Apa menu makan petang korang semua?? Kak Ika dekat rumah nie jarang ada makan menu petang.. Suami bukanlah jenis suka makan banyak kali.. Dia hanya makan sekali tapi dalam kuantiti yang banyak.. Yang selalu lapar dekat rumah nie Kak Ika sorang lah..hihi.. Memandangkan MIL ada dekat rumah Kak Ika & MIL memang suka makan durian.. Anak MIL yang sorang a.k.a suami Kak Ika sorang je yang tidak makan durian.. Senang cerita banyak lah buah yang dia tak makan.. 😂..
Kebetulan masa MIL ada dekat sini banyak ada orang jual durian tergugat iman MIL Kak Ika tu..hihi.. MIL banyak kali sebut teringin nak makan durian,suami pon cakap pergi je lah beli dengan Kak Ika.. Memandangkan dekat rumah ada pulut apa lagi lajulah Kak Ika pergi dengan MIL.. Tak jauh pon dekat kawasan kuarters Kak Ika ada jual..
Ada banyak pilihan kena pandai pilih je lah.. Mula-mula mertua ambil yang sekilo RM 7 lepastu tak tahan tengok yang atas punya ambil sehiji yang tu.. MIL ingat harga nya RM 10 sekilo rupanya harga dalam RM 18 sekilo.. Yang tu durian 101.. Sebiji durian 101 yang Kak Ika ambil tadi dalam 1 KG 600 G.. Kak Ika ok je sebab benda makan memang suami ajar tidak berkira.. Duit ada buat apa kedekut nak beli benda makan nie.. Lain lah dalam akaun nipis kan hanya mampu hidu bau durian lah sahaja..hihi.. Jumlah semua sekali RM 47.. Boleh lah buat 2 orang makan.. Suami Kak Ika kan tak makan durian nie..
Ada teman makan rasa seronok lah.. Makan sorang tak seronok..hihi.. Suami pon tidak suka makan bubur-bubur nie.. Kak Ika bila dah teringin betul baru pergi lah kedai beli bahan untuk masak..hihi.. Kak Ika tidak reti masak dalam kuantiti sedikit.. Kak Ika tak suka bila bagi orang tak cukup.. Walaupon Kak Ika dalam kategori tidak lah mahir masak.. Hanya imaginasi je macam senang nak buat bila masak fail.. Macam semalam menu petang cucur udang tapi fail sebab dah lama tak buat lupa bancuhan macam mana.. Nak masak pon terus rasa tak seronok nak bagi orang makan.. Disebabkan suami lapar dia telan juga.. 😂😂
CARA MASAK PULUT SEPERTI MASAK NASI
Kak Ika ada pengukus tapi MIL tak pandai nak agak macam mana masak pulut menggunakan tu.. Kalau guna periuk nasi yang ada pengukus tu MIL tau.. Rumah Kak Ika pulak periuk nasi tidak ada yang jenis sekali pengukus tu.. MIL bagitau lah macam mana nak masak pulut seperti masak nasi mengunakan periuk.. Kak Ika memang masak nasi mengunakan atas dapur.. Kak ika tidak menggunakan periuk elektrik ada dirumah.. Hanya guna bila rumah Kak Ika ada ramai orang..
Sukatan air tidak perlu banyak hanya sedikit sahaja airnya.. Jika rasa tidak masak boleh tambah sedikit airnya.. Benda senang nak masak buat apa nak pening kepala kan.. Hasilnya menjadi masak pulut menggunakan dapur atas dapur..Tengok dah elok masak tutup lah api..biarkan dia sejuk dulu barulah makan..Makan masih panas-panas tidak sedap.. Garam jangan lupa letak pulak tau.. Kalau tak tawar pulut tu..hihi..
SANTAN
Untuk santan pulak MIL tidak msak santan tu.. MIL hanya ambil santan sedikit campur dengan garam lepastu siap.. Mudah sahaja kan cara MIL Kak Ika.. Kak Ika ingatkan kena masak dulu santan rupanya tak perlu.. Kak Ika makan tadi pon tak ada letak santan.. Dah lupa cara makan sebenarnya.. hahahaha 😅..
Dah siap santan tu masukkan durian ramas lah dengan tangan lepastu masukkan pulak pulut.. Sapa suka makan banjir letak lah banyak sedikit santannya.. Cara makan macam nie memang habis lah tangan sampai menjilat jari.. Kalau orang yang tidak biasa makan akan tengok macam pengotor pulak kan.. Tapi itulah cara nikmatnya makan pulut durian dengan santan.. Makan sampai menjilat habis jari..hihi.. 😄.. Kalau BIL Kak Ika yang lain memang depa suka lah makan menu nie..
Selamat mencuba cara masak pulut seperti Kak Ika dengan mudah..hihih.. Menu simple je cara nak masak pulut cara MIL Kak Ika..
![]() |
Hasil masak pulut menggunakan periuk & masak atas dapur ye.. |
Comments
Post a Comment