Skip to main content

Posts

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Tribit

 Sapa sini peminat earphone angkat tangan?? K.Ika nak kongsi dengan korang earphone original dengan harga yang berpatutan.. K.Ika berat sebenarnya nak bagi suami beli earphone risau pakai sekejap je kan lepastu tak pakai dah..hihi.. Jenama nie K.Ika serius tak pernah dengar.. K.Ika hanya tahu jenama yang terkenal sahaja tak tahu lah kalau jenama nie terkenal K.Ika tak tahu.. Lagipon K.Ika bukan peminat earphone sangat.. Paling lama pakai itu pon sejam keluar semasa membeli barang dapur.. Untuk mengelakkan cakap dengan orang K.Ika layan je lah lagu..hihi.. Dekat situ tulis tahan bateri bila cas penuh adalah 24 jam.. Cas pon tak lama mana pon bila nak sampai penuh.. Suami pakai nie untuk main game untuk dengar pergerakan.. Dari perhatian K.Ika suami main pakai 4 jam hanya 20% sahaja yang pakai.. Bunyi pon sedap K.Ika ada cuba juga dengar lagu pakai tu..hihi.. Semuanya pon OK lah.. Ada warranty lagi tu tau.. Harga bajet dalam bawah Rm150.. Kedai dekat shopee taip je TRIBIT MALAYSIA.. ...

Kesan sampingan Clomid

  Bahaya ke bila makan terlalu banyak clomid nie?? Antara yang K.Ika tahu dari pengalaman K.Ika sendiri adalah akan boleh menyebabkan pertumbuhan cyst.. Macam sebelum nie ada tak ada cyst tiba-tiba bila dah makan clomid dan scan ada cyst.. Antara cyst tu akan kecut sendiri atau memerlukan makan ubat.. Ada setengah orang tak tahan makan clomid nie jadi doktor akan tukar kepada letrozole..  Dan juga bahaya jika makan ubat kesuburan nie juga adalah boleh menipiskan dinding rahim kita.. K.Ika dapat tahu sebab K.Ika dah makan ubat clomid nie 3 cycle.. 2 cycle 50mg 1 cycle 150mg.. Sebelum makan yang 150mg nie K.Ika jumpa doktor masa CD22.. DPO K.Ika tak ingat hari ke berapa 😅.. Doktor scan melalui perut dan nampak ada sesuatu di belah kiri K.Ika.. Mula-mula scan perut kemudian scan melalui tvs pulak.. Ubat K.Ika ambil dulu CD2 period jumpa doktor balik untuk scan..  Masa scan CD2 period alhamdulillah cyst K.Ika mengecut.. K.Ika datang period tetap tapi dalam pendek period nya....

Serunding Ikan

  Pertama kali K.Ika cuba masak menu nie.. Nie salah satu makanan kesukaan suami tapi K.Ika tak makan 😅.. K.Ika ingatkan masak benda nie kejap je tapi bila dah masak boleh tahan lama nak dekat 2 jam baru betul-betuk kering serunding tu.. Lenguh juga lah kaki berdiri lama..hahaha.. Pastikan serunding tu betul-betul kering ye untuk bagi tahan lama.. Sapa nak cuba boleh lah tapi K.Ika punya masakan selalu banyak main campak-campak je..hihi.. Bahan yang digunakan pun senang nak cari dan  tak menggunakan bahan yang remeh..  Sebelum nak belajar benda nie K.Ika tengok dulu bahan senang cari ke tak.. Permintaan suami adalah nak guna ikan sardin.. Jadi K.Ika kenalah cari ikan sardin.. Dah macam masak laksa dah guna ikan sardin.. Laksa pon K.Ika tak tahu masak sebab makan sorang malas nak belajar masak menu tu..hahah.. Kalau melibatkan makan sorang lebih baik beli je lah dekat kedai..hihi.. K.Ika suka masak simple je tak pening kepala nak guna banyak bahan.. K.Ika kenalah masak me...