Skip to main content

Posts

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Rawatan kesuburan ( 14 ) # IUI Kali Ke 2

  Akhirnya K.Ika buat juga IUI untuk kali ke2.. Kali pertama iui K.Ika gagal 😔.. Tipulah tak sedih kan.. K.Ika pon kawin dah lama.. Harapan tu tetap adalah untuk IUI kali ke 2 nie.. Disebabkan covid makin rancak sakan naik. jadi K.Ika kena buat RTK dahulu baru boleh pergi bilik yang mereka suruh.. Macam biasa suami kena keluarkan sperm dan akan cuci selama sejam.. Kemudian kita datang balik ke tempat tersebut untuk buat proses IUI.. K. Ika tukar baju dahulu dan tunggu doktor datang.. Sebelum buat IUI kena kencing dulu tau.. Pengalaman K.Ika buat IUI kali ke 2 nie doktor buat sakittttt... Boleh pulak doktor main muncung itik tu tolak kejap ke depan kejap ke belakang.. Nak cari laluan tak jumpa.. Dia punya sakit tu boleh buat trauma dengan muncung itik tu 😂.. Proses untuk memasukkan sperm suami kita tak lama pon dalam 5 minit dah siap.. K.Ika tengok jam sebab tahan sakit tu rasa macam lama sangat 😅.. Selepas dah selesai K.Ika baring lurus sebab doktor pon tak tahu nak mengiring ke...

Rawatan kesuburan ( 13 ) #Letrozole 5mg & HUMOG 150 iu

 Last K.Ika jumpa doktor ada bagi cadangan sama ada untuk buat HSG atau Ovarian drill.. Tadi jumpa doktor dan suami tanya sama ada perlu atau tak doktor kata tak perlu pon tak apa.. K.Ika pon ok je lah..Cycle akan datang nie K.Ika mulakan makan ubat dan juga cucuk.. K.Ika akan ambil ubat letrozole CD 2 - CD 6 lepastu CD 7 - CD 9 K.Ika kena ambil yang humog pulak.. Harga ubat HUMOG nie mahal ye 1 kotak humoh 75 iu dalam RM 66 .. K.Ika kena beli dalam 6 kotak harga semua RM 396 .. Masa bayar tertelan air liur 😅.. Nasib baik ada duit dalam akaun simpanan.. Ubat letrozole dalam RM 16 . Clomid sahaja free..hihi.. CD 7 K.Ika akan jumpa doktor untuk scan perkembangan telur dan juga cucuk humog sekali...  CD 7 Hari yang dinanti-nantikan nak tengok ubat yang K.Ika makan ada beri kesan tak.. Alhamdulillah dengan Letrozole telur beri respon yang positif tapi tak banyak.. Mungkin sebab dos rendah.. Clomid dos tinggi K.Ika dapat banyak dalam 6 telur.. Dengan letrozole dapat 3 telur.. ...

Pengalaman Cucuk Sendiri

  Mana yang sedia maklum K.Ika nie penakut sikit dengan jarum.. Bila jumpa doktor je automatik darah gemuruh datang.. Untuk cycle yang baru nie doktor sarankan untuk K.Ika ambil ubat cucuk sekali.. Nak tak nak kena lah juga kan cucuk sendiri.. Kononnya nak suami yang cucukkan tapi bila tanya nurse tu kalau boleh cucuk pada waktu yang sama..  Masa CD7 tu K.Ika cucuk pada waktu pagi jadi hari seterusnya anggaran masa juga lah.. Mula-mula tu ngetor juga lah tangan nie nak cucuk diri sendiri.. Suami waktu pagi tido jadi tak nak ganggu dia masa tido K.Ika beranikan diri lah cucuk sendiri.. Pada K.Ika rasa sakit tu hanya sekejap sahaja bila masukkan ubat.. Jarum tu bila masuk dalam perut tak sakit sangat.. Ubat pon tak banyak dalam 5ml je tak salah..  Nanti nurse akan ajar lah macam mana cara nak cucuk sendiri tu nanti.. K.Ika cucuk sendiri ubat subur dan juga pecahkan telur tu.. HUCOG K.Ika beli dekat andorra sebab kebetulan masa scan public holiday farmasi dekat K.Ika buat ra...