POLUMPUNG MELANGKAP CAMP SITE
Polumpung melangkap camp site ni terletak di Kota Belud.. Jalan untuk kesini ada yang rosak jadi kena berhati-hati..Marilah kita pergi mandi sungai pulak.. Aku tak mandi main air sahaja.. Yang mandi en suami , abangnya dan anak buah nya.. Perjalanan untuk ke sini jauh ke dalam juga.. Masa kami sampai air tidak terlalu banyak bila disusun dengan batu banyak lah airnya.. Menurtu kak ipar aku waktu kami pergi ke ssabah adalah musim kemarau jadi air tidak mencurah-curah penuh lah kiranya.. Masa mereka mandi matahari terpacak atas kepala dah sampai tak kan tak turun kan.. Dapat rendam kaki pon jadilah.. Masuk ke sini dikenakan bayaran rm5 seorang.. Lain kali bila hendak pergi ke sini kita ambil musim hujan pulak mesti banyak air dekat sungai tu.. 😂 Gurau sahaja kita pergi bukan musim kemarau lah.. Batu nya cantik putih tapi agak licin batu dekat dalam air.. Walaupon panas terik bila rendam kaki dalam air tu sejuk sahaja.. Sampai leka rendam kaki dalam air.. Sebab tu jangan tanya kenapa aku kulit dah lari warna.. Asyik main air tengah-tengah panas terik mau tak hitam.. 😅
Cantikkan pemandangannya.. Air agak cetek sedikit.. Jika datang mesti lagi seronok.
UPSIDE DOWN HOUSE
Rumah terbalik nie terletak di Tamparuli.. Sebelum pergi ke sini kami singgah makan dahulu di gerai yang berdekatan.. Perut sudah berbunyi maklum lah nak turun dari Kota Belud nak ke Tamparuli nie ambil masa 2 jam tidak salah aku.. Berapa kali tidur tak sampai-sampai naik lenguh pinggang.. 😂
APA YANG MENARIKNYA RUMAH TERBALIK DI SABAH NI ? Rumah terbalik disabah adalah rumah terbalik pertama yang dibina dan masuk dalam book of record.. Pembinaan rumah terbalik nie didaftar & tidak boleh dicetak rompak.. Terdapat juga muzium 3D disini.. Kami tak ambil sebab sama je muzium 3D ditempat yang lain.. Ada prop bergambar disediakan di bahagian tepi.. Untuk masuk ke rumah terbalik ada peraturannya.. Pertama : Tidak boleh mengambil gambar di dalam rumah terbalik, Kedua : Tidak boleh sentuh barang-barang di dalam rumah terbalik kerana barang di dalam nya adalah barang asli, Ketiga : Sila berjalan diatas carpet merah.. Rumah di dalam disusun mengikut budaya kawin campur sabah.. Sudah habis kita pergi ke tempat membeli belah cenderahati pulak.. Aku beli 1 magnet untuk sebagai kenangan. |
![]() |
Harga masuk.. Maybe akan berubah ikut semasa.. |
Comments
Post a Comment