Apa benda MTB tu?? MTB tu adalah Mountain Bike yang kayuh basikal di dalam hutan bukan di jalan raya.. Kalau jalan raya basikal nya di panggil Road Bike.. Sejak en suami main basikal nie tau lah sikit-sikit pasai basikal.. Ini adalah event yang pertama en suami masuk.. Event ini adalah anjuran dari IPD Melaka.. Orang awam boleh masuk ke? Mestilah boleh masuk.. Kenapa aku tidak masuk sekali? Yang pertama adalah basikal tidak baiki lagi ( makan modal juga tu ), Kedua mestilah kena ada stamina nak masuk.. Kena ada latihan juga mana boleh tidak ada latihan terus kayuh memang pancit lah jawabnya. Kalau aku masuk tak tahu lah no berapa.. 😅
Tempat anjuran ini di MIMC Melaka iaitu Melaka International Motorsport Circuit.. Tempat ini tidak jauh dari Toll Ayer Keroh.. Penginapan hotel yang paling dekat adalah Hotel Sri Malaysia.. Kawasan ini kawasan perkampungan jadi nak cari hotel tu susah sikit.. Penginapan kami di sini homestay ditaja .. Rumah besar ada 5 bilik 3 bilik ada aircond 2 bilik tidak ada.. Masa aku pergi nie panas & haba rumah terperap dalam bilik.. Memang susah nak tido sebab panas.. Kipas atas pon macam tidak ada rasa angin..huhu.. Nasib baik lah 1 malam je tido dekat situ..
Event ini terdapat dalam 1 kategori iaitu MTB sahaja tiada FUN RIDE.. MTB pulak ada banyak kategori antara nya Men Open PDRM, HeavyWeight, ... Penyertaan peserta bagi MTB adalah seramai Seribu lebih.. Penyertaan paling ramai adalah dari Indonesia seramai 26 Orang.. Ramai jugalah penyertaan dari luar negara.. Peserta yang paling cepat sampai adalah 1 jam 15 minit.. Seramai 3 peserta terawal.. Kemudian ada 2 peserta menyusul di belakang.. Cepat gila depa kayuh..
![]() |
En suami menolak basikal ke tu..hihi |
![]() |
Team cycling IPD KLIA |
![]() |
En suami kita dekat belakang tu.. Teka lah yang mana 1.. |
Ada juga Cabutan bertuah.. Bertuahkah en suami?? Nampak gaya nya en suami tidak bertuah dalam acara nie.. Lucky dip pon no tidak dalam senarai.. Tak apa janji en suami enjoy masa join event tersebut.. Selama en suami pergi kayuh aku buat apa?? Aku duduk di podium sorang-sorang je sambil main game dekat hp & juga promote barang yang aku jual.. Dekat situ ada orang pasang lagu jadi tidak lah bosan sangat..
APAKAH HADIAH CABUTAN BERTUAH?
Tiket Wonderland
Voucher Penginapan
Voucher Makanan
Barangan Elektrik
Kipas
Basikal
Motor Elektrik ( Hadiah utama )
RM500 bagi setiap kategori
Lucky Dip ( Mamee ) yang lain dah lupa.. 😂
Dekat situ juga terdapat foodtruck.. Lapar pergi je beli dekat situ. Untuk peserta makanan disediakan.. Aku 1 je lemah bila bab tandas depa letak tandas bergerak tu.. Aku sanggup tidak pergi tandas dari menggunkan tandas macam tu..hihi..
KOMEN EN SUAMI
Trek agak mencabar & enjoy.. Nasib baik tidak hujan pada hari sebelum event jika trek basah memang agak berbahaya sedikit.. Ramai juga lah peserta luka & jatuh.. Salah seorang peserta dari club en suami dikejarkan ke hospital.. Nasib baik keadaan tidak serius hanya terseliuh sahaja.. Rugi tidak rakam video.. Tertinggal dekat rumah.. En suami nyaris-nyaris tidak terjun ke dalam tasek.. Ada orang jaga dekat situ cuma en suami tidak terfikir pon kenapa dia kibarkan bendera.. Orang tu bgitau suruh slow sambil kibarkan bendera & bagitau ada tasek disitu. 😅
Comments
Post a Comment