Last K.Ika jumpa doktor ada bagi cadangan sama ada untuk buat HSG atau Ovarian drill.. Tadi jumpa doktor dan suami tanya sama ada perlu atau tak doktor kata tak perlu pon tak apa.. K.Ika pon ok je lah..Cycle akan datang nie K.Ika mulakan makan ubat dan juga cucuk.. K.Ika akan ambil ubat letrozole CD 2 - CD 6 lepastu CD 7 - CD 9 K.Ika kena ambil yang humog pulak.. Harga ubat HUMOG nie mahal ye 1 kotak humoh 75 iu dalam RM 66 .. K.Ika kena beli dalam 6 kotak harga semua RM 396 .. Masa bayar tertelan air liur 😅.. Nasib baik ada duit dalam akaun simpanan.. Ubat letrozole dalam RM 16 . Clomid sahaja free..hihi.. CD 7 K.Ika akan jumpa doktor untuk scan perkembangan telur dan juga cucuk humog sekali... CD 7 Hari yang dinanti-nantikan nak tengok ubat yang K.Ika makan ada beri kesan tak.. Alhamdulillah dengan Letrozole telur beri respon yang positif tapi tak banyak.. Mungkin sebab dos rendah.. Clomid dos tinggi K.Ika dapat banyak dalam 6 telur.. Dengan letrozole dapat 3 telur.. ...



