Todak Waterfront apa yang ada dekat sini ye? Tempat ini juga menjadi kegemaran pelancong bila datang ke Sabah..
Lokasi pertama kami adalah ke Todak Waterfront untuk makan malam disana.. Gerai yang menjadi pilihan adalah Gerai Santai Haji Manja.. Ni adalah kedai yang dicadangkan oleh kawan BIL.. Menu yang menjadi pilihan adalah udang galah masak sambal ( harga dalam rm30 sekilo), ikan siakap 2 ekor masak 3 rasa, sotong goreng celup tepung & tom yam.. pada pendapat aku ikan siakap dia macam tak masak maybe dia masak dalam api yang kuat.. Isi ikan kerapu yang besar agak kurang sedap.. Disini ikan siakap langsung tiada ye.. Ikan yang dipamerkan semua ikan besar-besar.. Ikan bersaiz sederhana tiada.. Untuk keseluruhan boleh lah untuk merasa kan macam mana masakan di Sabah.. Kami tong-tong (collect) duit..nak bayarkan semua sekali terasa tak bernafas pulak.. 😂😜 Tunggu en suami naik pangkat baru boleh belanja (ramai-ramai aminkan) murah rezeki en suami..
Lepas makan ada yang ingin cuci mata dahulu untuk melihat apa yang dijual di pasar filipino dan juga gerai cenderahati.. Kami & BIL no 1 tak ikut sekali jadi lepak di Todak Waterfront je lah.. Aku tak pergi sebab makan lambat badan dah masuk angin & tempat sesak risau aku terkeluar isi perut 😂 Udara sejuk je bila duduk di situ..sambil tu ada juga lah photo aku dekat situ.. Saja kacau en suami duduk main hp.. 😆 .. Balik tido untuk pergi ke destinasi yang kedua iaitu Kundasang.. Sepanjang perjalanan di Sabah BIL no 3 memandu..
Untuk jalan-jalan di Pasar Filipino anda dinasihatkan berhati-hati risau ada penyelup saku..jika pakai beg sandang sila sandangkan beg anda di depan dan jika menggunakan sling bag letak juga di depan jangan letak dibelakang.. Kawasan ini akan sempat dan pengunjung agak ramai ye..kita tak nak lah benda yang tidak ingin berlaku kan.. Bertentangan dengan Pasar Filipino ada lebih kurang macam UPTOWN.. Di kawasan uptown nie pon ada jual pin mutiara,t-shirt dan juga cenderahati yang lain.
 |
Keadaan gerai makan di sekitar todak waterfront |
 |
wow menarik lobster nie.. |
Comments
Post a Comment