Ramai yang sudah tahu akan kebaikan minuman dari sarang burung nie..Sarang burung menghasilkan kolagen juga.. Ada setengah orang tidak sesuai dengan minuman kolagen nie tambah yang sedang TTC ( TRY TO CONCEIVE ) risau akan mengaktifkan cyst yang ada didalam badan.. Setiap badan perempuan akan ada cyst dan fibroid.. Beza nya hanya aktif dan tidak aktif sahaja.. Jadi kenalah pandai jaga pemakanan kita.. Dah cuba boleh je.. K.Ika dah cuba sekali memang rasa mcam ketagih dengan benda nie.. Pasaran sekarang pon dah keluarkan macam-macam jenama sarang burung.. Kalau harga tu murah sangat jauh berbeza K.Ika tak akan beli.. Benda masuk dalam badan kena lah ambil minuman yang kita yakin.. Apa-apa jadi dekat badan kita mereka tak akan tanggung kan.. Berhati-hati memilih bab membeli minuman kesihatan..
K.Ika sudah 2 cuba produk minuman sarang burung.. 1) BIRD NEST keluaran dari FG WALET 2) THE OF JOYLIFE keluaran dari ECOLITE.. Apa beza rasa kedua sarang burung nie??? Rasa kedua jenis adalah sama bagi K.Ika.. Harga yang ECOLITE murah sikit dari FG WALET..
MANA NAK DAPATKAN MINUMAN SARANG BURUNG NIE???
ECOLITE ada dijual juga di watson dan jual guardian termasuk 7E.. K.Ika dapat tau ada jual dekat 7E dekat kawasan rumah K.Ika.. Sebelum nie tidak ada.. Bila ada K.Ika pon beli dan rasa nya memang sama sahaja dengan FG WALET.. Sarang burung keluaran ECOLITE terdapat 5 Jenis iaitu ORIGINAL, LONGAN, ALOE VERA, LYCHEE & RED DATE AND WOLFBERRY.. K.Ika sudah cuba 1 dan memang sedap.. Untuk belian borong korang kena selalu ambil tahu bila WATSON atau GUARDIAN akan membuat promosi.. Waktu promosi boleh lah beli banyak-banyak buat stock dekat rumah 😊
![]() |
RM 6.90 |
FG WALET terdapat di petronas yang terpilih sahaja.. Mereka juga ada ajen-ajen tau.. FG WALET ada kepunyaan pelakon iaitu FAUZIAH GOUS.. Produk nie sudah lama dipasaran.. K.Ika mula-mula beli air nie dahulu semasa menjaga en suami dekat hospital.. Ada juga risau rasa tak sedap harga pon boleh tahan juga.. Sarang burung keluaran FG WALET terdapat dalam 4 Jenis iaitu LUO HAN GUO dan LONGAN, BERI GOJI dan KURMA, LONGAN dan MADU & ALOE VERA dan GULA BATU.. Terdapat 2 jenis bekas yang dikeluarkan oleh FG WALET nie.. Boleh rujuk gambar dibawah..
Pada K.Ika terpulang pada individu sendiri hendak amalkan yang mana.. Nak masak sendiri pon boleh juga.. Boleh pergi ke kedai ubat china ada jual.. Harga jangan terkejut ada sarang burung nie sampai beribu juga tau.. Harga sarang burung mengikut gred yang telah ditetapkan.. Jom kita baca kebaikan amalkan sarang burung nie.. Jom kita baca khasiat bila amalkan sarang burung nie..
KHASIAT SARANG BURUNG
🌰 Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
🌰 Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
🌰 Pengambilan sarang burung walet ketika hamil dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, mmperkuatkan paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah bersalin.
🌰 Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
🌰 Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
🌰 Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
🌰 Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.
🌰 Ajen pemutih dan juga baik untuk kesihatan mata.
Ada juga mengata jika hendak mendapatkan pipi kita menjadi gebu dan nampak kental gitu boleh juga amalkan sarang burung nie.. Banyak lagi kebaikan yang ada dengan mengamalkan sarang burung nie.. Terpulang pada kemampuan kita.. Macam-macam cara boleh cantik.. Tubuh badan kita tidak sama dengan orang lain.. Jadi kesan sesuatu akan nampak berbeza..
FG walet baru beli & dah rasa.. Dap dap.. Ecolite bru beli jap ni kat 7E..nnti akak review kat blog..
ReplyDelete