K.Ika dah lama perati FB & IG inai nie.. K.Ika memang gila inai nie.. Inai lukis selalu K.Ika lukis sendiri walaupon tidak lah dalam kategori pandai melukis inai.. 2 orang seller sebab harga dalam mampu untuk membeli..hihi.. K.Ika cuba dengan seller dari FB dulu.. K.Ika beli inai serbuk dubai untuk jari & inai lukis 1..
K.Ika kurang suka inai celup sebab macam instant sangat merah dia.. K.Ika ada 1 pantang kalau pakai inai daun kena warna merah hitam.. Bila jadi warna macam tu memang puas gila hati dapat pakai inai daun macam tu.. K.Ika tak puas pakai inai daun bila cuci warna oren.. Tengok jari jadi buruk pulak..hihi..
K.Ika beli serbuk inai dubai nie sebab seller kata seakan inai daun.. Inai lukis 1sahaja sebab tangan K.Ika je nak lukis.. Cukup lah kan kalau nak lukis banyak tangan baru beli inai lukis banyak lagi..hihi.. K.Ika dah lama tak lukis inai dekat tangan mau keras tangan K.Ika lukis.. Lagipon jari K.Ika ada masalah macam kering & ada bintik-bintik halus.. Tu sebab K.Ika dah lama tak melukis inai dekat tangan..
Bila sampai je barang yang K.Ika beli nie cantik pulak seller tu letak inai.. Siap ada dalam bekas tau.. K.Ika tak pasti sama ada memang dia dah buat lama atau hanya waktu tertentu sahaja akan dapat bekas macam tu.. Memang cantik gila lah bekas nya..
Buat kawasan kulim boleh lah pergi ke giant kulim untuk berinai disana.. Jika berinai di kedai harga murah bermula dari RM 5 sebelah tangan tau.. Kalau dekat dah lama K.Ika pegi.. K.Ika lah pelanggan tetap tiap bulan datang..hihi..
Jika berminat boleh klik di bawah untuk membeli inai dengan seller nie tau..
![]() |
cantikkan bekas yang seller tu letak inai.. dapat free pen putih & mask. |
Comments
Post a Comment