K.Ika pergi ke tempat nie kali ke 2.. En suami pon sama tak salah K.Ika.. K.Ika tau tempat nie kawan tempat kerja en suami yang bawakkan selepas balik dari Hospital Putrajaya melawat anak asuh K.Ika masuk hospital. Walaupon duduk dekat hanya pergi berapa kali sahaja.. Maklum lah en suami K.Ika tidak rajin berjalan..hihi.. Kali ke 2 singgah dengan MIL lepas balik dari rawatan en suami K.Ika. Bila hari cuti en suami banyak habiskan masa dekat rumah sahaja untuk berehat.
Kedai nie berada dikawasan dengkil.. Kedai nie hanya beroperasi sampai pukul 4 petang sahaja.. Kedai akan penuh bila makan waktu pejabat.. Jadi untuk elakkan sesak korang datang dalam pukul 2 pon tak sesak dengan orang yang datang makan.. Apa yang best makanan ini disediakan sekali dengan set air.. Harga pon berpatutan dan tak salah K.Ika mahal daging salai + telur itik itupon tidak semahal mana pon.. Servis pon cepat disini tidak perlu menunggu dengan lama..
Sambil taip nie pon terbayang-bayang daging salai lemak boleh rasa dekat tekak..hihi.. K.Ika tak pasti sama ada benda nie biasa masuk dalam masakan pon atau tidak tapi K.Ika tau ada setengah tempat masukkan asam belimbing ke dalam masakkan gulai lemak nie.. Di kedai nie masukkan hirisan mangga ke dalam masakkannya.. Mula-mula K.Ika makan tengok macam pelik bila rasa sedap wey.. Rasa serasi dengan gulai lemak tu..
Mula-mula datang en suami agak cerewet bab makan nie.. En suami pilih asam pedas sebab gulai lemak tak makan.. Pada mulanya kongsi dengan K.Ika sekali tudia en suami habiskan makan sorang.. Tu maknanya memang kena dengan tekak en suami.. En suami pon cakap sedap makanan dekat situ.. Menu goreng tidak ada ya yang ada hanya menu set sahaja.. Asam pedas melaka pon kalah dengan asam pedas dekat nie tau.. Asam pedas dekat melaka en suami kurang suka.. Lain orang lain tekak rasanya.. Terpulang tekak masing-masing.. Pada K.Ika 2 menu di kedai nie memang terbaik..
Buat korang yang menggemari asam pedas & daging salai gulai lemak boleh lah cuba di kedai nie.. Nama kedai nie adalah RESTORAN BUNGA CENGKIH,DENGKIL.. K.Ika bagi 10 bintang untuk kedai nie.. Sambal belacan dia pon terbaik pedas sampai makan keluar peluh.. Tak percaya korang boleh pergi cuba.. Memang tak menyesal lah makan dekat kedai nie.. Akan membuat korang ketagih..
Gambar dari google |
![]() |
Dihidang dalam bekas claypot. |
Comments
Post a Comment