Menu nie K.Ika tengok dekat IG sepupu NEELOFA.. Sepupu dia semua cantik-cantik dan pandai masak tau.. Sebelum nak masak tu K.Ika kena tengok bahan dia dulu senang atau tak nak cari.. K.Ika suka tengok IG sepupu NEELOFA tu.. Mana bahan yang agak remeh nak cari tak ada lah K.Ika nak masak..hihi.. Bahan dia pon simple je masak 😊
BAHAN-BAHAN BLENDER
🍅 Bawang Merah
🍅 Bawang Putih
🍅 Halia
🍅 Cili Padi Merah
🍅 Cili Besar Merah
🍅 Serai ( Ditumbuk )
🍅 Sos Tiram
🍅 Sos Nampla
🍅 Daun Limau Purut
KERANG DIREBUS TERLEBIH DAHULU
CARA MASAK
1. Masukkan bahan yang diblender dengan serai.. Tumis kesemua bahan nie sehingga naik bau.
2. Masukkan Sos Tiram, Sos Nampla, Gula & Garam secukup rasa.
3. Masukkan kerang & daun limau purut.. Yang nie terpulang nak masukkan atau tak.
4. Tutup api. Dah siap dan boleh dihidangkan.
![]() |
Kerang Masak Ala Thai |
Bila tengok dengan sepupu neelofa tu macam tak sama pulak.. Pada K.Ika sedap jugak lah masak guna kerang.. K.Ika ada masa guna LALA macam kurang pulak dapat sambutan.. Terasa macam malas nya nak masak pelbagai menu.. Masak 1 menu mesti habis..hahahha..
Kita cuba lagi sampai dapat sama macam sepupu neelofa tu masak.. Sapa nak cuba boleh lah.. Simple je kan.. K.Ika nak cuba yang kerabu pulak.. Tengok macam sedap je.. Kalau menjadi buat akan post dekat entry akan datang 😆..
sos nampla tu sos apa?ada jual kat mana?kat label sos, dia tulis sos nampla ke?
ReplyDeletesos sotong.. Sos yang selalu ada guna dalam masakan thailand..ika pon tnya pakcik google..hahahahah
ReplyDelete