Salah satu habit K.Ika adalah suka menukar casing hp.. Bila dah agak lama K.Ika akan mula lah kepala otak fikir nak tukar casing hp yang lain.. Bosan rasanya asyik casing yang sama sahaja 😂.. Kali nie K.Ika pilih untuk beli secara online nak pergi kedai tidak boleh dengan keadaan suami jadi ini lah salah satu cara untuk tukar casing baru..Gunakan peluang keemasan untuk membeli secara online..hihi.. Sebelum beli kena tapis dulu mintak pendapat cantik atau tak pilihan K.Ika..
App shopping pilihan K.Ika mestilah SHOPEE.. Casing nie dari china & sudah tentulah ambil masa yang lama kan.. Seller yang K.Ika beli casing nie memang servis dia tip top.. Dalam masa seminggu sahaja sudah sampai dekat K.Ika..Kalau ikut kan dapat lagi cepat jika buat alamat rumah K.Ika tapi dah K.Ika pon balik kampong sebab ada urusan yang tak dapat nak dielakkan jadi buat alamat ipoh..Barang kan akan sampai dekat selangor dulu..K.Ika pon tak kisah janji selamat sampai dekat K.Ika kan..
![]() |
Casing hp pilihan k.ika..design nie terpegaruh dengan founder dianz.. k.ika pon tengok macam cantik je kan.. |
Dah gambar cartoon macam nie tentulah untuk perempuan kan.. Kalau K.Ika pilih design nie untuk hp suami memang tak lepas lah jawab 😂.. Harga murah sahaja dalam RM 12.90 untuk 1 casing dan postage dalam RM 4.. Murah je lah kos dari china postage kita hanya bayar dalam RM 4 sahaja tau..
K.Ika beli juga cover untuk laptop K.Ika.. Suami tegur kenapa laptop nie calar K.Ika pon apa lagi carilah di SHOPEE untuk cover laptop K.Ika.. Susah nak jaga laptop elok tanpa calar tau.. Jadi K.Ika pon belilah takut nanti makin teruk pulak calar laptop K.Ika nie..K.Ika beli design yang simple-simple sahaja.. Ikut pada bajet yang dibenarkan.. Boleh je nak beli design lain nanti lah bila ada bajet.. K.Ika suka menuka-menukar casing hp sama juga dengan suami.. Tapi suami K.Ika screen protector dia selalu tukar..hihi..
Cover laptop pilihan K.Ika.. Suami dia senyum sahaja bila K.Ika bgitau cover laptop nie warna hijau.. Dia tau isteri dia memang hantu hijau.. Warna hijau tak nampak sangat.. Hijau tidak berapa terang design yang K.Ika pilih nie.. Selamat sudah dari laptop K.Ika bercalar nanti..K.Ika memang suka shopping online di SHOPEE. Cuma barang elektrik sahaja tidak berani nak beli lagi..
Sesi memujuk en suami untuk bodek barang elektrik pulak..untuk penuhkan koleksi di dapur K.Ika.. Mana tau nanti terlebih rajin nak memasak pulak kan..
Comments
Post a Comment