Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

A'Bloom BHA Blackhead Blaster

White head atau Black head adalah perkara yang tidak asing yang dialami tidak kira lelaki mau pon perempuan.. Tidak kira usia remaja atau yang meningkat usia.. K.Ika pon ada juga alami benda nie.. Paling ketara black head di hidung K.Ika.. White head ada di muka K.Ika cuma bahagian tertentu sahaja.. Akan naik di muka bila makeup terlalu lama & liang pori tertutup.. Naik dengan meriah lah white head di muka K.Ika.. 

ALTHEA ada mengeluarkan produk untuk hilangkan blackhead di muka kita.. Produk terbaru adalah A'Bloom BHA Blackhead Blaster.. Pasaran yang sedia ada jika untuk blackhead dalam bentuk cecair kan.. Tapi tidak pada produk ALTHEA.. Mereka keluarkan dalam bentuk stick.. Memang mudah dibawa kemana sahaja dan bersaiz kecil seperti lipstik.. Korang letak dalam handbag pon tidak makan ruang yang banyak.. 



Antara bahan yang terdapat adalah Natural BHA, Charcoal, Apricot Seed Powder & Tea Tree Leaf. Gunakan tiga kali setiap hari, BHA stick semula jadi yang lembut. Penjagaan tiga kali dengan BHA semulajadi + Charcoal + Apricot Seed Powder. Untuk membersihkan kulit secara perlahan, membersihkan dan mencerahkan kulit, manakala Tea Tree Leaf mengawal kemerahan dan kekeringan yang ada di kulit muka kita.



Enjoy the video 😍😍


MACAM MANA TERJADI NYA BLACK HEAD DAN WHITE HEAD NIE??

1. Diet Seharian

Siapa suka makan makanan yang bergoreng atau berminyak? K.Ika suka terutama makanan fast food..hihi.. Sebab tu white head K.Ika banyak juga dekat tepi hidung.. Bila dapat tau K.Ika kurangkan makanan berminyak dan hasilnya memang dah kurang white head di tepi-tepi hidung K.Ika tu.. Jadi pada K.Ika kita kena lah juga dalaman kita dari asyik cuba produk luaran tapi dalaman kita tak jaga kan..

2. Hormon Yang Tak Stabil Dan Tidak Seimbang

Hormon yang tidak balance akan buatkan badan kita berfungsi dengan tidak berapa betul. Jadi jangan pelik kalau kita suka marah tidak tentu pasai. Suka sedih tidak kira masa. Period jadi macam chipsmore dan macam-macam lagi.

3. Kurang Minum Air Putih

Air putih nie besar tugas dia dalam usaha kita nak bagi kulit cantik. Biasanya orang yang suka minum  air kosong akan memilik kulit yang cantik kan? Tau tak sebab apa? Satu sebab kulitnya sentiasa lembap, tak kering. Bila lembap kedut susah nak terbentuk malah kulit akan lebih segar dan tidak kusam. Satu lagi bila air tidak cukup, badan tidak dapat melakukan detox. Bila tidak detox maka badan akan kita bertoksin. Badan yang bertoksin akan menyebabkan jerawat, whitehead dan blackhead akan terjadi.

4. Muka Tidak Cukup Bersih

Cuci muka saja tidak cukup bersihkan semua kekotoran yang ada di muka. Kadang tu bila kita sapu toner/lotion selepas cuci muka, kapas still kotor. Untuk itu korang kena cari pencuci muka yang betul dengan serum yang sesuai. Nak tau tentang Perfect Serum boleh baca klik di link tersebut.

5. Salah Beli Produk Makeup

Salah satu masalah kita nie, kita suka beli barang makeup yang tidak sesuai untuk kulit muka kita. Salah beli bedak muka, blusher dan foundation. Bila kita guna muka jadi berminyak. Bila berminyak mula lah keluar white head yang banyak.

6. Scrub Muka Terlalu Kasar

Scrub muka yang kasar akan menyebabkan kulit muka jadi luka dan merosakkan kulit. Bila kulit muka kita rosak, ia akan menyebabkan kehilangan agen yang mengawal pengeluaran sebum.

7. Pengeluaran Sebum Yang Berlebihan 

Bila kulit muka kita mengeluarkan sebum secara berlebihan, itu yang membuatkan kulit muka jadi lebih berminyak. Kulit muka yang berminyak lebih berisiko untuk liang porinya tersumbat sekaligus menyebabkan terjadinya whitehead dan blackhead.

8. Kulit Kekurangan Nutrisi

Rasanya semua orang tahu, kulit juga perlukan nutrisi untuk cantik. Nutrisi yang paling penting untuk  kecantikan kulit ialah kolagen dan vitamin C.  Tapi sebenarnya ia tidak terhad kepada hanya dua nutrisi diatas. Banyak lagi nutrisi lain yang penting dalam memastikan kulit kita cukup nutrisi sekaligus menghalang pembentukan whitehead.

Untuk pembelian produk A'Bloom korang boleh klik di link nie bha-blackhead-blaster.. Kepada peminat korea jangan lepaskan peluang untuk cuba produk nie.. Mana tau macam orang korea nanti kulit muka korang kan.. Selamat mencuba dengan produk ALTHEA A'Bloom 😘😘😘

Comments