Lepas doktor detect ada endo dan K.Ika pon kena pergi hospital untuk rujukan seterusnya.. Bulan 1 tak sempat pergi curi masa sebab suami ada projek nak kena siapkan..Bulan 2 tak ingat sebab apa tak sempat nak pergi.. Bulan 3 puasa dan sebelum beberapa hari raya suami ada masa free sebab buat projek dekat luar dan masa sendiri..
Dah dapat tarikh untuk temu janji bulan depannya pada hari yang sama lagi 2 minit nak berbuka keluar semboyan yang mengatakan suami kena pindah ke perak 😂.. K.Ika punya perasaan waktu tu tak tahu nak sedih ke gembira.. Dah kena batalkan temu janji dekat hospital cyberjaya..
Dengan sibuk uruskan permindahan rumah baru ada masa untuk booking temu janji dengan doktor pakar dekat hospital permaisuri bainun ipoh.. Nak booking banyak cabaran juga.. Tak tahu pulak klinik O&G ada asing-asing.. Maklum lah terakhir K.Ika pergi rawatan O&G dekat HSAAS hanya ada 1 sahaja bahagian klinik O&G.. Macam mana servis dekat sini nanti lah K.ika cerita ok ke idak kan.




Comments
Post a Comment