Pertama kali K.Ika masak menu macam nie.. hahaha.. Orang lain dah tau masak macam-macam K.Ika baru nak belajar masak.. Dah tua-tua baru nak belajr kan.. Tak apa lah sekurang nya ada belajar dari tak ada langsung kan.. Masa bujang tau masak nasi ptuih sahaja 😅.. Dah kawin nie dan berjauhan dari keluarga kena lah belajar masak..hihi..
Nasi ayam nie K.Ika tengok dekat mua terkenal masak.. Siap salin lah resepi tu sebab dia letak dekat ig story.. Dekat ig story dalam masa 24 jam akan hilang.. Sebelum hilang K.Ika salin cepat-cpat resepi tu.. Dekat google banyak tapi macam-macam bahan pakai..hihi. Cara masak nasi ada 2 cara K.Ika buat.. 1 banyak bahan lagi 1 tak banyak langsung bahan.. Sapa nak baru belajar sesuai lah sebab resepi K.Ika semua jenis yang masak simple dan bahan tak rumit mana pon.
BAHAN MASAK NASI AYAM
CARA 1
🌼 Beras
🌼 Planta
🌼 Bawang putih, bawang merah, halia ( blend )
🌼 Daun pandan
🌼 Serai, bawang merah, halia ( dihiris )
🌼 Bunga Lawang
🌼 Kulit Kayu Manis
🌼 Bunga Cengkeh
🌼 Buah Pelaga
🌼 Kiub pati ayam maggie
🌼 Serbuk Kunyit sedikit ( untuk bagi warna kuning )
CARA 2
🌼 Beras
🌼 Planta
🌼 Daun Pandan
🌼 Serbuk Kunyit sedikit
Cara masak masa sahaja cuma beza banyak bahan & tak banyak bahan.
AIR REBUSAN AYAM
Rebus ayam seketika untuk mendapatkan air rebusan.. Air rebusan nie akan digunakan untuk masuk dengan nasi & juga sup.
** sukatan air terpulang pada beras masing-masing.. Lain beras lain sukatan nya ye.. Jadi korang boleh main agak je..hihi..
CARA MASAK NASI
1. Masukkan planta dalam 2 @ 3 sudu kemudian masukkan bahan yang blend tadi. Bila dah naik bau masukkan bahan yang dihiris tadi dan 4 sekawan, daun pandan serta kuib pati ayam.
2. Masukkan beras & air rebusan (ikut pada jenama beras masing-masing ). Serbuk kunyit sedikit.
3. Dah siap masak nasi.
* Cara masak nasi yang ke 2 sama cuma beza bahan sahaja yang kurang.
AYAM PERAPAN
🌼 Sos Tiram
🌼 Kicap manis
🌼 Kicap Pekat
🌼 Lada Hitam
CARA MASAK
1. Ambil ayam dah rebus tadi dan perap dengan bahan diatas dan boleh goreng.
2. Goreng tak payah lama sangat sebab tadi kita dah rebus ayam tu. Bagi nampak ala-ala hitam je.hihi
SOS CILI
🌼 Bawang putih ( dicincang halus )
🌼 Cili merah besar + tepung jagung sedikit ( blender )
🌼 Cili Sos
CARA MASAK
1. Tumis bahan semua diatas sehingga masak. Masukkan sedikit air. Masak dengan api perlahan nak bagi cili tu masak nanti sakit perut pulak bila tak masak elok.
SUP AYAM
🌼 Bawang merah ( dihiris )
🌼 Air rebusan
🌼 Sup Bunjut
CARA MASAK
1. Tumis bawng merah dan masukkan air rebusan serta sup bunjut.
2. Garam sedikit dah siap..
Pada K.Ika cara nie senang dan masak simple sahaja..hihi.. Suami kata sos tu sodap.. Lepas nie boleh buat nasi ayam lagi.. Nak bagi orang makan tak yakin sebab orang luar tak sama tekak dengan kita..hihi.. Masak untuk suami pon jadilah..hihi..
SELAMAT MENCUBA 😘
Simple.. Cuma byk side2 dish dia.. But boleh ar cuba.. Smlm akk buat n.tomato,ke laut rasa dia..haha..
ReplyDeleteIka mula2 nak buat memang rasa mcm banyak nya bahan.. bila dah selalu buat tak terasa pon bahannya.. side dish tu masak je mana yang makan.. Belajar perlahan2 kak nanti lama2 ok lah..ika tak suka nasi banyak sangat bahan jadi serabut..hahaha
Delete