Percutian ini adalah percutian yang tidak dirancang ye.. Ikutkan K.Ika memang balik bercuti tapi tak ada pergi mana-mana sebab kewangan pon tak berapa stabil lagi.. Abang Ipar K.Ika ajak suami jadi kami pergi je lah.. Disebabkan cuaca masa pergi nie musim hujan jadi tak pergi mana2 pon.. Hanya pergi ladang teh sahaja untuk tangkap gambar.. Kalau ikutkan K.Ika bukan disitu tempat yang K.Ika nak untuk tangkap gambar ada laluan masuk lain yang ada air terjun tu.. Ada MIL sekali jadi suami pon malas nak pening kepala mencari tempat yang K.Ika betul nak tu jadi kita ambil je lah dekat bahagian atas tu.. Sepatutnya kena turun ke bawah lagi baru jumpa.. Tak apa lain kali lah K.Ika cari port tu..
K.Ika tangkap gambar nie menggunakan tripod.. Gambar lawa weh.. Kena pandai setting kedudukan juga bagi nampak cantik gambar tu.. Cuma tulah masa dekat tempat terakhir tu tak terfikir pulak nak bawak tripod.. Ada alasan next trip pergi lagi kan tempat tu 🤣.. Cameron nie dah beribu kali pergi.. Tak semua tempat ada gambar K.Ika ambil tu yang bila pergi lagi kena ambil.. Semua tempat K.Ika pergi tu berbayar kalau berdua sahaja adalah bajet kalau dah ramai nak ajak pon serba salah pulak kan bila time nak bayar masuk tu jadi ambil keputusan tak payah pergi tempat tu..hihi.. Belum cukup rezeki nak bayar untuk ramai-ramai.. Doakan suami K.Ika dapat interview lagi besor boleh lah belanja..hihi..
Suami pon melayan juga K.Ika untuk tangkap gambar.. Dia tahu K.Ika nie suka bergambar & cerewet sikit bab tangkap gambar.. Rasa gambar tu tak helokk K.Ika buang je nanti pergi lagi sekali kena pastikan gambar helokk baru boleh gerak ke tempat lain 😂..K.Ika suka tukar-tukar gambar wallpaper dekat hp.. Mungkin tu lah juga K.Ika suka bergambar.. Hp 1 wallpaper anak lagi 1 wallpaper gambar K.Ika & suami ðŸ¤..
Tak banyak aktiviti pon yang K.Ika buat dekat sini.. Santai-santai sahaja.. Dengan cuaca sejuk & hujan tak menentu malas nak keluar lama-lama.. Tempat yang baru dekat brichang pon K.Ika tak pergi sebab malam ada buat bbq suami yang tukang masak bbq..hihi.. Nanti kita rancang betul-betul nak pergi mana yang pasti akan pilih tarikh bukan public holiday lah..hihi..
Sebelum turun K.Ika belikan mak jagung susu buat merasa.. K.Ika beli dekat kawasan ross valley.. Mahal juga rupanya harga jagung susu tu..huhu.. Dekat situ jagung susu harga 3 RM 10, jagung mutiara 2 RM 10 & jagung biasa 8 RM 10.. Dekat kea farm K.Ika tahu berapa harga.. Kalau rasa Kea Farm murah lagi boleh lah borong dekat kea farm.. Tahun depan jangan jemu baca lagi kalau tentang cameron highlands . 🫢
Harga tiket masuk rose valley
Comments
Post a Comment