Sebelum tu en suami ada exam final semester.. Exam final selalu nya di HQ iaitu UUM KL.. Belakang HKL.. K.Ika jalan KL nie tak tahu sangat.. Tak salah K.Ika berdekatan dengan pasar Chow Kit.. 2 hari punya exam en suami ambil pilihan untuk pilih hotel berdekatan dengan UUM sebab exam akhir adalah pagi.. Nak gerak awal pagi dari rumah memang agak susah tambahan en suami exam hari bekerja.. Faham-faham lah nak masuk KL hari bekerja mesti lah jem melekat kan.. Untuk mengelakkan en suami tidak oleh ambil exam gara-gara lambat kami ambil hotel yang berdekatan dengan UUM KL. Hotel nie K.Ika tak pasti bila masuk dalam AGODA.. Sebelum nie cari tak ada.. Masa K.Ika dan en suami sahaja kami ada duduk hotel taraf 2 bintang.. Dari luar memang nampak seram lah maklum hotel tengah bandar kan banyak dah uzur.. Hotel yang sebelum nie K.Ika duduk harga dalam RM70 1 malam.. Hotel tu tak ada dalam AGODA jadi bayar cash..Hotelnya boleh lah buat tido semalam.. Untuk keselesaan tu tak adalah sangat.. Ka...



