Yey dah sampai kasut K.Ika beli dekat shopee.. Sempat pakai masa raya haji.. Kasut yang warna hijau sampai awal sikit.. Selipar sampai sehari sebelum raya.. K.Ika ingtkan minggu depan baru dapat sebab dari KL kan barang tu..
Bila sampai K.Ika cuba muat-muat dengan kaki tak ada lah nampak lebih.. Ada 1 kasut sebelum nie K.Ika memang beli saiz yang sama tapi K.Ika tak tengok berapa cm saiz kasut tu.. Memang sama saiz 38 tapi dalam CM 24.8.. Bila pakai nampak besar sikit.. Tak terfikir pulak nak tengok dalam CM nya.. Selepas kejadian tu sebelum membeli selipar K.Ika kan tengok dulu saiz kasut dalam CM berapa..
![]() |
yang nie sampai berapa hari sebelum raya |
K.Ika beli selipar nie 2 dalam 1.. Pakai masa raya haji & jalan-jalan nanti.. Lagipon selipar K.Ika yang sedia ada nie tapak dah haus bila jalan tempat licin tak berhati-hati boleh jatuh.. Masa hujan lebat dekat rumah SIL K.Ika jatuh terduduk.. Nasib baik lah tak ada apa yang patah.. Dalam hati risau juga lah kan apa-apa jadi..
Ada lah alasan untuk selipar lain dekat en suami.. Lagipon K.Ika pilih yang mampu membeli.. Walaupon K.Ika selalu membeli tapi dalam harga yang tidak mahal.. Jadi en suami tidak boleh nak marah.. Kira ok lah K.Ika seorang yang tidak kisah membeli di shopee nie.. Minat K.Ika mahal juga sebelum K.Ika mintak yang mahal jadi dia setuju lah bila K.Ika mintak yang murah-murah nie 😂..
Barang beli dari china jika duduk di kawasan KL @ Selangor maybe akan dapat dalam 5 hari.. Luar kawasan maybe akan dapat dalam 7 hari macam tu.. Sebab apa dalam kawasan yang K.Ika nyatakan tu dapat paling cepat 5 hari?? Kerana pelabuhan adalah di dalam kawasan yang dinyatakan.. Ada setengah barang akan melalui KLIA.. Sapa yang mempunyai kesabaran boleh lah beli dari china..
Ada juga barang yang di dalam malaysia juga.. Terpulang pada korang nak beli samaada dalam malaysia atau pon dari china.. Jika tidak mempunyai kesabaran K.Ika tidak galakkan korang membeli barang dari china..
![]() |
sampai sehari sebelum raya haji.. warna pink gitu ualls.. |
Comments
Post a Comment