.. Bawa budak tidak elok sangat lah kan terdedah sangat benda macam tu.. Nasib baik masa mandi laut tu anak buah aku tidak tegur orang yang pakai bikini.. Mulut dia boleh tahan murainya..
Kami pergi ke Pulau Sapi sewa 1 bot kiranya hanya kami sahaja tidak ada orang lain.. Harga 1 bot adalah RM 400.. Seorang RM40. Untuk sewa snorkeling RM 10.. Ini adalah harga tawar menawar ye.. Sapa pandai tawar dapat lah murah lagi.. Perjalanan dari jeti ke Pulau Sapi mengambil masa 15 minit sahaja.. Seronok dapat pergi pulau.. Tak sabar nak tengok betoi ke Pulau Sapi tu cantik seperti di gambarkan..
![]() |
Ni lah Pulau sapi.. |
Dari pemerhatian aku pulau nie memang bersih tidak ada sampah pon merata-rata memang jaga betoi pulau nie.. Yang bagusnya lagi tidak ada monyet dekat pulau nie.. Boleh makan dengan selesa tanpa berebut dengan monyet.. Untuk berkhemah @ bermalam di Pulau Sapi nie pon boleh.. Bayaran tidak salah aku RM 5 jika tidak salah kiranya tidak mahal lah jika nak berkhemah di Pulau Sapi.. Aku tak baca betoi sebab tidak terfikir pulak masa tu.. Mana tau aku pergi berdua dengan en suami boleh lah bermalam di sana.. 😄
Walaupon duduk ditempat redup dan hanya main pasir boleh hitam juga ye kulit kita.. Aku malas nak fikir sebab ala bila lagi nak kena cahaya matahari kan sebab aku duduk rumah & jarang-jarang keluar waktu siang.. Sapa yang mandi laut kulit akan berubah dengan jayanya.. Nanti tengok lah muka en suami aku makin bertambah manis.. Tak puas rasanya bila dapat duduk dekat pulau nie sekejap sahaja.. Rasa ruginya tidak bawa seluar.. Kalu tak boleh join en suami menghitamkan kulit.. 😂 En suami nanti kita repeat pergi lagi nak tak??
Memang aku syorkan sapa yang nak pergi ke Pulau Sapi nie memang digalakkan.. Rugi jika dah datang Sabah tidak pergi Pulau.. Banyak lagi pulau yang menarik di Sabah korang boleh pilih sendiri nak pergi pulau mana..
![]() |
Berkilat muka dibawah cahaya matahari.. 😛 |
![]() |
cantik kan pemandangannya |
![]() |
Sudah gelap en suami lepas berendam.. 😋 |
KEBERSIHAN TANDAS? BERSIH ATAU TIDAK ?
Ni pon penting juga sebab bila tandas kotor kita nak kencing pon terus terbantut dan sanggup tahan untuk kencing dirumah.. Dari pintu kita masuk tu terus sahaja sehingga ke belakang ada tandas di sana.. Tempat mandi dan tandas adalah asing TAPI kepada perempuan muslim aku tidak galakkan mandi diluar biarlah pelancong asing mandi situ kerana tempat mandi hanya tutup dari kepala sehingga lutut sahaja maksudnya dekat bahagian bawah tu orang lelaki boleh intai ye.. Tandas memang bersih dan cantik.. Aku tidak pasti sama ada tandas tu baru buat atau sudah lama.. Jika sudah lama dan bersih sejak aku datang memang terbaik penjagaan di Pulau Sapi.. Ada rezeki lagi nanti aku datang tengok macam mana keadaan tandas nya..
Memang berbaloi datang Pulau Sapi dengan pulau yang cantik,air jernih.. Susah nak jumpa pulau yang air jernih mcm nie dekat semenanjung.. Sila lah datang ke Pulau Sapi jika bercuti di Sabah.. 10 bintang utnuk Pulau Sapi.
Comments
Post a Comment