Skip to main content

Posts

Showing posts from 2025
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Asam Pedas

  Penutup tahun 2025 K.Ika berjaya masak Asam Pedas 😂😂.. K.Ika nie bukan lah pro dalam bab masak sebab suami cerewet sikit bab makan nie tambah melibatkan makanan yang jenis berkuah.. Kalau masak menu berkuah kena pekat tak mau cair.. Bila masak suami kata lulus adalah tambah menu masakan..hihi.. Dah nak dekat 12 tahun baru pandai masak..hahahha.. Kalau lama tak masak memang lupa ingatakan juga macam mana nak masak 🫢..   BAHAN- BAHAN Bawang merah besar Bawang putih Halia Cili kering ( BLEND SEMUA BAHAN NIE..KESEMUA BAHAN ADALAH AGAK-AGAK) Daun kesum Bunga kantan Bendi Tomato Asam keping   CARA MASAK - Tumis dahulu semua bahan yang diblend sehingga pecah minyak. - Dah pecah masukkan air sedikit dan bagi sampai pecah minyak kali ke 2. - Dah pecah minyak kali ke 2 masukkan air pulak untuk nak kuah banyak boleh banyakkan air untuk nak kering masukkan air sedikit sahaja.Masa nie masukkan kesemua bahan sayur tambahan ke dalam..Jangan lupa garam semua tu..Dah siap. NOTE : KAL...

Bagpack Lagi ??

  Bag dengan K.Ika memang berpisah tiada 😊.. Tak bagpack bag silang akan dibeli.. K.Ika hanya 2 jenis bag nie sahaja akan membeli buat masa sekarang sebab tak ada baby.. Ada baby mungkin bag baby pulak 🫢..Last membeli tahun lepas tak salah..Jadi tahun nie untuk penutup tahun kita beli lagi sebab selalu hujung2 tahun akan banyak sale yang akan buat.. Macam biasa K.Ika membeli dekat Tik Tok.. Shopee dah jarang guna.. Suami selalu guna shopee..hihi.. Ntah macam mana tangan gatal pergi tengok collection bagpack dari kedai nie..hahaha.. Scroll punya scroll ada bag yang berkenan dihati tak besar dan tak kecik sangat.. Harga pon dalam mampu milik untuk K.Ika membayornya 🤣.. Lama ye K.Ika usha bag tu simpan je dalam kegemaran dekat tik tok..hihi..  Taraaa bagpack yang menjadi pilihan.. Bagpack dari Carlo Rino.. Jenama nie mesti semua dah tahu kan lama dah ada dekat pasaran..Harga pon mampu milik..Bagpack nie jenis kain tau.. Ada saiz besar macam bag sekolah warna yang sama.. Masa n...

Selamat Hari Jadi Anak Bujang Ibu & Ayah

  Pejam celik dah setahun anak bongsu K.Ika.. Sedar-sedar dah anak bongsu ye K.Ika.. Lama benor tak cerita dalam nie sedar-sedar dah besar anak K.Ika 😅.. Bulan 11 2 orang hari jadi anak bujang K.Ika.. Abang dengan adik.. Kakak je jauh beza bulan..hihi.. Tengah bulan dan hujung tahun..hihi.. Abang dah 5 tahun tapi masih pelat lagi bercakap.. Perangai anak no 2 faham-faham lah drama banyak sangat.. Anak bongsu tak nampak lagi macam mana perangai sebab dia akan melihat apa yang abang dan kakak dia buat.. Harap-harap jangan extrem lah bongsu punya perangai..hihi.. Adik 11/11 dan abang 25/11.. Jimat sambut sekali terus hari jadi..hihi..Abang sambut hari jadi dekat sekolah dengan kawan-kawan.. Adik sambut dengan family kecil sahaja.. Masa sambut hari jadi pon abang buat perangai nak perhatian dari semua orang..hahah.. Semoga anak-anak membesar dengan sihat,taat kepada orang tua dan dijauhi dari perkara yang tidak baik.. Risau juga dengan anak-anak zaman sekarang nie.. Walaupon bukan dar...

Happy Anniversary ke 12

  Pejam celik dah masuk 12 tahun perkahwinan K.Ika dan suami..Gaduh dalam rumahtangga itu biasa..Antara kita pandai kawal dengan tak je pergaduhan tu macam mana.. Dah makin berusia nie K.Ika kadang malas nak melayan bila bergaduh.. Diam je mulut..Hanya bercakap bila perlu sahaja..  Kalau tanya tips rumahtangga tak ada.. Pandai- pandai lah cari..hahaha.. K.Ika pon tak sempurna mana pon ada juga masa mulut nie menjawab.. Ye lah nak berlawan dengan api dan api bukan senang.. Kena tebal je lah muka kalau kena marah depan orang 🤣.. Muka K.Ika pon subtitle bila marah,gembira pon dibaca.. Kebetulan jatuh hari cuti K.Ika ajak suami makan dekat luar.. Kami makan western je.. Makan berdua gambor pon tak ada suami sibuk pasangkan cover back dekat hp baru K.Ika.. Bayar sendiri ye sebab mahal barang tu..hahaha..Lepastu ada ramai orang sekeliling K.Ika jadi segan nak tangkap gambar.. Gambar makanan jadilah ye..  Semoga hubungan kami suami isteri panjang sampai ke jannah.. Kami saling ...

Celovis

Sekarang dah terpengaruh pulak dengan gelang titanium 😁 .. Harga tak murah sangat ye gelang nie.. Ada macam-macam jenama ada jual gelang titanium dari emas kepada silver dan juga rose gold.. Pilihan jenama yang K.Ika pilih adalah CELOVIS..  Antara sebab pilih jenama nie adalah warranty sepanjang hayat dan kalau warna dia turun boleh tukar dekat celovis.. Ada K.Ika jumpa dekat tik tok design sebijik sama dengan celovis tapi harga murah sikit nasib baik tak terpengaruh..hahaha.. Sebab celovis ada warranty hati K.Ika tetap dengan celovis..hihi.. Celovis ada juga fizikal stor dekat Parkson pavilion,KL/ Sogo,KL/ Midvalley,JB..Nak beli online pergi je dekat tik tok CELOVIS.. Macam biasa beli dekat tik tok ada harga promo 😂.. K.Ika beli 2 gelang dapat free 1 gelang.. Ingatkan takut salah hantar bila tanya customer servis ye memang FREE 1 gelang random.. Nasib lah dapat gelang apa..hihi.. Design kotak bukan biasa-biasa ye..Dalam kotak ada kotak lagi..hihi.. Design yang menjadi pilihan K....

Brush Makeup Mua Bellaz

Lama dah beli brush nie ingatkan dah masuk dekat blog rupanya tak ada.. Apa punya lah kemalasan K.Ika nie..hihi.. Kali nie punya kita mesti beli sebab brush makeup warna nude @ coklat kome..hahaha.. Sebelum nie punya battel K.Ika tak sempat nak beli sebab dah lupa.. K.Ika tengok live dah habis orang beli 😅.. Bila K.Ika tahu ada lagi battel brush nie tak tunggu dah.. Bersedia ye nak rebut peluang.. Macam biasa beli guna duit sendiri ye.. Rasa macam ada bagitau berapa harga tapi suami diam je sebab bayar duit sendiri kan..hihi..  Kebetulan masa battel kali ke 2 nie K.Ika pergi rumah Abang Ipar open house raya tak salah..Nampak  lama kan dah beli.. Nasib baik tak masuk dekat blog tahun depan cukup setahun..hahaha.. K.Ika punya risau lah tak dapat sebab stock terhad lepastu penonton nak dekat 12 ribu untuk stock 3 ribu.. Nampak betapa takutnya K.Ika tak dapat.. Nak tunggu battel akan datang tak tahu bila lagi.. K.Ika suruh suami bawak perlahan lah sebab nak tengok waze sambil bat...

Perbezaan 2 Kipas Jisulife

Sepanjang setahun dan beberapa bulan pakai menggunakan 2 jenis kipas jisulife nie K.Ika ada nampak perbezaan dari segi ketahanan bateri dan juga anginnya.. Kipas yang nie K.Ika baru pakai beberapa bulan.. Beli sebab senang bagi en suami bila bercuti dan kena jalan diluar pada waktu panas ada kipas dan tak berpeluh sangat 😅.. Alasan je kan untuk membeli tapi memang ada kegunaan untuk suami.. Tak payah nak pegang dan gantung sahaja di leher.. Kipas nie angin paling kuat sampai no 5 sahaja.. Nak cas pon tak lama dan menggunakan charger type C.. Untuk kegunaan outdoor yang luas macam pergi ke taman yang luas angin dia ok lah.. Bateri dia tahan lama bila menggunakan sampai angin no 5...Letak kipas depan muka terasa lah angin tu dan tak cair makeup tu..hihi..Harga masa beli promosi dalam RM 73 Kipas angin yang pertama sekali K.Ika beli dan setahun lebih menggunakannnya.. Bateri saiz dalam 9000 mAh.. Berat sedikit sebab body dia besi jatuh menangis lah juga.. Charger pon jenis type C juga.. ...

Jisulife Lagi??

Bahaya betul lah penangan dekat tik tok nie 😅.. Ingatkan mampu menahan tidak membeli akhirnya tewas juga.. 10 bulan juga lah menahan nafsu untuk membeli..haha..  JISULIFE LAGI??? K.Ika tewas beli lagi 1 kipas tangan jenama jisulife juga.. Yang nie harga murah sikit dari yang lama.. K.Ika beli sempena 7.7.. Nak murah korang beli lah tarikh yang sama macam tu bulan-bulan yang akan datang.. Untuk harga murah ada masa dia yang tertentu.. K.Ika beli 2 kali kipas angin nie pukul 12 tengah malam..  Kali nie K.Ika beli bateri 5000 mAh.. Angin dia kuat juga dan boleh gantung.. Salah satu sebab K.Ika beli senang bila berjalan dalam cuaca panas boleh bagi suami pakai.. Supaya bila berjalan dalam panas tidak badmood 😂..  Jisulife nie memang bahaya lah asyik fyp dekat tik tok K.Ika 😂.. K.Ika pilih jenama nie sebab kata tahan lama.. Harga yang nie masa K.Ika beli RM 73. Boleh dapat murah lagi tapi sebab kipas nie selalu sold out dan kebetulan sale ada stock K.Ika rembat je lah.. Har...

Port OOTD di Chalet Su

  Dah nama pon chalet ala bali takkan tak ada port OOTD kan 🫢.. Kawasan nya tak besar tak kecik tapi selesa.. Setiap jenis bilik adalah terhad.. Bilik berhadapan pantai kebanyakan lebih dari 2 orang ada 1 bilik untuk 2 orang tapi pintu dia berhadapan ke laluan jalan kaki bukan berhadapan ke pantai.. Ada bilik bajet juga dekat chalet su tapi berhadapan jalan raya 😅.. Bilik berhadapan pantai cepat sold out ye sebab terhad sangat2 dalam 9 bilik sahaja dekat dengan pantai.. Nie gambar hari ke 2 K.Ika dekat chalet su.. Hari ke 2 pagi ada keluar matahari jadi nak tangkap gambar OOTD memang cantik..Gambar nie tak edit langsung.. Nampak cantik kan dengan cahaya matahari..Nie kawasan chalet su yang K.Ika duduk.. Memang cantik kawasannya dan pantai pon bersih hanya ada kulit- kulit kerang je dekat tepi pantai. Nie gambar nak check out tapi malangnya masa check out matahari tak keluar 🥲.. Cuaca rasa panas tu tapi gambar banyak gelap 😞.. Nampak jelas nie kebanyakkan K.Ika edit.. K.Ika bab ...

Chalet Su Marang

Hari ke 3 kami check in dekat chalet su ala bali.. Bilik ok berhadapan dengan pantai.. Ada banyak jenis bilik dan bilik kebanyakan tiada tv dan shower air panas.. Harga bilik adalah tetap kecuali bila naik harga sahaja.. Deposit RM 50 untuk 1 bilik..Pantry berhadapan dengan kaunter atau pintu masuk.. Dekat pantry ada penapis air,pinggan mangkuk dan peti ais..Berkongsi dengan orang lain..  Kenapa K.Ika pilih chalet nie sebab suami kata nak buka je pintu dah hadap pantai 😅.. Jadi K.Ika tanya lah dekat chalet tu hari apa yang ada kosong sebelum hari jumaat.. K.Ika jumpa chalet nie dekat tik tok..Bilik dia biasa-biasa je..Aircond kuat dan design chalet nie ala-ala bali sikit.. Kedai makan senang nak cari.. Sepanjang jalan ada je dekat tom yam waktu malam 😂.. Chalet su nie terletak di Kampung Gong Rusila,marang dan nak ke bandar terengganu dalam 20 minit macam tu..Kami dah sampai sini memang tak p bandar dah..Memang trip K.Ika terlebih santai.. Bilik yang K.Ika pilih adalah Family Sea...

Hari ke 3 Di Terengganu

  Hotel yang K.Ika duduk tu check in pukul 3 check out pukul 12.. Last day dekat bandar nie kami semua bangun lambat sikit.. K.Ika kena awal dari 2 orang nak mandi,makeup dan kemas barang lagi..Lepas check out kami pergi ke rumah sepupu suami sebab nak tengok laptopnya tak boleh connet internet.. Suami memang pandai lah bab-bab laptop nie.. Sebelum nak sampai kami cari kedai makan asyik terlajak je last-last singgah station minyak beli roti buat kudap-kudap anak nak makan.. Budak tahu lah kan kalau dah lapar tu macam mana 😂.. Sepupu suami nie baru je berpindah ke terengganu.. Sebelum nie duduk di ipoh.. Dah alang-alang ada dekat sana jumpa lah sekali kan.. Lama dekat sini sembang macam-macam.. Anak buah K.Ika nie dah pemalu bila lama tak jumpa.. Lama gila lah losy contact dengan dia.. Bila msg balik dia macam malu-malu sikit dengan K.Ika.. Masa dia kecil bila balik je kampung bawak lari dia p jalan-jalan pasar malam 😁.. Dah besar dia malu dengan K.Ika.. Dia panggil K.Ika sepatutn...

Pasar Payang

  Hari ke 2 aktiviti di terengganu K.Ika adalah hanya berjalan disekitar hotel sahaja 😁.. Apa yang terdekat adalah pasar payang.. Hari ke 2 cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai.. Pagi kami jalan-jalan cari sarapan dekat dataran.. Sebaris hotel ada tapi macam tak menarik menunya..hihi..  Memandangkan hujan rintik-rintik lepas sarapan kami balik hotel dulu untuk rehat-rehat kemudian baru ke pasar payang.. Mula-mula nak naik kereta tapi disebabkan susah parking kami ambil keputusan jalan kaki sahaja.. Pakej sekali dengan brisk walk sebab suami dalam proses nak turunkan berat badan tu yang jalan kaki juga.. K.Ika jenis yang bila banyak-banyak depan mata memang jadi rambang mata tau tak tahu nak pilih apa dan nak beli apa 😅.. Pasar payang 1 jual baju,aksesori dan kedai emas.. Pasar payang 2 bahagian keropok dan jajan-jajan semua..Tak jauh pon jarak pasar payang 1 dan 2 tu.. Oh ya balik dari sarapan singgah kedai yogurt nama YOGULP.. Rasa dia lebih kurang sama macam llao lla...

Hotel Dj Citi Inn Premier

  Gerak dari kelantan pon dah lewat lah juga sebab perjalanan dari kelantan nak ke terengganu ambil masa 3 jam lebih.. Suami memang bawak jenis slow sebab zaman kerja plus dulu dah puas dia tekan minyak sampai meter 200 dia bawak 😂.. Jadi sekarang dia bawak hanya 80 sahaja..hahaha.. K.Ika macam biasa hotel bajet sahaja tak mewah mana pon hotel tu janji ada kelengkapan semua cukup dah.. Hotel nie barisan kedai tepi jalan besar.. Parking kena berebut sikit lah dengan hotel yang lain.. Parking depan hotel hanya ada 1 sahaja kot itu pon siapa cepat dialah dapat.. Hotel nie ada banyak pilihan.. Disebabkan datang masa cuti sekolah banyak hotel dah penuh booking.. Hotel yang K.Ika duduk nie ada 2 @ 3 sama nama ada beza sikit belakang tak salah..Kedai makan jauh sikit dari hotel.. Malam sampai tu K.Ika order grab je malas nak keluar mencari makan sebab salah satunya parking tak ada 😅..  Bilik yang K.Ika pilih 1 single dan 1 queen tapi dapat bilik 4 single.. Nak selesa sebab bawak an...

Pasar Siti Khadijah

  Dah alang-alang sampai ke kelantan kan marilah kita jalan-jalan dekat sini.. Dekat sini sekejap sahaja sebab ada urusan dan memang tak ada perancangan nak jalan ke mana.. K.Ika gerak ke kelantan hari sabtu jalan jem dekat genting sepah lepastu jalan clear.. Lama kome ikut jalan lama.. Kelantan memang tak ada highway lah rasanya 😅.. K.Ika dari KL  pukul 1 sampai homestay pukul 10 😅.. Taubat rasanya nak ke kelantan lagi..hahaha..Naik flight ok lah kot..K.Ika duduk dekat peringat..Nak ke bandar dalam 30 minit macam tu..Hari sabtu memang tak ada apa aktiviti lah dah sampai pon malam.. Esok nya suami ajak ke pasar siti khadijah lah.. K.Ika sampai pon dah petang banyak kedai dah tutup.. Sini memang niaga banyak tutup awal ek..Kuih-kuih apa pon tak sempat nak cuci mata nak merasa..haha.. K.Ika beli baju je untuk anak bujang 2 orang dengan magnet peti ais macam biasa.. Keropok apa semua tak beli suami dalam mood diet jadi malas nak beli.. Ini je lah gambar yang ada 😂.. Malam kita...

Elfi

  K.Ika memang peminat silver..K.Ika ada lagi gelang kaki silver walaupon nak dekat 17 tahun pakai masih elok cuma tak berkilat sebab tak hantar cuci.. Zaman K.Ika dulu kan popular silver nie.. Harga pon murah lah juga tak mahal macam sekarang 😅.. K.Ika jumpa 1 kedai dekat tik tok jual silver.. Banyak juga kedai yang jual korang kena tengok perbandingan harga dan juga design.. K.Ika berkenan dekat kedai nie sebab boleh tukar silver yang lama kepada silver yang baru lepastu ada cuci free seumur hidup.. Cincin silver jenama kedai nie sahaja tau yang diterima cincin silver kedai lain tak diterima. K.Ika dah lama tengok dan kira-kira bajet K.Ika pilih untuk beli bulan 6 sempena hari jadi untuk diri sendiri.. Design K.Ika tanya suami cantik atau tak dan K.Ika beli tak bagitau harga dekat suami nanti kena marah walaupon beli duit sendiri..hihi..  Cincin pilihan K.Ika 😊.. K.Ika beli dekat kedai ELFI di tik tok..Website pon ada juga kalau nak.. Chat seller pon rajin juga melayan wa...

Selamat Hari Jadi

  Selamat hari jadi untuk diri sendiri.. Tahun nie beza sambut hari jadi.. Selalu berdua je kali nie bertiga dengan anak sorang.. Suami bawak berjalan ke pantai timur.. Dah alang-alang sampai sana ada urusan jadi terus lah jalan-jalan ke sana.. K.Ika pon tak pernah jejak lagi pantai timur.. K.Ika dan anak sulung hari jadi bulan yang sama jadi dah anak ikut kita terus lah jadikan percutian sebagai trip hari jadi 😊..Ada peristiwa sedih juga masa hari jadi K.Ika.. Suami boleh lupa hari jadi K.Ika 🥲.. Nasib baik ada anak dekat sebelah boleh lah cover tak menangis 🤭..  Mau tak sedih pasangan sendiri lupa hari jadi kita.. Yang lain lupa tak apalah yang penting jangan pasangan lupa lah..huhu.. Yang lain tu dah biasa lupa hari jadi K.Ika maklum lah orang biasa-biasa je tak ada berduit 🫢.. Untuk tebus rasa serba salah en suami belanja cincin hadiah hari jadi.. K.Ika ingat bergurau rupanya betul-betul dibelikan..  K.Ika nak menerima pon serba salah masa tu..Ye lah dah berjalan ...

Walker

  Kali nie beli apa pulak untuk anak bongsu 🤭.. K.Ika belikan walker pulak.. Walker yang turun temurun dah lusuh dan selamat ibu buang pon.. Jadi ibu belilah yang lain untuk adik.. Untuk zaman sekarang nie design sentiasa akan berubah-rubah jadi kita bagi lah bongsu merasa design yang lawa sikit..  K.Ika belikan walker senang untuk dia bergerak kalau K.Ika tak ada dekat depan.. Nak dukung semangat badannya.. Mana nak buat kerja dapur sambil dukung memang idak lah..Mana lah tahu beli barang baby turun dekat adik dia dari rahim K.Ika pulak..aminnn.. Bongsu nie memang last sebab dah 3 kali czer maknya.. Warna walker yang menjadi pilihan 🤗.. Zaman moden guna skrew je ikat lepastu tempat duduk main lock2 je 😅.. Yang nie boleh kawal kelajuan jadi persen untuk kena langgar tu agak tipis.. Walker yang jenis lama kena langgar memang ermmm rasa nak menyumpah je 😂..  Yang jenis nie belum rasa macam mana bila kena langgar anak tak pandai lagi tolak ke depan.. Letak dalam nie bila...

The Hijabco

Nak raya nie kan banyak lah sale dekat tik tok.. K.Ika mintak suami belikan tudung sebab baju kita pakai apa yang ada je.. Bukan selalu paw suami pon..Sebelum orang lain mintak kita habiskan duit suami supaya dia tak terasa senang bila isteri tidak meminta-minta nie..hahah.. Siapa yang tahu jenama nie agak keras ye harga ye.. Nak raya selalu fyp pasai tudung jenama nie dan harga dia murah ye korang dari harga asal.. Jenama pilihan K.Ika adalah THE HIJABCO..   Korang tengok lah kotak dia design bukan biasa-biasa ye dia letak.. K.Ika sebenarnya rambang mata nak pilih warna apa.. Jadi nak selamat K.Ika pilih warna kelabu.. K.Ika banyak tudung bercorak sebab baju K.Ika kebanyakan design plain..  Harga yang K.Ika dapat dalam RM 25 macam tu..Nak dekat raya harga boleh turun sampai RM 22 ye.. Siapa cepat dia dapat lah harga murah macam tu.. Ikutkan nak beli 2 design tapi macam banyak pulak pow suami..haha.. Nak guna duit sendiri nak beli berus makeup mua bellaz.. Tu yang K.Ika tahan ...

Tempat Letak Tab

  Lama tak update dekat sini ye..Maklum lah tak ada apa pon nak dikongsi kan.. Tambah K.Ika dah mula mengasuh jadi bz dengan mengasuh anak.. K.Ika nak share dengan korang tempat letak tab.. K.Ika terpengaruh dengan tik tok ye 😂.. Tempat nie juga korang boleh letak hp sambil makan tak payah nak letak bawah.. Benda nie boleh pusing 360 darjah tau.. Warna pilihan K.Ika semestinya hijau 🤣.. Benda nie memang berfungia dengan baik dan harga pon tak mahal sangat.. Yang penting boleh adjust 360 darjah.. Untuk berat tab K.Ika boleh menampung lah.. Boleh adjust untuk ketinggian yang kita nak guna.. K.Ika beli untuk suami guna juga sebab dia suka makan sambil tengok hp.. Nak tengok tv meja makan dekat bahagian lain tu yang dia makan tengok hp..hihi..K.Ika makan kurang bercakap sebab nanti makan sambil bercakap cepat kenyang 😅.. Sesiapa berminat boleh lah pergi serbu dekat tik tok.. Harga berbaloi dan mudah digunakan..

Baby Chair

  Wah lama sunyi dekat sini.. Maklum lah tak ada apa nak diceritakan dekat sini..hihi.. Alhamdulillah K.Ika masih diberikan rezeki dan jodoh jaga anak yang ke 3 dari adik beradik yang sama 😊.. Selang 4 tahun 3 beradik nie K.Ika jaga.. Selama cuti panjang 2 tahun memang K.Ika tak mengasuh anak yang lain..Malas rasa nak layan ragam mak bapak yang baru 😅..Dah nama anak bongsu kan macam-macam lah K.Ika beli.. Dari kakak sampai abang tak ada pon membeli sangat 🫢.. K.Ika beli baby chair senang nak ajar makan duduk dalam tu.. penyudahnya makan atas riba je sebab dia suka menjilat dekat lapik kerusi tu 😅.. Harga pon berpatutan lah tak mahal sangat.. Warna pon banyak pilihan yang ada.. Nak murah dekat tik tok nie tak tentu masa masalahnya.. Tak semua barang akan murah masa kempen..  Warna yang menjadi pilihan K.Ika.. Ada roda juga dekat bawah dia.. K.Ika letak je dekat bawah tu senang dan tak mengganggu pon.. Pelapik dia kalis air dan senang nak basuh.. Dekat tik tok macam-macam se...

Selamat Hari Jadi Suami

  Selamat hari jadi bff K.Ika.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik serta hilang segala kesakitan yang dialami.. Tahun ke 18 sambut bersama..Alhamdulillah masih dipanjangkan jodoh bersama..  Tahun nie tak bagi hadiah apa pon dekat suami.. Belanja makan kedai tom yam je..Itu je yang mampu poket belanja suami.. Kami sambut berdua je selalu tiap2 tahun.. Kecuali kalau ada adik2 beradik suami nak sponser adalah makan-makan sekali.. Pejam celik tak sangka lama juga dah lah dengan suami.. Suami kata yang penting ikhlas.. Nak kongsi semua benda dekat sosmed nie malas K.Ika.. Kita banyak hati yang kena jaga.. Gambar banyak up dekat instagram itu pon tak aktif sangat..hahah.. Mungkin faktor usia kot..  Semoga suami diberikan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki buat keluarga kecil kami nie.. Yang mana baca doakan K.Ika dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. aminn