HARI KE 3 4/3/2019
DESA DAIRY FARM
Dengan nama sahaja mesti ramai dah tahu tempat apa tu.. Nak p luar negeri rezeki masih tidak mencukupi lagi jadi dapat datang ke Sabah nie kira dah bersyukur.. Dari homestay kami nak ke Desa Dairy Farm tidak jauh.. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8 macam tu.. Ada yang kata pukul 10 awan sudah menutupi gunung kinabalu tapi kami sampai awan sudah mula untuk menutupi gunung.. Dapat tangkap gambar gunung sahaja dari van.. Jalan untuk ke sini agak mendaki.. Kena pandai kawal gear yang membawa kenderaan manual.. Disini kena pakai baju sejuk sebab agak sejuk juga dekat atas gunung ni.. Aku tak tahu pukul berapa baru mereka lepaskan lembu di padang..
Apa yang menariknya di Desa Dairy Farm ?
Untuk masuk ke sini kenakan bayaran sebanyak
RM 5 seorang.. Kawasan pelancongan di Sabah kebanyakan di kenakan bayaran.. Boleh dapat lihat gunung kinabalu dengan jelas disini.. Pemandangan yang cantik serta mendamaikan.. Dekat sini ada juga cafe yang disediakan untuk minum-minuman panas atau makan.. Benda yang
WAJIB cuba datang ke sini adalah aiskrim nya.. Untuk membeli aiskrim kena pergi bangunan lagi 1.. Terdapat juga menjual susu lembu.. Sapa yang minum boleh lah beli.. Memandangkan aku susu pon tidak minum aku hanya beli aiskrim sahaja..
Bila bercuti nie pantang semua tinggal belakang.. 😅 Aiskrim dia ada 4 perisa iaitu original,coklat,strawberry & passion fruit ( markisa ).. Harga untuk aiskrim strawberry & passion fruit
RM 6.30.. Aiskrim perisa lain tidak salah aku bawah
RM 6 dah lupa harganya.. Pada aku aiskirm nie sedap tidak berapa manis dan meloyakan tekak..
Untuk bagi anak lembu & kambing makan pon ada juga pergi ke bahgian belakang.. Bau lembu tu memang kuat lah.. Sapa yang memang bandar sangat memang tutup hidung je sepanjang berada di belakang.. Pemandangan di belakang pon cantik juga.. Untuk bagi anak lembu & kambing makan dikenakan bayaran..
Anak buah aku lah paling seronok sebab dapat bagi anak lembu minum susu.. Dari sampai dia tanya mana lembunya.. Bangunan belakang dari anak lembu tadi adalah lembu dewasa.. Lembu dia besar & gemuk.. Dekat bahagian lembu dewasa lagi kuat bau taik lembu.. Masa kami dekat situ sempat lagi dia membuang sambil duduk pon ada.. Nampak betoi malas lembu nya.. 😆 Aku tutup hidung sebab habuk berterbangan masuk ke hidung aku jadi gatai.. Diingatkan dekat kawasan sini
TIDAK BOLEH MAIN DRON.. BIL aku kena tembak DRONnya nasib baik boleh dapat balik.. Kecut juga lah bila hilang signal dron BIL aku tu.. Kami turun bawah untuk sarapan & meneruskan perjalanan untuk aktiviti hari nie seperti dalam Internary yang telah disediakan..
 |
Gunung Kinabalu |
 |
Aiskrim strawberry |
 |
Group kami |
 |
Nampak macam sweet je 😍 |
TAGAL LUANTI FISH SPA
Marilah kita nak merasa macam mana bila ikan makan kaki kita.. Perjalanan nak ke sini jauh juga lah.. Jalan nya agak berliku boleh membuatkan aku pening kepala.. Tagal luanti fish spa nie terletak di Bandar Ranau.. Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran
RM 5 seorang.. Mandi denagn ikan pon ada ye
RM 10 seorang.. Untuk menggunakan kamera 1 kumpulan adalah
RM 3 manakala makanan ikan adalah
RM 0.20 sepeket.. Kecik sahaja makanan ikan tu.. Ada masa juga untuk bermain dengan ikan.. Tak salah aku 15 minit setiap kumpulan.. Dekat tiket ada no ditulis dan jika sudah habis masa akan ada penguman memberitahu.. Tandas pada aku dari 5 bintang aku bagi 1.5 bintang.. Kenapalah selalu kebanyakan ditempat pelancong tandas paling susah nak bagi bersih..
Untuk rasa ikan makan kaki kena masukkan kaki ke dalam sikit.. Jika dekat tepi air tak rasa sangat ikan gigit kaki kita.. Bila aku ke depan sikit rasa ikan tu gigit kaki aku.. Rasa tajam kena gigit dengan ikan tu.. Kena berjaga-jaga dengan ikan keli.. Risau kena dengan sengat ikan tu nanti susah pulak kena kejar ke hospital kan.. Main dengan ikan kejap sahaja lepas dah habis bagi ikan makan kami tangkap gambar dan menuju ke destinasi seterusnya..
 |
Tangkap gambar menggunkan dron |
 |
Kami 😘 |
Comments
Post a Comment