Tempat mendaki nie sudah lama sebenar nya ada.. Aku je yang baru tahu..hihi.. Aktiviti baru aku & en suami untuk mencuba.. Kami pergi nie pon ada kawan en suami yang ajak.. Nak pergi berdua mula-mula tu memang tak lah sebab tak tahu jalan trek mana yang paling dekat kan.. Ada juga tempat riadah yang best macam nie..
Tidak kira lah berapa kali aku mendaki nie peluh usah cakap lah memang keluar punyalah.. En suami sampai baju dia boleh perah lah.. Nampak tak kurang bersenamnya.. 😅 Kalau aku
attack dekat bahagian lutut rasa macam lutut aku dah jalan ke depan.. Kawasan nie ada lah kawasan pokok kelapa sawit.. Jalan agak licin bila hujan jadi kena berhati-hati.. Laluan dekat sini terdapat pelbagai pilihan antaranya Lipan, Cobra, Monkey, Eagle, Tali.. Ini antara yang aku ingat.. Dah lupa sebab dah lama tidak pergi sejak en suami aktif dengan club basikalnya..
Kita pon rasa malu juga bila ada diantara yang dah berusia dari kita seperti 60an masih
steady sahaja mendaki.. Kami yang muda naik semput & nafas pon laju siap pakej bawa air lagi 😂 .. Nasib baik lah en suami tak ada pengsan.. Kalau tidak jenuh nak angkut dalam hutan tu.. hihi.. Nikmat mendaki nie bila dah jumpa jalan keluar sakit kaki dan semput tadi semua terus hilang.. Tempat mendaki nie pon bersih dan ramai orang mendaki tidak kira waktu.. Ikut bila waktu korang free pergi je lah mendaki.. Malam aku tidak pasti ada atau tidak orang mendaki kerana laluan tidak ada lampu pada waktu malam..
Mendaki pon boleh mengeluarkan peluh dan badan sihat... Selain berjoging sekali sekala kita mendaki tidak salah kan.. Dah lama tidak mendaki nie.. Tunggu en suami habis dengan
event dia kita ajak en suami mendaki pulak.. Bila musim hujan kena hati-hati mendaki kerana laluannya agak licin dan curam.. Mendaki ni juga elok untuk kita pam jantung kita.. Sudah biasa
apa de hal lepas nie mendaki gunung kinabalu pulak ke.. Wah bukan main berangannya tu..
 |
Rehat dahulu sebelum meneruskan perjalanan |
 |
Salah satu laluan yang kami lalu |
 |
view dari laluan monkey.. |
Comments
Post a Comment