Skip to main content

Posts

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

  Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Tahun nie kita raya kelam kabut 🙃.. Konon hari isnin malam tu nak pergi Aeon pergi beli wallpaper nak pasang sebelum raya.. K.Ika sampai kampong hari sabtu subuh.. Hari sabtu K.Ika terlajak lenaaa sedar2 pukul 4.30 petang 😅.. Maklum lah tak tido malam tu.. Dengan cuaca redup tu ingatkan masih awal lagi tengok jam dah lewat..hihi.. Bangun2 terus suami ajak kemas rumah MIL..  Sempat lah juga kemas rumah MIL dengar berita mengejut esoknya raya 😂.. Tempat sampah tu penuh dengan barang dari rumah MIL.. Habis K.Ika & SIL sesi membuang apa yang tak patut..hahahah.. Wallpaper sahaja tak sempat.. Mungkin raya haji kot baru pasang sebab kerja dah tergendala memang mood tu malas nak sambung buat kerja..hihi Beraya berdua lagi lah K.Ika dengan suami tahun nie.. Masih belum merasa nak collect duit raya lagi..hihi.. Seronok tengok budak beraya.. K.Ika dengan suami pakai baju recycle je.. K.Ika berkenan dekat abaya nie tapi masa ...

Rawatan Kesuburan ( 15 ) # IUI Kali ke 2 Tidak Berjaya

DPIUI 13,14,15 K.Ika buat upt test negative 😢.. Tipulah tak mengharap IUI kali ke 2 nie.. Nak buat macam mana masih belum rezeki kami lagi kali nie.. Kita hanya boleh merancang dan berusaha ALLAH yang menentukan segalanya.. Bila K.Ika test negative mood agak tak betul.. Asyik nak bergaduh je dengan suami.. Mungkin ada perasaan sedih tu.. Kita dah usaha tak berhasil takkan nak marah takdir pulak kan.. Jadi next temu janji K.Ika akan stop dulu untuk next proses.. Nak kumpul duit dulu kalau ada buat IUI kali ke 3.. Risau doktor naikkan dos ubat naya je K.Ika.. Ubat cucuk paling mahal ye walaupon RM 66 1 tapi kalau dah banyak beratus juga harga ubat tu.. Kewangan pon tak stabil lagi untuk teruskan sebab dah habis guna wang simpanan uruskan hal roadtax kereta,yuran belajar benda nie sahaja nak dekat 5k habis tau.. Jadi kita tunggu je lah period turun.. K.Ika pon dah stop makan ubat progynova sebab kalau diteruskan makan nanti period akan lagi lambat nak turun dan akan buat cycle haritu pan...

Rawatan kesuburan ( 14 ) # IUI Kali Ke 2

  Akhirnya K.Ika buat juga IUI untuk kali ke2.. Kali pertama iui K.Ika gagal 😔.. Tipulah tak sedih kan.. K.Ika pon kawin dah lama.. Harapan tu tetap adalah untuk IUI kali ke 2 nie.. Disebabkan covid makin rancak sakan naik. jadi K.Ika kena buat RTK dahulu baru boleh pergi bilik yang mereka suruh.. Macam biasa suami kena keluarkan sperm dan akan cuci selama sejam.. Kemudian kita datang balik ke tempat tersebut untuk buat proses IUI.. K. Ika tukar baju dahulu dan tunggu doktor datang.. Sebelum buat IUI kena kencing dulu tau.. Pengalaman K.Ika buat IUI kali ke 2 nie doktor buat sakittttt... Boleh pulak doktor main muncung itik tu tolak kejap ke depan kejap ke belakang.. Nak cari laluan tak jumpa.. Dia punya sakit tu boleh buat trauma dengan muncung itik tu 😂.. Proses untuk memasukkan sperm suami kita tak lama pon dalam 5 minit dah siap.. K.Ika tengok jam sebab tahan sakit tu rasa macam lama sangat 😅.. Selepas dah selesai K.Ika baring lurus sebab doktor pon tak tahu nak mengiring ke...