K.Ika memang peminat silver..K.Ika ada lagi gelang kaki silver walaupon nak dekat 17 tahun pakai masih elok cuma tak berkilat sebab tak hantar cuci.. Zaman K.Ika dulu kan popular silver nie.. Harga pon murah lah juga tak mahal macam sekarang 😅.. K.Ika jumpa 1 kedai dekat tik tok jual silver.. Banyak juga kedai yang jual korang kena tengok perbandingan harga dan juga design.. K.Ika berkenan dekat kedai nie sebab boleh tukar silver yang lama kepada silver yang baru lepastu ada cuci free seumur hidup.. Cincin silver jenama kedai nie sahaja tau yang diterima cincin silver kedai lain tak diterima. K.Ika dah lama tengok dan kira-kira bajet K.Ika pilih untuk beli bulan 6 sempena hari jadi untuk diri sendiri.. Design K.Ika tanya suami cantik atau tak dan K.Ika beli tak bagitau harga dekat suami nanti kena marah walaupon beli duit sendiri..hihi.. Cincin pilihan K.Ika 😊.. K.Ika beli dekat kedai ELFI di tik tok..Website pon ada juga kalau nak.. Chat seller pon rajin juga melayan wa...



