Kejadian nie berlaku pada hujung bulan 6.. Memandangkan cuti lama disebabkan en suami kemalangan sebelum nie, Kami balik ipoh sekali ikut MIL.. K.Ika ada 1 masalah bila tengok kipas atau tempat yang berhabuk.. Habuk sedikit tak apa jangan tebal macam bertahun-tahun tak kemas rumah tu.. Jangan biarkan K.Ika nampak je habuk tu mulalah akan kemas tempat yang berhabuk tu..
![]() |
kemas bagi untuk kosongkan laluan nie |
MIL K.Ika tidak boleh buat kerja yang angkat berat nie nanti tangan akan sakit.. Memandangkan kebetulan waktu tu mood K.Ika terlebih rajin nak kemas pulak..hihi.. Masa MIL pergi ke KL sekejap kena hadir untuk open house jadi rumah clear tidak ada orang jadi K.Ika memilih untuk kemas rumah waktu orang tidak ada.. Senang nak kemas rumah bila tidak ada orang.. Yang lain duduk dalam bilik jadi lagi bertambah senang nak kemas dekat bahagian dapur..
![]() |
Barang elektrik setempat.. almari sebelah pon dah kemas juga |
Berapa jam di dapur K.Ika tidak pasti.. Yang pasti bila K.Ika kemas kena siapkan sebelum masuk waktu asar.. Jadi sempat lah mandi untuk solat zohor.. K.Ika kemaskan dekat bahagian dapur sehingga ke rak pinggan.. Cuci-cuci bawah tu ada taik tikus lah.. Macam mana boleh ada tikus pulak nie kan.. Bahaya bila ada tikus di rumah tau.. Barang-barang dapur yang dibeli oleh MIL K.Ika letakkan didalam almari.. Jadi tak nampak bersepah diluar.. Semua K.Ika bagi susun nampak kemas..
Bahagian rempah & bawang pon K.Ika bagi letak 1 tempat.. Senang nak cari nanti.. Mana bekas yang tak elok K.Ika buang semua ( sebelum kemas dah mintak kebenaran tau ).. K.Ika suka buang benda yang tak pakai.. Banyak bekas dekat dapur buat semak & pembiakan tikus je nanti.. Banyak juga sampah yang dibuang dalam 5 plastik sampah hitam 😂😂..
Selang sehari kemudian K.Ika kemaskan bilik belakang pulak.. MIL nak pindahkan aircond dari rumah lahat ke rumah tawas jadi K.Ika kemaskan bilik tu dahulu.. Tinggalkan ruang nak pasang aircond jadi tak ada lah kena angkat barang bila orang tu pasang aircond.. MIL pasang aircond bilik belakang sebab suami K.Ika tidak boleh badan berpeluh.. Nanti akan gatai belakang badannya.. Buat sementara kami duduk di bilik adik en suami.. Bilik adiknya baru je pasang jadi kami rasmikan dulu..hihi..
![]() |
Tak habis kemas lagi di bilik belakang |
Rumah K.Ika pasang aircond juga ke?? Rumah K.Ika tidak pasang aircond.. Menggunakan kipas bawah sahaja.. Sebab apa tak pasang ?? K.Ika tak tahan duduk di dalam aircond..hahaha.. Masa duduk di dalam bilik SIL K.Ika tidur rapat ke dinding tak nak bagi kena aircond sangat.. Hanya sipi-sipi sahaja bagi kena.. K.Ika lebih selesa tidur angin kipas tapi kipas pon K.Ika sipi-sipi juga bagi kena angin tak menghala ke K.Ika kipas tu.. Tidur dengan kipas pon pakai stokin nie kan tidur dalam bilik aircond..hahahah.. En suami nak pasang aircond di rumah kena bagi alasan yang paling munasabah dekat K.Ika 😂😂..
Bilik belakang nie K.Ika nak kemaskan pon blur jugak.. Ambil masa fikir nak susun barang nie macam mana.. Susunan dalam bilik nie tak siap sepenuhya..Ada barang yang K.Ika tak tau nak letak mana.. K,Ika hanya sediakan ruang kosong untuk orang aircond untuk memudahkan kerja dia nak pasang aircond nanti.. Nanti dah masuk bilik tu baru fikir balik macam mana nak susun bagi nampak kemas.. En suami tidak suka barang bersepah walaupon dia suka sepahkan barang.. K.Ika jugaklah yang kena kemas banyak kali..huhu..
Harap akan berkekalan lah tempat yang dah K.Ika kemas.. Jangan bawa lari pulak periuk nasi atau air fryer ke depan.. Barang tu tempatnya di dapur bukan di ruang tamu.. Orang datang rumah tak manis dipandang.. Harap dapat bagi kerjasama dengan baik.. Nanti K.Ika merajuk tak mau kemas tak tau..hahahahahah...
Selesai misi mengemas dirumah MIL bagi nampak kemas.. Peti ais tu pon dalam perancangan untuk dikemas tidak lama lagi.. Nanti lah tunggu mood rajin datang..hihi..
dah lama nak tlg kemaskan tpi tak berani nak sentuh..hehe...
ReplyDeletesebelum nak kemas mintak izin dulu.. line clear kita kemas kasi habis licin..sekali kotak2 pon buang..hhahahahahhaha
Delete