Sebelum nie K.Ika cerita tentang anak asuhan K.Ika sambut-birthday-anak-asuhan.. Anak asuhan K.Ika nie jaga lepas pantang.. Nak dekat 4 bulan baru jaga anak asuhan nie sebab maklum lah anak sulung dan sebelum nie kan banyak kes dera bayi.. K.Ika tak ada lah sampai hati nak mendera budak nie.. Masa duduk dekat rumah lama ramai je kawan en suami tanya nak jaga budak tak.. Ntah macam mana dengan anak asuhan nie K.Ika terbukak hati nak jaga.. Lepas jaga anak asuhan nie pon ada juga yang tanya.. K.Ika tak nak jaga ramai nanti kurang perhatian budak tu..
![]() |
Tak ingat umur berapa |
Alhamdulillah K.Ika family anak asuhan K.Ika nie tak cerewet.. K.Ika tak suka orang cerewet buat kita pening ambil balik anak.. Anak asuhan K.Ika nie tak tidur buaian bila dirumah K.Ika.. Mak nya siap bagi buaian lagi guna hanya sehari je 😅 K.Ika ajar tidur bawah nasib baik nak tidur bawah.. Hari pertama jaga gelabah juga lah.. Mak nya cerita baby muak susu bila minum susu.. K.Ika pon apa lagi tanya mak K.Ika macam mana tak nak bagi baby muak susu.. Alhamdulillah lama-lama dah tak ada muak susu..
![]() |
Budak bambam |
K.Ika jaga anak asuhan sehingga 2 tahun lebih.. Sebab K.Ika dah pindah rumah ke tempat lain dah jauh untuk maknya nak hantar.. Tempat kerja mak baby tu pon bukan sama jalan nak ke rumah K.Ika.. Mula-mula tu berat hati lah juga kan.. En suami emosi juga lah kejap bila dapat berita macam tu.. Rumah dah biasa kembali sunyi.. Dekat kawasan rumah baru duduk nie pon ada juga tanya tapi K.Ika tolak secara baik.. Bila dah sayang rasa susah nak lepas tau..
Sebelum jaga anak asuhan nie en suami ada cakap jangan rapat sangat nanti susah.. Dah nak buat macam mana hati automatik sayang dekat budak tu.. En suami kata K.Ika dalam diam dia pon sama juga 😅.. Selalu K.Ika dengar anak nie bila dengan mak asuhan dia akan dengar kat bila dengan mak sendiri dia akan buat perangai.. Anak asuhan K.Ika dekat rumah dia tak akan main dengan wayar atau sentuh tv di rumah.. Bila di rumah sendiri dia main wayar dan main suis tv.. Kipas pon dia tak akan usik..Bila dah besar dia hanya akan usik bila K.Ika bagi sahaja..
![]() |
Umur 2 tahun |
Anak asuhan K.Ika nie ada panas baran dan keras kepala sikit.. Masa maknya mengandung selalu moody juga lah.. Terkenan dekat anak nya 😅.. Dengan K.Ika dia tak dapat ikut kepala dia sendiri.. K.Ika agak tegas juga lah.. Bila bab main K.Ika akan jadi budak-budak juga.. Nasib baik lah badan K.Ika kecik boleh muat main gelongsor tu 😂.. Bab makanan jangan dibuat main-main.. En suami dia tidak tegas dan akan cair bila budak menangis.. Sama juga dengan family anak asuhan nie hati cair sikit.. Anak asuhan K.Ika nie cucu kesayangan belah mak nya.. Memang cucu kesayangan atok dia sungguh..
Dengan K.Ika ada benda boleh ikut ada benda jangan nak ikut sangat.. K.Ika tak pernah pukul dengan penyangkut baju cuma ugut sahaja.. Cakap je nak kena rotan tak dia pon cakap tak nak dan akan dengar lah cakap kita.. K.Ika ada cuba buat cara denda macam korea tu tengok dinding dalam 3 minit tapi dia tak duduk situ dia ikut K.Ika.. K.Ika hanya akan cakap balik bila dia diam.. Bila bercakap K.Ika akan pandang mata dia.. Bagi dia berinteraksi dengan kita.. Baru nie maknya ajak teman p mall nak gunting rambut anak asuhan K.Ika nie.. Maknya risau anaknya nangis sebab pertama kali kan nak gunting rambut dekat kedai..
Alhamdulillah tak nangis.. Mungkin dia takut K.Ika marah jadi dia pon duduk diam lah.. Sebelum gunting pon K.Ika bagilah pujian sikit bagi dia tak rasa takut.. Lepa gunting rambut dia ajak main gelongsor sebab dia tau ada tempat main dekat situ.. Maknya pon pergi lah cakap nak main kejap sahaja lepastu nak makan.. Dekat sini K.Ika pujuk pon lama.. Bila K.Ika nak cakap dia akan buat memberontak.. Bila dah berjaya dia mintak main kereta mainan pulak.. K.Ika dukung dia sambil pujuk bila dia tak dengar cakap K.Ika cakap buat lah lagi.. Terus dia tak meronta-ronta.. Bila suruh pandang mata K.Ika dia tak sebab tau dia salah..
![]() |
Gambar sambut hari jadi bulan 6.. sama bulan dengan ibu |
Segarang-garang ibu iaitu K.Ika dia masih ingat dekat K.Ika.. Bila dia berkelakuan baik apa dia mintak semua K.Ika turutkan.. Nakal tak dengar kata denda lah jawabnya 😂.. Bila dia dengan rumah asuhan lain perangai dia agak mengada-ngada sedikit.. Maybe dekat rumah pengasuh tu ramai orang dia nak perhatian tu yang bila kadang K.Ika jaga dia mengada-ngada.. K.Ika tak berani nak jaga anak orang ramai-ramai.. K.Ika jaga sebab sayang bukan kerana duit.. K.Ika jaga didik juga tau anak asuhan K.Ika tu.. Tak sempat nak ajar mengeja dan baca doa yang basic..
Untuk bagi lepas rindu K.Ika ada buat photobook dia masa baby.. Gambar yang setahun sampai sekarang K.Ika dah siap edit cuma belum order sahaja lagi.. K.Ika nak settel kan edit semua gambar yang ada dekat laptop.. Gambar anak bertuah nie dekat semua laptop dan pendrive ada.. Dekat hp ada berapa keping sahaja maklum lah hp memory kecik tak boleh simpan banyak gambar..
Semoga yang baca blog K.Ika doakan K.Ika dan en suami akan dikurniakan zuriat 1 hari nanti.. Kalau boleh K.Ika nak secara normal tak nak melibatkan proses moden nie.. Jika masih belum tak ada lagi tanda-tanda untuk dapat secara normal K.Ika kenalah buat rawatan di hospital.. Umur pon makin meningkat kan.. Mana tau sebelum umur 40 dapat 4 anak kan.. Selalu bila lambat nak melekat bila dah melekat sekali akan beranak sesaja lepas nie 😜.. Semoga suatu hari K.Ika dapat merasa pengalaman mengandung seperti yang lain..
Comments
Post a Comment