Orang dah lama makan dekat sini.. K.Ika baru je nak cuba makan dekat sini.. Mula-mula BIL nak ajak makan dekat 1 kedai nie memang popular.. Setiap kali kami balik mesti tutup.. Kedai pon tutup pergi lah ke tempat nie.. Kedai nie terletak di Taman Cempaka.. Menu tak banyak mana pon.. Di kedai nie juga ada jual air yang menjadi kegilaan ramai orang sekarang iaitu Air Boba..
Kedai dia tidak mempunyai ruang makan yang besar.. Menu yang kami makan adalah Nasi Beryani Ayam , Nasi Beryani Kambing & Burger.. Burger dia besar makan untuk 3 orang pon rasa macam tak cukup..hahaha.. Nasi & burger memang sedap.. Daging patty dia tebal & juice.. Semua makanan K.Ika bagi 9 bintang.. Harga makanan pon agak hipster juga lah.. Paling mahal burger dalam RM 37.. Nasi Beriani Ayam RM 19 & Nasi Beriani Kambing RM 26 tak salah.. Ada lagi burger yang saiz lagi besar dari yang kami makan nie..
![]() |
Nasi Beryani Ayam |
![]() |
Nasi Beryani Kambing |
![]() |
Burger sedap.. Patty tebal |
Minuman en suami ambil Espresso, BIL 2 orang ambil Coklat & Boba Caramel.. Mula-mula K.Ika tak nak risau manis tak habis minum sorang.. Bila dah rasa air BIL yang Boba Caramel K.Ika beli lah 1 bawak balik.. Airnya sedap tidak muak & paling penting tidak manis sangat.. K.Ika tidak suka air yang manis sangat.. BIL no 2 belanja kami makan.. K.Ika dah terhidu air Green Tea masa duduk dekat luar.. K.Ika bukan boleh tengok benda-benda warna hijau nie..hahahha.. Disebabkan dah selalu minum air Green Tea kita cuba lah pulak air Boba Caramel nie..
![]() |
Air pilihan kami |
Selepas order kena tunggu dalam 20 minit macam tu.. Untuk order kena pergi ke kaunter ye.. Macam ala-ala fast food gitu tapi makanan dia yang akan hantar lah.. Kami duduk di meja luar tidak ada aircond.. Dalam sudah penuh kerana ruang makan yang agak terhad.. Pada K.Ika boleh datang lagi lain kali.. Semua makanan sedap-sedap disini.. Bayar pon rasa berbaloi.. Terima Kasih Abang Ngah belanja kami makan..
Korang taip je dekat waze 21 Grill Taman Cempaka adalah jumpa.. Kedai nie terletak di belakang station minyak Caltex..
Comments
Post a Comment