Sapa yang tak tahu Nasi Hujan Panas nie K.Ika tak tau nak kata apa.. Perak panggil nasi hujan panas.. Negeri lain K.Ika tak tau mereka panggil apa.. Nasi nie ada berwarna warni tau.. K.Ika nak masak menu nie pon ambil masa yang lama juga.. Risau masak tak jadi.. Rumah lama K.Ika rajin masak Nasi Tomato & Nasi Berempah.. Dah pindah rumah baru lama tak masak menu macam tu.. Suami K.Ika tak kisah bab nasi cuma lauk je kena dengan pilihan tekaknya..hihi..
Nie kali kedua K.Ika masak nasi nie.. Kali pertama buat K.Ika ingatkan dah masuk dekat blog bila cari balik tak masuk dekat blog rupanya.. K.Ika letak menu dekat blog sebab senang bila nak masak balik cari menu.. Bila dekat handphone kadang terbuang gambar dah tak tahu nak cari balik macam mana kan.. Suami K.Ika dia kata sedap nasinya dan terlebih air sedikit masak nasi kali kedua nie.. K.Ika suka masak nasi atas dapur.. Periuk elektrik K.Ika jenis besar nak masak makan 2 orang tak kan nak masak dalam tu kan.. Bila ada orang datang rumah baru K.Ika masak pakai periuk elektrik tu..
Cara K.Ika masak semua senang sahaja.. Tidak ada sukatan ikut citarasa hati kita sendiri.. Main campak-campak sahaja masakan K.Ika nie.. Nie adalah cara masak nasi menggunakan periuk atas dapur..
NASI HUJAN PANAS
Bahan Dihiris & Tumis
🍅 Bawang Besar
🍅 Bawang Putih - 🔺
🍅 Bunga Lawang
🍅 Kayu Manis
🍅 Halia
🍅 Daun Pandan
🍅 Susu Cair
CARA MASAK
1. Tumis semua bahan diatas kecuali susu cair dan pewarna. Yang bertanda 🔺 terpulang pada korang nak masukkan atau tak. K.Ika tak masukkan sebab nanti makan tergigit terbantut terus nak makan.
2. Bila sudah naik bau masukkan nasi, air (sukatan biasa bagi masak menggunakan periuk elektrik) Jika masak atas dapur kurang sedikit air tu kerana bila masukkan susu cair akan jadi air lebih banyak dan nasi akan lembik. Gaul sebati beras dan susu cair tadi.
3. Nasi sudah kering masukkan pulak pewarna tadi. Terpulang pada korang nak buat berapa warna. Lebih dari 2 cantik juga lah nasi tu nanti. Tutup sekejap kemudian baru gaulkan nasi tadi.
4. Siap dan boleh dihidangkan dengan lauk pilihan korang.. K.Ika gabungkan dengan sambal ayam.
![]() |
Nasi Hujan Panas |
Ini cara K.Ika masak.. Lain orang lain cara masaknya.. K.Ika tidak suka masak menggunakan bahan yang banyak dan memeningkan kepala.. Akan perbaiki lagi sehingga menjadi Nasi Hujan Panas kita nie..
Kepada yang mencuba cara K.Ika selamat mencuba.. K.Ika pon tak pandai sangat masak nie.. Mula masak macam-macam selepas kawin tau.. Kadang ada juga cemburu bila tengok suri rumah pandai masak menu macam-macam dan lagi hebat..
Comments
Post a Comment