Mesti ramai yang ada rebutkan peluang masa shopee buat sale.. K.Ika salah seorangnya yang tidak melepaskan peluang.. Setiap pembelian RM 10 ke atas akan dapat percuma postage..Pelbagai barang yang ditawarkan semasa sale 10/10..
SALE 10/10
Apa yang K.Ika beli mesti nak tau kan.. K.Ika beli barang dapur dekat MR DIY.. Sekali bateri K.Ika beli sebab dekat rumah sudah habis stock bateri.. Dekat rumah banyak pakai bateri jenis AAA.. Masa sale nie boleh buat kita jadi rambang mata tau.. Kalu duit dalam akaun bank tu berkepuk-kepuk macam-macam dah K.Ika beli tau.. Kita beli mana yang penting sahaja..
K.Ika suka bila shopee buat sale percuma postage sebab ada setengah barang tu saller kenakan cas postage macam mahal sangat..hihi.. Semua barang yang dijual menarik perhatian K.Ika tau.. Tak kira lah dari pakaian, kecantikan, kasut ,barang rumah dan macam-macam lagi lah.. Selalu shopee nie buat sale pada nak dekat tengah bulan.. Kebanyakan yang kerja kerjaan tengah bulan adalah waktu berjaga-jaga sampai nak gaji.. Masa gaji pon ada juga buat sale tau..
K.Ika dekat My Like tu nak dekat 80 lebih juga lah..hahahaha.. Banyak lagi juga yang tak beli lagi nie.. Macam mana nak habis bila dah beli tambah lagi.. Makin lama makin bertambah pulak K.Ika punya senarai tu.. Untuk tidak lepaskan peluang sale yang shopee adakan kenalah on notification dekat handphone korang supaya tidak ketinggalan sale yang sedang dijalankan..
Nampak macam besar je kan barang yang K.Ika beli nie.. MR DIY dia balut tak ada buble dalam tu.. Jika nak beli bahan yang kaca sila chat dengan mereka dahulu.. Nanti sampai barang pecah banyak kerja pulak nak return balik kan..
![]() |
Tadaaaaaa....... |
Hasil tangkapan K.Ika semasa sale 10/10.. Kebanyakan barang dapur K.Ika beli.. Tempat gantung baju tu dah lama nak beli tapi tak beli-beli jadi K.Ika belilah masa ada buat sale.. Gantung baju tu K.Ika letak di bilik bersebelahan dengan bilik K.Ika.. Bila tetamu datang adalah tempat nak gantung baju atau tuala kan.. Selepas nie misi untuk bilik game suami.. Nanti K.Ika tunjuk sebelum dan selepas renovate bilik untuk bagi nampak kemas.
tu diaaa..akak ni kontrol je napsu w/pun sendiri duk promote shopee sale..
ReplyDeletePunca dia nak beli 1 je tempat sangkut baju nak letak dekat bilik lagi 1 senang nak gantung baju belakang pintu.. Terus tersangkut benda lain 😂.. Murah je dalam rm30 semua 😅..
Delete