Selamat Hari Jadi kepada suami.. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki yang halal dan dipermudahkan segala urusan..aminn.. Macam biasa sambut ala kadar sahaja.. Belanja suami atas kemampuan K.Ika 😊.. Hadiah tak ada tahun nie.. Tak tahu nak bagi apa.. Doa2 kan lah kami diberikan zuriat umur pon dah nak masuk warga emas nie 😅.. Harap suami suka lah dengan apa yang K.Ika buat nie.. K.Ika nak bagi kejutan dekat suami lepas dia balik kerja tunjuk ada kek eh malah K.Ika yang menangis..Nampak je muka bengis tapi dalam hati air terjun tau..hahaha.. Suami terkejut juga mana datang kek nie sebab almaklum lah K.Ika lesen kereta memang tak ada motor ada tapi setiap kali keluar memang bagitau suami sebab K.Ika risau kalau keluar tak bagitau suami apa-apa jadi susahkan..Walaupon tak berapa nak isteri solehah tapi kena mintak izin nak pergi mana-mana jangan keluar senyap.. K.Ika jumpa dekat tik tok harga kek bajet.. Tak besar dan tak kecik sangat..Boleh lah buat makan kami ...



