Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Sos Tiram

Sos tiram organik tanpa bahan pengawet.. Tak salah K.Ika kandungan tiram dalam sos nie adalah 14%.. Harga di thailand murah ye bila convert duit malaysia dalam RM8 sahaja.. Dekat shopee pon ada jual juga sos tiram nie.. K.Ika pon dalam proses nak hamil cuba juga tukar makanan dan bahan-bahan yang organik.. Faham-faham lah makanan organik nie boleh tahan juga kan harganya.. Jadi K.Ika cuba tukar mana yang mampu buat masa nie..

Mula-mula K.Ika cadang dekat adik ipar tentang sos tiram nie.. Lepastu dia belikan untuk K.Ika juga sekali.. Kot lah nak merasakan sos tiram yang mahal.. Dekat malaysia pasaraya yang jaya grocer ada jual sos tiram nie dan harga dia mahal sikit tau bila dah masuk malaysia.. 

Apa penting sos tiram nie ada cop HALAL.. Bukan sos tiram sahaja ada jual sos ikan,sos ikan bilis dan banyak lagi lah.. Rasa pada K.Ika sedap dan boleh makan.. Ada setengah orang alergik tiram kan.. K.Ika dan suami serasi makan guna sos tiram nie.. Bila K.Ika masak guna sos tiram nie sedap juga dekat masakan.. Sos ikan dia pon sedap walaupon terletak banyak sikit tak ada rasa masin dekat masakan tu.. 




Jenama pilihan sos tiram yang sedap adalah MEGACHEF.. Masa adik ipar beli sos tiram dapat percuma sekali dengan sos ikan tu.. Botol nie botol kaca tau.. Cakap dekat suami harga dekat thailand murah.. Adakah kena borong dekat thailand sos tiram nie ?😅.. Suami nak masuk kita on sahaja..hahaha...

Dekat thailand boleh beli dekat pasaraya MARCO atau BIG C.. Adik ipar beli sos tiram nie dekat BIG C murah sikit dari MARCO.. Sebelum nak beli korang boleh download app untuk tengok harga.. Masuk dekat dalam pasaraya nie banyak jual pack trial kecik-kecik.. Nak bagi orang buat kenduri pon ok juga cuma nak lepas keluar kena bayar cukai lah.. Setakat makan sendiri lepas je..  

Cuba lah sos tiram memang sedap dan berbaloi.. Malaysia punya ada juga jenama LEE KUM KEE gambar panda murah sikit dari yang dayung sampan.. Lagi tinggi kandungan sos tiram lagi mahal harga sos tiram tu..


Comments