Destinasi yang K.Ika nantikan..hihi.. Cameron Valley Tea House 1 dan 2.. K.Ika pergi yang no 1 sebab ada air terjun..Untuk mana yang tak tahu lagi dekat cameron valley tea no 2 pon boleh juga pergi ke tempat air terjun.. K.Ika rasa dekat no 2 nie baru buka.. K.Ika pon baru tahu setelah balik dari sana..
Mungkin sambutan agak padat dekat no 1 tu yang depa buat juga dekat no 2.. Harga masuk untuk naik buggy seorang RM15.. Jalan kaki RM4.. Suami pilih naik buggy dia malas nak jalan kaki turun bawah..hahah..
Pada hari K.Ika pergi nie cuaca tak berapa cantik.. Kejap panas kejap hujan.. Masa K.Ika sampai panas tapi ada rintik-rintik hujan sikit.. Sebelum nak keluar hujan turun dalam pukul 11 pagi macam tu.. Dah hujan kami pergi makan dekat food court dekat dengan hotel.. K.Ika keluar pon dalam pukul 1 macam tu.. Jalan macam biasa ada setengah kawasan agak jem sikit.. Jem yang tak tahu apa puncanya..haha..
Dah sampai sini K.Ika habis hatilah.. Tempat yang memang K.Ika nak pergi.. Dah berpuluh kali pergi nie pertama kali K.Ika jejak dekat sini.. Pergi dengan ramai orang kan macam-macam ragam.. Jadi pergi berdua dengan suami tak ada banyak ragam..hihi.. Terima kasih lah en suami bawak K.Ika dekat sini dan layan K.Ika tangkap gambar dekat sini..
Walaupon hari biasa orang ramai dan pandai-pandai lah cari port untuk bergambar..hihi.. Dekat kawasan ada gerai tapi kecik sikit dan kawasan duduk agak terhad..
Naik buggy wajib pakai nie jangan bukak.. Nak balik pon mereka akan periksa juga dekat tangan kita..
Masa hujan turun renyai-renyai kami lari mencari tempat berteduh dan minum dulu.. Bagi orang lain posing puas-puas nanti kami pulak nak bergambar..hahah.. Harga tea nie murah je.. Tea tarik panas -RM 4.50 ( dah lupa harga 😅) Air tin -RM2.90.. K.Ika malas nak minum semua suami habiskan.. Minum sikit je buat rasa..Perut meragam malas nak mencari tandas..haha..
Dah datang ladang teh mestilah ada gambar ladang teh kan.. Dekat belakang tu agak tak menarik tak tahu apa nak dibuatnya mereka dekat atas tu..
Ini lah tempat gambar yang dinantikan K.Ika 😆.. Dekat sini memang ramai pandai-pandai lah korang cari port.. Selama K.Ika bercuti berdua yang tolong tangkapkan gambar adalah tripod.. Tripod memang memudahkan kerja tangkap banyak-banyak boleh pilih gambar mana yang ok..
Dekat sini ada rumah kampong.. K.Ika dan suami tak lepaskan peluang bergambar dekat sini.. Tangkap gambar sambil melihat pemandangan ladang teh.. Memang cantik.. Kena pandai ambil posisi juga..Kami ambil dekat hujung jadi tak ada orang kacau..
Yang belum pergi jangan tak pergi pulak.. Sekarang dah ada pilihan boleh naik dekat mana-mana.. Bezanya cameron valley no 2 parking nya banyak sikit berbanding no 1.. Rancang lah perjalanan korang dengan baik.. Oh ya tempat yang K.Ika pergi nie menghala ke tapah.. Naik dari tapah akan jumpa nie dulu baru tanah rata.. Selamat bercuti kepada yang bercuti..
Comments
Post a Comment