Mulakan aktiviti kembali kepada asal.. Pergi pasar aku tengok harga ikan nie murah sebab makan dekat sabah tidak ada saiz nie semua saiz besar.. Resepi ini dimasak oleh Kak ipar no 3 aku.. Kak ipar yang nie kalu masak guna google pon mesti menjadi.. Aku masak tengok google belum tentu jadi 😂 Bahan untuk masak nie pon simpel je.. Jom kita tengok apa bahan yang digunakan..
Bahan-bahan :
Sos 3 Rasa
Sos Cili
Sos Tomato
Cabai Burung
Nenas Tin
Bawang Merah
Bawang Putih
Tepung Jagung
Cara Masak :
1. Ikan diperap dengan perasa selama 1 jam paling lama nak cepat 30 minit dah ok.. Selepas dah perap salutkan ikan tadi dengan ikan dan goreng dalam kuali..Pastikan minyak panas dahulu baru masuk.
2. Hiriskan bawang besar, bawang putih dan cabai burung..
3. Kuali yang lain panaskan minyak tumis dahulu di no 2. Kemudian masuk kan kesemua sos di atas. Sukatan ikut pada masing-masing hendak banyak mana.Masukkan garam & gula.
4. Masukkan nenas yang dalam tin dan potong kecik-kecik. Dah agak sebati masukkan pulak air tepung jagung.
5. Siap. Selamat mencuba. Masakan simple sahaja. Tidak berapa pandai masak sangat.. 😉
Comments
Post a Comment