Tak tahu nak kemana aktiviti hujung minggu dengan anak-anak?? Ha !! korang boleh pergi dekat sini iaitu G2G ANIMAL GARDEN MAEPS SERDANG.. K.Ika pon dapat tahu kawasan nie wujud tahun lepas cuma tak ada kesempatan nak datang ke sini.. Nak pergi berdua dengan suami sahaja memang tak best lah kan.. Pergi tempat macam nie dengan budak-budak seronok lah.. Melayan kerenah budak-budak kan.. K.Ika masa kecik tak pernah pergi zoo banyak tolong family sahaja..
Kebetulan hari minggu tu ajak suami pergi ke rumah sepupu nya di Putrajaya baru melahirkan anak yang ke 4.. Sis dengan suami je tak nampak lagi tanda-tanda ke arah tu 😅.. Lepastu cakap dekat suami kita bawa maira sekali boleh bawak pergi jalan-jalan.. Maira nie anak asuhan K.Ika dulu.. Lama gila tak jumpa tu yang bawak jalan-jalan bagi habiskan masa dengan K.Ika dan suami..
Dah nama pon mini zoo jangan korang ingat kawasan dia tu besar.. Apa yang best dekat sini korang boleh bermain dengan binatang dekat dalam nie dengan lebih dekat tau.. Nak bagi makan pon boleh.. Yang kelakar nya anak asuh K.Ika nie takut kucing jadi semua binatang dalam tu dia takut nak pegang.. Jenuh K.Ika pujuk pegang dia tetap tak nak... Lepastu dia bagi alasan nanti binatang dalam tu gigit 😂
K.Ika geram tengok kuda padi.. Kecik je K.Ika teringin nak pegang kuda dan dekat kawasan pantai kan ada selalu kuda.. Bila datang dekat kuda K.Ika tak berani nak pegang.. Bila dekat mini zoo nie ada keberanian pulak pegang kuda nie.. Kuda nie pon jinak je tau.. Maybe keberanian datang nak tunjuk dekat anak asuhan binatang tu tidak gigit.. Kuda yang besar pon K.Ika dah pegang juga dan bagi makan..hihi.. Bila tengok K.Ika bagi makan dekat kuda besar dia pon nak juga tapi K.Ika teman lah dekat belakang tak nak bagi dia takut atau trauma..
Memang best lah dekat mini zoo nie.. Baru pusing mini zoo balik rumah rasa penat badan.. Ada anak sendiri 24 jam nak kena layan tak tahu lah..hihi.. Dekat sini juga ada juga ruang tangkap gambar jika nak boleh lah pilih mana yang korang nak dekat pintu keluar.. Mereka akan bagi 3 pilihan jenis gambar yang ada..
GAMBAR DI DALAM MINI ZOO
Kami bertiga..InsyaALLAh dah sampai masa ibu dan mama bagi kakak adik pulak ye.. Kawan bergaduh ibu.. Tumpang kasih sayang..
![]() |
Ni anak kesayangan ayahnya.. Tak boleh tengok anak nya kena marah atau menangis.. Apa2 hal ayanhnya akan backup dahulu.. Ibunya garang 😅
Ibu buli kakak tak reti duduk diam tangkap gambar.. Teman bermanja dan menumpang kasih sayang..
CENDERAHATI
Ni ada kisah yang buat hati suami cair lah.. K.Ika tak perasan bila maira buat.. Cenderahati K.Ika pilih Fridge Magnet.. K.Ika beli 1 sahaja untuk letak di peti ais untuk buat kenangan.. K.Ika suka kumpul Fridge Magnet.. Masa dekat kedai makan sebelum hantar maira balik kami sembang-sembang sambil melayan kerenah maira.. Maira nampak ada Fridge Magnet dekat dalam bag K.Ika dia mintak nak tengok.. Dia suka sangat lah dengan gambar tu..
Ada 1 reaksi maira buat suami tersentuh dia tengok gambar tu lama lepastu dia letak dekat dada.. Suami bila tengok reaksi dia macam tu memang touching habis lah.. Jadi bila hantar maira balik dia pegang je gambar tu lepastu suami cakap bagi maira je lah.. K.Ika pon setuju je lah buat kenangan maira nanti dia rindu K.Ika dan suami boleh tengok dekat gambar tu.. K.Ika pon ada juga ambil gambar dengan maira nanti K.Ika buat photobook pulak..hihi.. Kenangan dia dengan kami.. Nanti kami atau familynya pindah kan lagi susah nak jumpa dan rindu..
Harap maira tak lupakan K.Ika dan suami sampai bila-bila.. Andai K.Ika dikurniakan anak 1 hari nanti maira tetap anak K.Ika yang no 1.. Nak bawa maira tidur dekat rumah K.Ika tak lepas lagi.. Tunggu green light mama nya bagi je.. Mama bagi tiap-tiap minggu K.Ika bawa datang rumah 😆
VIDEO
Gambar dari mama.. K.Ika tak tangkap gambar dahulu ingat dekat rumah baru nak tangkap.. Anak buat sweet ayah bagi dekat anak 😂
HARGA
DEWASA RM 20
KANAK-KANAK RM 15
WAKTU OPERASI
ISNIN- AHAD : 10 PAGI - 6 PETANG
SELASA ( TUTUP)
Untuk pergi ke lokasi taip sahaja dekat waze : G2G Animal Garden
VIDEO
Comments
Post a Comment