PASAR SENI
Nama je duduk dekat dengan KL.. Masuk KL pon boleh dikira dengan jari.. Ada sebab baru jejak KL.. Nak masuk KL saja-saja memang tak lah dengan jalan yang sentiasa sesak.. Selalu pergi rumah abang ipar sebab en suami ada kelas jadi duduk di rumah abang ipar.. Baru-baru nie K.Ika masuk KL sebab SIL ada job dekat KL jadi tak kan kami nak duduk rumah tapi tuan rumah tak ada kan.. Jadi kami ikut sekali lah masuk KL.. Sebelum tu K.Ika amnil BIL dan family dekat TBS.. Mereka nak ke Bangkok esoknya..
Macam biasa masuk KL jalan sesak tambah hari sabtu.. Di mana sahaja jalan sesak.. Dah lah K.Ika nie tak berapa tahan sangat bila naik kenderaan bila jalan sesak boleh buat badmood.. Motor tak apa K.Ika suka naik 😆.. Kawasan SIL ada job tu dekat dengan pasar seni.. BIL no 1 bawa pergi makan dekat kawasan sini sementara tunggu SIL habis kerja tak ada jauh sangat nak ambil SIL kan..
Selepas makan SIL no 3 ajak pergi jalan dekat depan bangunan kedai makan tu.. Ada jual macam menarik je kan.. Yang lawak K.Ika tak tahu pon tu pasar seni 😂.. Maklum lah jarang masuk KL macam nie lah jadinya tak tahu nama tempat.. Mula-mula pergi bahagian depan lepastu masuk ke dalam sikit dan nampak pintu masuk ke MALL.. Dekat sini baru K.Ika tau rupanya nie kawasan Pasar Seni..hihi..
K.Ika dengan SIL hanya pusing cuci-cuci mata tengok apa yang dijual dekat dalam nie.. Nanti bila orang cerita tak adalah jakun sangat sampai tak tahu kan.. Kawasan nie bukan tempat kegemaran en suami sebab tidak ada jual barang elektronik dan komputer 😁.. Dekat sini macam-macam produk yang jual dari beg,barang antik,aksesori gajet,t-shirt,aksesori wanita,kain batik dan macam-macam lagi lah..
Pada K.Ika harga nya boleh lah untuk pelancong membeli cenderahati dekat sini.. Ukir nama kita dekat kayu pon ada juga tau.. 2 @ 3 kali jugaklah pusing dalam tu tunggu en suami call ajak pergi tempat lain pulak.. Hasil meronda dalam tu K.Ika beli subang jenis katup.. Ada sale beli 1 percuma 1 dengan harga yang sama sahaja.. Saja nak cuba jenis yang lain pulak..
MARA DIGITAL
Menuju kesini pulak sebab BIL nak hantar repair ipad sebab dekat rumah tidak ada alat yang cukup untuk buka ipad iaitu blower yang bagi panas dekat screen.. Alat nie dah lama en suami nak beli sebab senang kerja untuk membaiki handphone untuk tukar screen yang rosak.. Dekat sini agak bahaya juga sebab ada kedai aksesori handphone.. Kedai USTAZ yang popular tu.. Masuk sini tak habis RM 50 tak sah.. Kalau keluar dari sini bajet dalam RM 20 kira boleh tahan nasfsu lah tu..
K.Ika masuk dalam nie lama mengalahkan masuk dekat bahgaian makeup lagi..hahahha.. Masuk sini mesti K.Ika akan cari cable telefon atau aksesori yang lain.. Mana yang berkenan K.Ika akan ambil.. Casing handphone macam kurang up to date sikit.. Masuk dalam nie suami isteri sama je khusyuk meneliti setiap cable atau aksesori yang ada disini.. Kalau boleh bersila dalam tu dah lama K.Ika bersila.. Barang-barang yang jual di dalam kedai USTAZ nie dijual dengan harga yang berpatutan tau.. Sapa masuk sini mesti membeli walaupon cabel charger hp tau 😂.. Mana yang boleh keluar dari sini tanpa membeli apa pon memang terbaik..
![]() |
Hasil tangkapan di kedai USTAZ |
En suami tanya dekat kedai handphone dekat luar kedai USTAZ nie nak tanya berapa upah bila tolong pasangkan speaker ipad dan jawapan nya memang terkejut.. Upah sahaja menggunakan blower panas tu dalam RM 80 walaupon barang korang ada.. Mahal gila upahnya padahal kerja senang je nak buat tu.. Nasib baik lah K.Ika ada suami yang boleh tolong buatkan kalau handphone rosak dari segi hardware atau os.. Format sahaja dekat kedai pon mahal juga tau..
Memandangkan harga terlalu mahal maka tidak jadilah membaiki ipad.. Kami pon balik rumah terus lah sebab esok BIL kan nak ke Bangkok nanti penat pulak tak cukup rehat lepastu nak susun beg dengan elok.. Alat tu BIL no 1 dia beli online sahaja.. Seharian berjalan penat dan boleh buat badan letih.. Anak buah K.Ika lepas makan tak sampai separuh jalan gerak dia baring dalam kereta terus lena.. Dia punya tahap ngantuk tu memang tak boleh tunggu sampai rumah 😆..
Comments
Post a Comment