Baru-baru nie K.Ika dah mulakan balik rawatan.. Bila dah selesai jumpa doktor nurse dekat situ kata ada pembayaran.. K.Ika pon blur lah nak bayar apakan.. Rupa-rupanya klinik O&G dah tukar kepada swasta dan GL tak digunakan lagi dekat situ.. K.Ika tanya suami juga nak teruskan atau stop.. Suami kata teruskan je lah mana tau berbayar menjadi 😅.. Kalau K.Ika tengok pada kewangan lah selagi mampu teruskan je lah K.Ika pon dah buat lama rawatan dekat situ nak pindah2 hospital macam leceh.. Kalau hospital lain parking banyak macam HPUPM mungkin boleh dipertimbangkan ðŸ¤.. Nasib baik klinik suami masih boleh guna GL..
Nanti K.Ika share lah berapa kos rawatan dekat sini.. Setakat nie yang K.Ika tahu harga adalah jumpa doktor harga RM30, Pap smear RM 80.. Belum harga termasuk ubat ye. Tu je lah perkembangan terkini pasai rawatan K.Ika.. Semoga sinar 2022 akan hadir junior K.Ika dan suami.. Apa yang penting kita ikhtiar dah dengan cara hospital.. Oh ya K.Ika dalam kategori unexplanned.. Dah ambil darah semua hormon ok cuma baru-baru nie jumpa doktor untuk tahu result darah Cd 2tak dapat lagi..
Result darah cd 2 nie kena hantar dekat makmal luar untuk tahu telur kita ada berapa.. Harga dalam RM 160.. Masa scan telur ada banyak juga lah kilang telur belah kanan.. Belah kiri kilang telur macam malu2 sikit.. Tahun depan baru jumpa doktor balik.. Prof nak K.Ika ulang balik buat HSG atau tebuk dekat perut 🥺.. Yang nie masih dalam perbicangan lagi dengan suami.. Nanti ika share juga K.Ika buat yang mana.. Good luck untuk ttc semua 😘
Comments
Post a Comment