Sebelum balik kampung untuk berehat lama disana kebetulan kawan suami hendak datang melawat suami kerana baru keluar hospital.. Anak asuhan pulak hari jadi esoknya maka kak Ika & Suami berpakat sambut hari jadi anak asuhan sebelum kami balik kampong..Buat kejutan macam tulah untuk keluarga anak asuhan Kak Ika..
Kawan-kawan suami datang bawa makanan banyak..Terbalik pulak tetamu datang rumah bawa makanan kan..Kak Ika tak pandai masak sangat.. Jadi kami hanya order pizza.. Sekali kawan suami datang full house.. Memang susah lah rumah Kak Ika penuh dengan tetamu.. 😅.. Pintu rumah memang sentiasa tertutup..Lagipon peralatan dapur masak rumah Kak Ika macam orang bujang 😂..
Masa keluarga anak asuhan datang Kak Ika pulak dapat kejutan.. Mereka bawa kek pulak.. Siap tulis nama Kak Ika lagi.. Kek yang Kak Ika beli tak ada tulis nama Kak Ika tak terfikir pulak nak tulis nama Kak Ika dekat kek tu.. Hari jadi Kak Ika & anak asuhan sama bulan..Memang meriah lah malam tu.. Gambar yang lain tak sempat nak tangkap sibuk layan tetamu.. Anak asuhan pon berkepit sebab lama tak jumpa.. Nasib baik ingat lagi dekat IBU nya.. Dah lupa kecik hati..
![]() |
Ibu dengan birthday girl |
Cepat je dah besar anak asuhan Kak Ika.. Kak Ika dah tak jaga anak asuhan tu sebab pindah dekat pengasuh yang dekat dengan rumahnya..Kak Ika dah pindah jauh sikit dari rumahnya.. Sebelum nie duduk rumah dekat dengan anak asuh nie.. Jadi Kak Ika tak mengasuh anak orang lain dah sebab faktor takut dapat keluarga yang cerewet,budak tidak dengar kata & dah rasa sayang kena berpisah pulak kan.. Kak Ika memang sayang dekat anak asuh nie.. Jaga pon dah macam anak sendiri..
![]() |
Anak bertuah bijak pandai nie.. |
Comments
Post a Comment