Sebelum tu en suami ada exam final semester.. Exam final selalu nya di HQ iaitu UUM KL.. Belakang HKL.. K.Ika jalan KL nie tak tahu sangat.. Tak salah K.Ika berdekatan dengan pasar Chow Kit.. 2 hari punya exam en suami ambil pilihan untuk pilih hotel berdekatan dengan UUM sebab exam akhir adalah pagi.. Nak gerak awal pagi dari rumah memang agak susah tambahan en suami exam hari bekerja.. Faham-faham lah nak masuk KL hari bekerja mesti lah jem melekat kan.. Untuk mengelakkan en suami tidak oleh ambil exam gara-gara lambat kami ambil hotel yang berdekatan dengan UUM KL.
Hotel nie K.Ika tak pasti bila masuk dalam AGODA.. Sebelum nie cari tak ada.. Masa K.Ika dan en suami sahaja kami ada duduk hotel taraf 2 bintang.. Dari luar memang nampak seram lah maklum hotel tengah bandar kan banyak dah uzur.. Hotel yang sebelum nie K.Ika duduk harga dalam RM70 1 malam.. Hotel tu tak ada dalam AGODA jadi bayar cash..Hotelnya boleh lah buat tido semalam.. Untuk keselesaan tu tak adalah sangat.. Kali ke 2 datang K.Ika bawak kain batik buat lapik..hihi.. Hitel nie sebaris je dengan hotel ADAMSON nie..
Dah melalut pasai hotel lain pulak.. Hotel ADAMSON nie tak salah K.Ika pemilik dia melayu agaknya.. En suami pilih bilik family room sebab MIL pon ada sekali.. Dari nama hotel macam tak berapa nak melayu kan.. Kenapa K.Ika bgitau hotel nie owner melayu??? Sebab nya adalah SEJADAH disediakan di hotel nie.. Mana-mana hotel yang K.Ika pernah pergi tidak ada SEJADAH disediakan.. Jika tak bawak sejadah jangan risau pihak hotek ada sediakan.. Buat lelaki nak sembahyang di masjid pon tak perlu risau hanya jalan kaki sahaja masjid ada dikawasan hotel tak sampai 100 meter..
![]() |
TV pon ada disediakan.. Kenapa mereka tak letak tv bertentangan dengan katil..hihi.. Jenuh nak pusing kepala nak tengok tv.. |
Pada K.Ika hotel nie ok cantik diluar.. Ruang bilik ok cukup untuk 3 orang dan ada ruang sedikit untuk solat.. Hotel nie juga ada WIFI disediakan.. Tetapi hotel nie ada sedikit kekurangannya.. Apa kekurangan hotel nie ?
1) Paip air untuk basuh jika membuang air besar.
- Tak ada paip ada disediakan mereka sediakan baldi dan bekas sahaja.. Dah tu macam mana nak tadah air kan.. Terpaksa lah guna imaginasi sendiri letak air dalam baldi tu guna shower.
2) Dinding dan lantai berdaki
- OMG yang nie K.Ika memang tak boleh terima.. Macam mana korang cuci tandas.. Jika kata pakai sabun banyak kos pakailah clorox kan boleh juga digunakan untuk cuci tandas.
3) Sistem air kurang
- Bila kita mandi air akan bertakung dan ambil masa untuk air tidak bertakung.. Tak pasti lantai tidak rata atau sistem paip mereka ada sumbat..
Yang lain ok.. Cuma yang K.Ika nyatakan diatas sahaja ada problem.. Jika betul owner adalah melayu TOLONG lah jaga kebersihan sikit.. Islam kan pentingkan kebersihan.. Tandas tak ada paip air dah kenapa.. Ingatkan ada guna sistem air pancut tapi tak ada.. Baldi dalam bilik air pon agak berlumut tau.. Memang tak boleh lah K.Ika terima tandas macam tu..
Tempat dah strategik untuk orang duduk disitu.. Sebab tengah bandar kan.. Harap pihak ADAMSON tolong perbaiki apa yang K.Ika nyatakan.. Kita buat hotel nak pelanggan datang selalu bukan hanya datang sekali lepastu tak datang dah..hihi.. Dekat kawasan sini ada banyak kedai makan ditepi jalan.. Korang boleh pilih sahaja mana yang korang nak.. Yang pasti makanan tidak murah di KL walaupon tepi jalan..
Ada lagi 1 yang buat K.Ika pelik duduk di tengah bandar line telefon untuk internet teruk kawa2.. Macam mana duduk bandar line internet tak ada..Buat yang nak booking boleh pergi ke AGODA.. Jika korang pergi direct harga tidak sama seperti online punya.. Harga hotel akan cas servis dan sst..
Alamat : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2698 8557
adamson hotel..hmmm, macam pernah lalu..dpn hotel ni, ada kedai2 makan kan?
ReplyDeleteYup.. Dekat dengan hotel kuala lumpur.. Lepastu ada sekolah khas x salahnya dekat situ..Nak pergi pasar dekat je boleh jalan kaki.. Antara larat dengan tak je 😅..
Delete